Siapa yang menulis dan memikirkan manifesto PR ya? Patutlah lemah dah merapu. Mereka bukan pakar ekonomi, pakar pendidikan tinggi dan pendidikan, mereka hanya orang-orang politik atau orang-orang yang belum matang ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka. Termasuk sejumlah yang pelupa dan tidak pandai mengira...
Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR
Husam musa - pelupa dan tak iktiraf gerakan Royalti?
Rafizi ramli - Unjuran pendidikan tinggi pun salah, lagi nak cakap tentang pendidikan percuma
Teo Nie Ching
Zulkfli Ahmad
Hatta Ramli
Salahudin ayub - kemampuan intelektualisme dia pun kita dah tahu semasa dia berdebat dengan Datuk Saifuddin Abdullah
Liew Chin Tong
Dr Ong Kian Ming - Consultant dari parti yang tidak boleh mengira dengan betul ketika pemilihan parti walaupun undi tak sampai 2,000
Charles Santiago
Nurul izzah
Wong Chen
Sivarasa
Baru Bian
Ahmad Tamrin Jani
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
@tunfaisal - mahasiswa wajar jadi kritikal, bahas dasar semasa kursus BTN

Exco pemuda Umno kata BTN baik untuk siswa
Ahmad Fadli KC
6:28PM Feb 26 2013
Exco pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianggapnya sebagai medan terbaik untuk pelajar universiti melontarkan pandangan kritikal terhadap polisi kerajaan.
Ketua unit media baru Umno itu berkata pandangannya itu berdasarkan penglibatannya dalam gerakan mahasiswa sewaktu menuntut dalam jurusan farmasi di Universiti Sains Malaysia pada awal 90-an.
"Kami adalah antara mahasiswa yang kritikal dahulu. Tempat yang paling kita suka jadi kritikal adalah kursus BTN sebab kita nak uji siapa punya provokasi lagi kuat, kita atau pegawai BTN," katanya.
Beliau seterusnya menggesa mahasiswa agar mengambil contoh dan menjadikan kursus BTN sebagai wadah untuk mencabar idea-idea mereka sendiri di samping bersikap kritikal dan mendapat pemahaman lebih mendalam tentang dasar kerajaan.
"Inilah tempat dasar-dasar kerajaan diceritakan untuk mahasiswa yang tak percaya atau tak yakin atau ada keraguan.
"Inilah tempat yang sebaik-baiknya untuk kita jadi kritikal. Kita tak kisah pun dilabelkan pembangkang atau tidak," katanya dalam satu program wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam petang ini.
Turut berkongsi pendapat sama dengan Tun Faisal adalah pengamat politik dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan.
Tenaga pengajar di kursus BTN itu berpandangan bahawa program tersebut adalah medium terbaik untuk kerajaan menerangkan polisi-polisi mereka kepada mahasiswa.
"Kalau kerajaan nak mengadakan BTN, biarkan mereka adakan BTN, itu hak kerajaan.
"Tetapi pelajar boleh berfikir ke mana arah tuju mereka," katanya turut menjangka bahawa Pakatan Rakyat akan turut menggunakan BTN untuk menerangkan dasar mereka sekiranya menjadi kerajaan.
"BTN jangan kita kaitkan dengan parti pemerintah, kita kaitkan dengan kerajaan pada hari itu. BTN menerangkan dasar-dasar kerajaan pada hari itu.
"Katakan kalau Pakatan memerintah Putrajaya pada masa hadapan, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Ini bukan perkara yang pelik," katanya.
Turut serta dalam wacana bertajuk 'Kuasa Politik Mahasiswa' petang ini ialah Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, timbalan presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal dan presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Azan Safar.
#WacanaSinar @tunfaisal - Transformasi politik tingkat kuasa mahasiswa

