Friday, January 25, 2013

Profil @NajibRazak vs @AnwarIbrahim : Siapa lebih layak?


Skor ini sebelum mengambil kira kegiatan liwat, fahaman pluralisme, sokongan keselamatan Israel tanpa syarat, sokongan liberalisme termasuk LGBT dan video Chinadoll lagi. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda - “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.”  - Riwayat Bukhari. Lihat sajalah apa jadi kepada Pas apabila Nik Aziz memimpin dan Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden...


#SiapaLayak : Profil DS @NajibRazak VS Profil 
@AnwarIbrahim

1. Di atas adalah pemeriksaan kelayakan buat DS Najib Razak dan juga DS Anwar Ibrahim.

2. Antara keduanya adalah pengalaman dan tempoh berapa mereka berdua berkhidmat serta pengalaman politik mereka sebagai ahli Parlimen ataupun ahli DUN.

3. Menarik di sini adalah DS Najib Razak merupakan Ahli Parlimen yang termuda di dalam sejarah politik tanah air. Kita lihat profil antara kedua-dua tokoh politik ini.


4. 1976: Pada usia 22 tahun sahaja beliau telah menggantikan tempat arwah bapanya Tun Abdul Razak yang meninggal dunia akibat daripada leukimia.

5. 1978: Kemudian seterusnya beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos, juga merupakan antara individu termuda memegang jawatan timbalan menteri pada usia 26 tahun.

6. 1982: Setelah Tun M menjadi Perdana Menteri, DS Najib diminta untuk bertanding di kerusi DUN dan seterusnya beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 30 tahun.

7.1986: Pada umur tahun, DS Najib telah dipanggil semula untuk bertanding Parlimen dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Budaya, Belia dan Sukan.

8. 1991: Setelah sepenggal, beliau memegang pula Portfolio Menteri Pertahanan.

9. 1995: Pada usia beliau tahun, beliau dilantik pula menjadi Menteri Pendidikan.

10. 2000: Sepenggal kemudian, beliau dilantik semula untuk menjadi Menteri Pertahanan kembali.

11. 2004: DS Najib dilantik pula menjadi Timbalan Perdana Menteri pada zaman Pak Lah.

12. 2009: Setelah 33 tahun berkhidmat kepada rakyat, barulah beliau akhirnya diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

13. Sekiranya dilihat kepada pengalaman DS Najib, dalam tempoh 33 tahun memegang pelbagai kementerian termasuk Kementerian Budaya, Belia dan Sukan telah melatih beliau menjadi seorang Perdana Menteri yang benar-benar dekat kepada golongan muda.

14. Disamping itu, pengalaman beliau menjadi ahli DUN serta Menteri Besar telah membantu beliau untuk dekat dan memahami masalah tempatan dengan lebih baik serta memahami perhubungan antara Pusat dan Negeri.

15. Bukan semua ahli politik negara yang mempunyai pengalaman sebegini.

16. Kita lihat pula DS Anwar Ibrahim.

17. Beliau sebelum menjadi ahli politik, beliau hanyalah seorang aktivis sahaja. Dimasukkan ke dalam dunia politik oleh Tun Mahathir pada 1982 dan terus menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk tempoh setahun sahaja.

18. Kemudian beliau pula telah dilantik menjadi menteri penuh di Kementerian Belia dan Sukan bermula tahun 1983 sehingga 1985.

19. Untuk setahun sahaja beliau menjadi Menteri Pertanian. (1985-1986)

20. Pada 1986 pula, DS Anwar Ibrahim ditukarkan lagi kepada Kementerian Pendidikan pula sehingga 1990.

21. Dan bermula daripada 1990 sehinggalah 1998, beliau menjadi Menteri Kewangan yang telah menyebabkan Malaysia hampir-hampir lumpuh dari segi ekonomi dan hampir-hampir mendapatkan pinjaman IMF. Nota: 1993, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

21a. Bermula lantikannya sahaja beliau terus menjadi seorang Timbalan Menteri dan itupun hanya untuk tempoh setahun sahaja. Terlalu pantas kenaikan Anwar Ibrahim ini dengan memijak serta menikam belakang ancaman-ancaman politiknya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Abdullah Badawi dan ramai lagi.

21b. Patutlah sebelum kes beliau pada 1998, heboh sebuah buku hasil tulisan Khalid Jafri bertajuk '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri.' Ada lagikah buku tersebut?

22. Maka kita buat sahaja perbandingan antara 2 tokoh politik ini, yang manakah benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan yang manakah menggunakan politik untuk kepentingan peribadinya sendiri.

23. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


6 comments:

MMI said...

Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anonymous said...

Makan rasuah tak mau banding ker?

Anonymous said...

Bandingkan pula bini siapa lebih gemuk...hahahah

Anonymous said...

Macai, apa kena dgn kegemukkan? Lu ingat kak Jijah lu tu bersih ke? Jam omega punya cerita, satu keluarga termasuk kak Jijah berbohong. Sampai sekarang, kita masih tunggu itu jam Omega. Kalau ada dkt rumah, tunjuk sajalah.

Anonymous said...

Apa rasuah? Bukti tak ada tok sah bising lah. Kami rakyat tahu, PR ni siakap senohong. Desperate nak tunjuk ada ramai penyokong, sampai ke bumbung diEDIT gambar letak penyokong. Jijik lah PR nih.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

heh3 budak2 PR meroyan :)

Popular Posts