Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.
Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.
Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.
"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.
"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Pengamal media Gobind Rudra menganggap sebagai sia-sia tindakan polis untuk memantau kenyataan di media sosial yang dianggap memperlekeh atau menghina operasi di Lahad Datu.
Katanya, ini kerana tindakan itu ibarat polis singgah di kedai kopi dan mengintip perbualan pengunjung kedai yang berbual-bual sesama mereka.
Tambahnya, laman Facebook danTwitter secara teknikalnya dikenali sebagai media sosial namun secara praktisnya ia difahami sebagai perbualan peribadi antara individu.
"Ini bukan tugas polis untuk memantau perbualan orang ramai. Facebook dan Twitter bukan media massa, ia adalah perbualan di antara orang ramai," kata Gobind (kiri).
"Saya rasakan tindakan ini ibarat anjing menyalak bukit dan ia hanya akan menggalakkan perasaan kurang senang orang ramai terhadap polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan mengesan percakapan dan kenyataan di laman media sosial yang dianggap menghina operasi pasukan keselamatan di Lahad Datu.
Tun Faisal: Masa satukan 'netizen'
Tindakan itu bagaimana pun hanya terhad kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja kerana polis tiada kuasa ke atas media di luar negara, katanya.
Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (bawah) mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal itu.
Menurutnya, Facebook dan Twitter hanya dianggap ruang peribadi jika pemiliknya memilih tetapan privasi mereka sebagai 'private'.
"Kalau individu berkenaan membuka profilnya kepada orang ramai, maka ia dianggapi benarkan untuk tatapan orang ramai," katanya.
Beliau berpendapat sekarang adalah masa terbaik untuk warga internet (netizen) Malaysia menggembleng sokongan dan semangat terhadap polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu.
"Masanya telah tiba untuk kita satukan netizen bagi menentang pencerobohan yang dibuat warga Filipina ini," katanya.
[Nota: Saya telah dihubungi oleh wartawan Malaysikini untuk memberi respon tentang kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar di atas. Respon saya;
1. Saya bukan orang yang layak untuk memberi pandangan berkenaan perkara di atas dari aspek perundangan.
2. Bagaimanapun dalam kes Lahad Datu dan Sabah ini, penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia bersatu atas semangat patriotisme untuk menentang pencerobohan dan keganasan yang dimulakan oleh penceroboh dan pengganas Sulu dari kepulauan Filipina ini.
3. Dalam keadaan anggota polis dan tentera kita bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan keselamatan rakyat Sabah, adalah sangat TIDAK PATRIOTIK untuk memperlekeh dan menghina anggota polis dan tentera kita dengan pelbagai gelaran serta memperlekehkan mereka dalam aspek taktikal seolah-olah kita yang paling pandai sedangkan kita tidak berada pun di medan peperangan.
4. Perbuatan memperlekeh dan menghina ini sangat keji.
5. Dalam mana-mana peperangan sekalipun, adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat Malaysia dan patriot untuk memberikan sokongan penuh kepada anggota tentera kita. Lebih-lebih lagi bila kita tahu mereka ke sana atas niat dan tujuan yang betul, iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat dari penceroboh dan pengganas selepas rundingan yang cuba dibuat dibalas dengan keganasan dan pembunuhan kejam oleh pengganas Sulu.
6. Saya juga ditanya sama ada tindakan polis ini adalah pencerobohan terhadap kehidupan peribadi pengguna media sosial. Jawapan saya - tidak, kerana dalam media siber yang bersifat terbuka ini, apa sahaja percakapan dan perbualan kita melalui media sosial memang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Jika kita hendak ianya menjadi perbualan peribadi, di dalam media sosial seperti twitter dan facebook ada `private setting' yang boleh digunakan agar perbualan kita hanya dilihat dan diketahui dengan rakan dalam lingkungan yang diizinkan sahaja.]
1 comment:
Kadang-kadang pengamal media baru seperti dlm laman sosial dan blogger ni pun ada yg bangang. Klau ulas atau komen yg tidak menyentuh individu secara keterlaluan spt menghina pegawai keselamatan yg terkorban...apa nak bising. Korang boleh komen etika kerja, rasuah, efficiency dsb tapi jangan hina pengorbanan mereka. Memang patutlah pihak Polis cari mereka yg keterlaluan bodohnya buat entri yg menghina. Agaknya kafirkah diaorang ni yg menghina orang yg dh mati. Atau dapat pahala ker diaorang ni bila menghina seperti tu. Bangsat..memang bangsat. Klau aku jumpa pengganas sulu dengan sipenghina bodoh tu, aku bunuh sipenghina dulu.
Post a Comment