Tranformasi kerajaan BN tingkat kuasa politik mahasiswa
SELASA, 26 FEBRUARI 2013 18:55
WARTAWAN AGENDADAILY
Transformasi politik yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz.
Menurut beliau, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.
Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.
Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.
"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya. Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya dalam satu forum di Shah Alam tadi.
Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) UMNO berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.
Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.
"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.
“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.
Selain Tun Faisal, barisan panel forum Wacana Sinar Wacana Sinar bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi menyangkal sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang melabel golongan muda terutamanya mahasiswa mengikut parti dan "bendul."
Menurutnya, label tersebut sebagai tidak adil kepada mahasiswa.
“Adalah tidak adil kita memberi label pada mahasiswa itu. Sama ada dia ini pakatan (Pakatan Rakyat) atau dia ini barisan (Barisan Nasional). Menurut kajian, pola kecenderungan orang muda adalah terhadap parti yang ada asas kukuh dan calon pula dipilih yang benar-benar telus serta boleh harap.
“Jadi, untuk mengatakan siswa ini sokong BN atau PR tak adil. Adalah tidak adil untuk kita meletakkan label mahasiswa... semua pakatan, semua kerajaan kerana mereka bersifat intelektual,” katanya.
Katanya, mahasiswa membangkang atau menyokong sesuatu isu atas dasar ilmu bukan kerana menyokong mana-mana pihak.
“Apabila mereka membangkang, tak semestinya mereka duduk dalam pembangkang. Apabila mereka menyokong bukan kerana mereka penyokong. Mereka menyokong atau membangkang atas dasar ilmu itu sendiri.
“Kalau tajuk itu beri kesan yang baik kepada negara contohnya, dasar-dasar kerajaan yang membawa perkara yang baik kepada siswa sudah pasti mereka akan menyokong, tidak kira haluan kiri atau kanan.
"Saya percaya ia berlaku di kampus. Jadi, tak tepat (label) kerana mereka mempunyai pemikiran yang lebih,” katanya.
Ketika moderator menyifatkan mahasiswa sebagai lemah dan bendul, Muammar membidas kenyataan tersebut.
“Saya terpaksa untuk tidak setuju dengan kenyataan Prof (moderator) yang menyatakan siswa ini lemah, bendul. Pertama kita kena tengok kenapa topik ini menjadi begitu hangat?... kerana mahasiswa ini mempunyai satu nilai ilmu.
“Komen daripada mana-mana pihak yang mengatakan mereka ini lesu saya sangat tidak setuju. Saya cukup terasa apabila Prof mengatakan mahasiswa kita lesu, lemah. Kita ada banyak contoh. Tidak kira mereka menyokong atau tidak kerajaan. Mereka bergiat aktif, begitu lantang bersuara menyatakan pandangan mereka,” katanya.
Menutup bicaranya, Muammar akui malu dengan tindakan sesetengah pihak yang mencemarkan status mahasiswa sebelum ini.
“Saya malu dengan kelakuan sesetengah pihak sebelum ini. Mahasiswa (sepatutnya) tahu mana baik dan mana buruk.
“Mereka ada nilai ilmu, jadi, apabila nilai ilmu itu hilang, maka akan hilanglah keistimewaan sebagai mahasiswa... masyarakat pandang rendah pada mahasiswa,” katanya.-26/2/2013
Hasan Ali - #ManifestoBukanJanji janji kosong, syok sendiri PR #PenipuRakyat

Menawarkan apa saja, teknik untuk menang PRU13

KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.
Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :
Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.
Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.
Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.
Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.
Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.
Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.
Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.
Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.
Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013
#ManifestoBukanJanji : Analisis sekilas pandang manifesto PR #PenipuRakyat

“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”
Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :
1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!
3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?
4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?
Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!
5) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?
Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!
Hulubalang kanan
Tuesday, February 26, 2013
#BoLaWeiii!! Maluuu lagi,, #ManifestoBukanJanji PR tak iktiraf gerakan Royalti Kelantan

Yang dalam manifesto pun, PR cilok tak tunaikan, inikan pulak yang tak tulis dalam manifesto macam Royalti Minyak Kelantan. Sesungguhnya PR memang tak mau tunai janji dan tak iktiraf puak-puak gerakan Royalti yang tergolek dog beriya-iya naik basikal.. heh, heh, heh.. bo la weiiii!
TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK NAK BAGI
Kenyataan bahawa ada ralat didalam buku menifesto pembangkang yang dilancarkan semalam seharusnya menjadi bukti bahawa pembangkang membuat sesuatu keputusan secara melulu.
Cetakan buku menifesto tersebut tidak menulis bahawa akan memberi royalti kepada Kelantan dan Terengganu dan hanya tertuluis untuk Sabah dan Sarawak.
Masakan perkara sebegini boleh dikatakan terlepas pandang sedangkan pembangkang sendiri yang sentiasa melaungkan royalti minyak untuk Kelantan hingga mengadakan himpunan 'R' kononnya untuk menuntut royalti minyak bagi negeri tersebut dari kerajaan pusat.
Dengan tidak menamakan dua negeri tersebut ke dalam menifesto maka jelas terbukti bahawa pakatan pembangkang hanya memikirkan cara untuk memiliki kuasa ke Putrajaya dengan cuba mencari undi dari negeri Sabah dan Sarawak yang dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional.
Ini juga adalah bukti sepertimana yang kita sedia maklum bahawa janji atau menifesto pakatan pembangkang tidak mungkin akan ditunaikan kerana bagi pakatan pembangkang, menifesto itu bukanlah sebuah janji dan ia tidak semestinya ditunaikan oleh kerajaan jika mereka memerintah.
Maluuu #AnwarNextPM tiada sambutan, Manifesto tak senarai hudud #ManifestoBukanJanji
![]() |
Ini sahaja yang hadir Konvensyen Pakatan? |
HOT! KONVENSYEN PAKATAN PEMBANGKANG YANG MEMALUKAN! #ManifestoBukanJanji
Malunya! Anwar dan Guan Eng dimalukan oleh perwakilan semasa Konvensyen Pakatan pembangkang?
Sila rujuk 3 video dan laporan di bawah :
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.
Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.
Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.
Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.
Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.
"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.
Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan.
"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. - AntaraPos
#Kantoi - Konteks Ucapan Raja Nazrin yang diputar belit cybertroopers PR

