Sunday, March 24, 2013

#BNYCT: Hantar Karya Anda, Bantu Kemenangan BN #PRU13


Bakat di kalangan penyokong BN di cari. Penulis, kartunis, penghasil bahan multimedia - grafik, video, vlogg, apa saja dijemput untuk sama-sama menghasilkan karya yang terbaik yang dapat membantu kemenangan BN dalam PRU13.

#BNYCT: Hantar Karya Anda, Bantu Kemenangan BN #PRU13


SEMASA sesi pelancaran program Himpunan Aktivis Siber 2013 yang berlangsung di The Royale Bintang pada 16 Mac lalu, Ketua Pemuda UMNO merangkap Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin dengan berbesar hati menyumbangkan dana sebanyak RM50,000 kepada BN Youth Cyber Team (BNYCT) untuk digunakan sebagai insentif kepada semua sukarelawan BN di alam siber agar mereka dapat menghasilkan bahan-bahan yang bermutu, berfakta, sinis dan kreatif bagi membantu kemenangan BN dalam PRU13.



OBJEKTIF

Membuka peluang kepada seramai mungkin penyokong BN untuk mengenengahkan bakat dan kebolehan mereka bagi membantu menghasilkan bahan penulisan atau karya kreatif dalam usaha membantu kemenangan BN dalam PRU13.

SYARAT

Tiada syarat ketat dikenakan, sesiapa yang berminat tidak kira usia cuma perlu menghantar penyertaan mereka melalui emel (kepilan atau pautan) dengan menyertakan butiran peribadi seperti NAMA, NO. KAD PENGENALAN dan NO. TELEFON.

. emelkan penyertaan anda kepada: .

. bnyouthcyberteam@gmail.com .
sebarang persoalan berkaitan program ini 
boleh juga dikirim ke alamat emel ini.

TEMA

Tiada tema khas yang diperuntukkan, asalkan penyertaan tersebut bersesuaian untuk sebaran secara online tanpa menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Penyertaan adalah pada landasan untuk mempromosikan dasar-dasar kerajaan, ataupun untuk menangkis fitnah, retorik dan propaganda pembangkang.






KATEGORI

Program ini terbahagi kepada beberapa kategori dan penyertaan tidak terbatas, anda boleh menghantar dalam mana-mana kategori tanpa mengira jumlah penyertaan. Tapi cuma penyertaan yang tersiar di portal BNYCT akan diberikan imbuhan.

1. PENULISAN
Panjang tulisan tidak terhad, anda boleh menghantar penyertaan dalam bentuk penulisan kreatif, analisis, pendapat peribadi, satira (humor) atau apa saja bentuk penulisan yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.

2. LUKISAN
Peserta dikehendaki menghantar lukisan dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Lukisan tersebut boleh dibuat dalam bentuk kartun, komik, karikatur atau apa saja teknik bersesuaian.

3. FOTOGRAFI
Sebarang bentuk foto hasil rakaman anda sendiri yang bersesuaian dengan tema boleh menyertai program ini. Anda boleh menghantar seberapa banyak foto tetapi hanya foto terbaik akan disiarkan.

4. REKA GRAFIK/MULTIMEDIA
Untuk reka grafik peserta dikehendaki menghantar satu poster dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Kategori multimedia pula peserta boleh menghantar aplikasi web/mobil ringkas atau animasi/motion-graphic (durasi tidak lebih 3 minit) dalam bentuk video yang dimuatnaik ke YouTube. Peserta perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi.

5. GUBAHAN LAGU
Peserta boleh merakamkan lagu berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan iringan sekurang-kurangnya 1 alat muzik. Rakaman nyanyian hendaklah dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta lirik lagu dan butiran peribadi.

6. VIDEOGRAFI
Untuk kategori videografi peserta boleh menghantar apa saja bentuk bahan seperti filem pendek, dokumentari atau vlog. Durasi hendaklah tidak melebihi 3 minit dan dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi.

*butiran peribadi: NAMA, NO. K/PENGENALAN, NO. TELEFON

INSENTIF

Insentif kepada penyertaan yang terpilih akan diberi berdasarkan jumlah yang difikirkan bersesuaian mengikut hasil karya dan kategori yang disertai.  Hantarkan penyertaan anda segera kerana jumlah penyertaan bagi seorang peserta adalah tidak terhad!!



No comments:

Popular Posts