Tuesday, February 26, 2013

Maluuu #AnwarNextPM tiada sambutan, Manifesto tak senarai hudud #ManifestoBukanJanji

Ini sahaja yang hadir Konvensyen Pakatan?


HOT! KONVENSYEN PAKATAN PEMBANGKANG YANG MEMALUKAN! #ManifestoBukanJanji


Malunya! Anwar dan Guan Eng dimalukan oleh perwakilan semasa Konvensyen Pakatan pembangkang?

Sila rujuk 3 video dan laporan di bawah :


Sila baca :
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang. 
“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.  

Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum. 
Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS. 

Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar. 
"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau. 

Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan. 
"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. - AntaraPos



2 comments:

Anonymous said...

Cantik betul gambar barisan pemimpin PR. Dari penampilan pakaian hinggalah kepada rupa paras, nampak benar ke 'jurassic'kannya. Tak ada kah anak teruna yang hensam atau anak dara yang bergetah sikit?

Anonymous said...

pakaian tu sunnah bro..ckp tu biar dibatasi agama.jgn jd bodoh sombong

Popular Posts