Kalau dah keturunan cacai, tidak peduli siapa pun mereka fitnah. Nik Aziz sampai sanggup fitnah Tuhan kata Tuhan pun mencarut, apa sajalah untuk cacai fitnah DYMM Tuanku Raja Nazrin Shah. Rasanya semua Sultan di negara Malaysia dan dunia tahu, bahawa gerakan kesamarataraan sebenarnya mempunyai maksud untuk menghapuskan Institusi Raja. Mereka juga sedar bahawa dalam kamus sosialis tidak ada Institusi Raja-raja, apa lagi Raja-raja Melayu. Baca intisari ucapan DYMM Raja Nazrin Shah untuk memahami konteks sebenar ucapan beliau.
Lihat juga video asal sebelum diedit cacai Pas di sini

Harakah sampai tarik balik la sebab tau `berdosa' dengan undang-undang negara. Macam Nik Aziz tak berani pergi haji tajaan sebab takutkan undang-undang dunia yang boleh sabitkan dia dengan rasuah.

Apa sajalah kehebatan Pas dengan Timbalan Presidennya seperti Mat Sabu yang memuja komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara dan terlibat pula dengan isteri orang. Apa lah kehebatan Pas yang dilihat membuang golongan ulama muda yang berani menegur kepimpinan parti seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dipanggil sebagai monyet.
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Bertitah Seru Perpaduan Ummah
Intisari titah seperti yang disiarkan oleh Feldavoice
SEDUTAN Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah pada Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pukul 10.00 pagi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur semalam.
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah.
Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak.
Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat.
Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani.
Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.
Penganjur wacana memilih istilah ummah.
Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali.
Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah.
Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayu supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata.
Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri.
Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu.
UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa.
Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat.
Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.
Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu.
Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber.
Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai.
Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.
Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal.
Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang.
Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara.
Anak muda jangan dididik bersifat samseng.
Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas.
Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri.
Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa.
Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang.
Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis.
Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain.
Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk.
Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan.
Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan.
Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. Sifat mempamerkan kami kurang Melayu atau “we are less Malay” untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan.
UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama.
Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union.
Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata.
Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini.
Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya.
Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang;
‘Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA.
Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat.
Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ?
Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ?
Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri.
Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya.
Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing.
Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan.
Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili.
Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah.
Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab.
Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah.
Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana.
Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
Artikel disiar pada February 21, 2013 - 12:46 pm oleh Darlina Shasha
Monday, February 25, 2013
[Video] `Binatang' terima BR1M: Nik Aziz hina sunnah, dakwah Nabi saw #PasHinaRakyat
Jelas dari ulasan Dr Fathul Bari, Nik Aziz tidak faham sunnah dan dakwah. Manakala penyokong tegar Nik Aziz telah mengutamakan perkataan Nik Aziz lebih dari perkataan Rasulullah saw. Ish, ish, ish orang Pas, PR ni...apa perangai hina Rasulullah saw dan letakkan beliau di bawah Nik Aziz?
#Kantoi - Harakahdaily dan Cybertroopers PR ubah Titah Raja Nazrin #PenipuRakyat

Budak PR ni tak de kerja lain selain menipu. Dari Ketua Umum, Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama, suami cikgu Mala sampailah pencacai kelas bawahan, semuanya menipu. Eloklah kutip bayaran daripada pemimpin Pas. Tak berbaloi kalau tak berbayar. Pahala dah tentu tak ada bila menipu macam ini untuk berkuasa dan demi sokongan kepada peliwat bersiri, pengkhianat negara, penyokong Zionis, LGBT serta penganut fahaman pluralisme agama.
Harakah Daily Penyebar Fitnah Terbongkar ??
Apa dah jadi! Sebelum ni berduyun-duyun blogger Berbayar PR kutip cerita kat Harakahdaily ni. Pasal kenyataan Raja Nazrin bertajuk "Antara PAS dan UMNO". Tiba-tiba tak sampai 24 jam artikel tersebut telah ditarik balik. Kenapa ek?

