Sunday, February 3, 2013

[Video] Anak muda #beautifulMY bawa imej indah Malaysia, budakPR cemar dan hodohkannya




Bandingkan dua video di atas dan di bawah. Jelas dalam Program My Beautiful Malaysia, anak muda berhimpun dan dididik dengan nilai murni dan semangat kesukarelaaan yang positif, bukan macam dalam video di atas, mereka dididik untuk menjadi samseng jalanan. Anak-anak muda dalam My Beautiful Malaysia diajar menanam pokok demi masa depan negara tetapi anak muda pembangkang diajar menanam kebencian yang boleh menghancurkan negara, Anak-anak muda dalam My Beautiful Malaysia berganding bahu membawa wajah yang indah dan ceria negara Malaysia, sedangkan budak pembangkang dalam perhimpunan seperti bersih diajar untuk mencemar dan menghodohkan wajah negara. Tolak PR demi masa depan negara yang lebih gemilang, aman dan harmoni.





PROGRAM BEUTIFUL MALAYSIA DI PARIT BUNTAR SATUKAN MASYARAKAT



Seluruh tanah air hari ini menjalankan program 'Beutiful Malaysia' dan tidak ketinggalan juga di kawasan Parit Buntar dimana program ini berjalan disemua peringkat termasuklah mukim dan daerah.

Program pringkat Daerah Krian telah dijalankan di Kawasan Kuala Gula dan program peringkat mukim pula dijalankan di kawasan Parit Buntar.

Apa yang menjadi perhatian program ini ialah, ianya dilihat berjaya menyatukan masyarakat di semua peringkat dalam mengindahkan serta menjaga kehijauan alam semula jadi.

Tidak ketinggalan dalam program yang berlangsung di mukim Bagan Tiang golongan belia yang di ketuai oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta orang ramai, beliau telah memfokuskan kawasan kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti gotong royong berkenaan.

Moga program program seperti ini dapat berjalan secara berterusan demi menjaga kesefahaman serta keserasian antara masyarakat. 

No comments:

Popular Posts