Atas alasan..
"Kandungan surat ini telah kami tarik balik setelah diberitahu ia tidak tepat dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Raka Nazrin dalam titah baginda". Mudahnya! macam tu aje?
Secara moralnya, harakahdaily adalah akhbar mengutip apa sahaja tanpa mengetahui sumber sebenar. Boleh dikatakan akhbar tong sampah. Siapa yang membuang akansegera diambil oleh editor harakahdaily. Asalkan ada berita yang menyebelahi PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya baca SINI
Friday, February 22, 2013
[Video] Ustaz Idris - Melayu Pas, PKR tidak ikut sunnah bila mufaraqah dari UMNO? #BalaciSosialis
"Tali kekang Islam kembali kepada dua asas penting, pertama - aqidah Islam, kedua - taat di bawah pemerintah. Siapa yang mengabaikannya, sperti yang di sebut oleh Imam Bukhari, dia menjadi sesat lagi menyesatkan" - Ustaz Idris
BN wajar beri penghargaan yang lebih baik kepada blogger dan cybertroopers pro-BN
Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.
Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.
Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.
Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.
Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi.
Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.
Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda.
Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...
[Gambar] `Lembu', `ayam', `baghal' PR ambil BR1M?
Rakyat dilembukan oleh Nik Aziz? Apa komen Nik Aziz tentang`lembu' dalam partinya yang ambil BR1M? Inilah akibat beriman dengan Tuhan yang mencarut...
BUKTI LEMBU DAN AYAM TERNAKAN @nikabdulaziz TERIMA BR1M
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
KRuuhhh..... Kok..kok.. Mooo...MOooo... Mana dia rakyat LEMBU dan AYAM ni?
Ayam/Lembu sapani? bukan calon PKR ke? |
![]() |
LEMBU/AYAM SAPA NIH? BR1M turut 'dimeriahkan' dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan |
![]() |
Nah! Lembu sapa nih? |
![]() |
Ayam / Lembu sapa pakai Baju BERSIH ni?![]() |
kemaskini :
* 300,000 rakyat Kelantan terima BR1M 2.0
* 114,000 anak muda Kelantan terima BR1M Orang Muda
* 414,000 jumlah penerima bantuan keseluruhan
* Purata 1 keluarga ada 4 orang (4 X 414,000 = 1,656,000 orang)
1.656 juta rakyat Kelantan adalah binatang. Rupanya yang mengundi Nik Aziz selama ini adalah binatang. TUKAR!

* 114,000 anak muda Kelantan terima BR1M Orang Muda
* 414,000 jumlah penerima bantuan keseluruhan
* Purata 1 keluarga ada 4 orang (4 X 414,000 = 1,656,000 orang)
1.656 juta rakyat Kelantan adalah binatang. Rupanya yang mengundi Nik Aziz selama ini adalah binatang. TUKAR!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Pandangan peribadi mengenai winnable candidates dan Orang UMNO [ Video ihsan Malaysian Digest ]
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
Kedutaan Israel di Malaysia ... dari blogger Just Read http://justread-whatever.blogspot.com/2012/01/embassy-of-israel-in-malaysia...
-
Kebakaran di Gereja Metro Tabernacle adalah amat dikesalkan. Kita tidak mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian ini, tetapi saya percay...
-
Berikut adalah sms yang saya terima dari seseorang mengenai kenyataan YB Datuk Herbert Timbon tentang perangai Presiden SAPP, Datuk Yong Tec...
-
Hadi cakap, Take Beer! Kartun cakap, salah? Hancur Pas ni.... YB Zulkifli Noordin menulis di blognya - Semasa Presiden PAS membuat kenyataan...
-
Penghakiman Penuh Hakim Mahkamah Rayuan kes Anwar liwat Azizan Tahun 2004 " To summarise our judgment, even though reading...
-
What Gadaffi did for Libya Moamar Khadafi has led Libya for 42 years but just what did he do as leader over all those years for Libya? Let’s...