Wednesday, January 23, 2013

Isu Air Selangor: @TunFaisal - Pemimpin PR masih bermentaliti pembangkang

Post Pic


Isu air: S'gor kekal mentaliti pembangkang

pada 14-01-2013 08:01 Ditulis Oleh Aidil Syukri Hamzah


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WsbJJg

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor dilihat masih mengekalkan mentaliti pembangkang walaupun sudah lebih empat tahun mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN).
Mengambil contoh krisis air antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya lebih berhemah mencari penyelesaian.
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri meletakkan sepenuh kesalahan kepada SYABAS disifatkan sebagai tidak rasional memandangkan ia memiliki pegangan saham syarikat konsesi air itu sebanyak 30 peratus selain dua orang wakil lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.
“Berkenaan dengan SYABAS, Khalid Ibrahim sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih berhemah dan lebih rasional dalam usaha untuk menyelesaikan masalah air.
“Dalam keadaan sekarang ini kalau kita tengok yang menjadi mangsa adalah rakyat sedangkan dia (kerajaan negeri) ada 30 peratus saham dan dua orang wakil dalam lembaga pengarah.
“Kalau kita tengok juga, sebelum ini memang pelik (sebab ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad juga ambil tindakan untuk menganjurkan demonstrasi terhadap SYABAS. [Ralat: Tak salah saya, saya sebut Khalid Ibrahim, bukan Khalid Samad. Tersedak pula nanti. Yang sebenarnya Khalid Ibrahim]
“Jadi ini mentaliti yang pelik bagi orang yang sudah pegang kerajaan negeri..mentalitinya adalah mentaliti pembangkang. Walaupun selepas lebih empat tahun memerintah sesebuah negeri,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Semalam Bernama menyiarkan kenyataan seorang pakar air berhubung sikap kerajaan Selangor yang sering menyalahkan SYABAS berhubung krisis air walhal kerajaan negeri dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah perjanjian konsesi sumber itu.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata agak melucukan apabila SYABAS dituduh sebagai punca krisis air yang kini melanda 500,000 penduduk di 90 kawasan di Gombak dan Ampang dan kerajaan negeri mahu menyaman syarikat itu.
Katanya lagi, tindakan itu sama seperti menyaman kerajaan Selangor sendiri.
"Sebenarnya SYABAS adalah di bawah kendalian kerajaan Selangor tetapi kerajaan negeri seolah-olah cuba menutup bahawa mereka mempunyai kepentingan di dalam SYABAS.
"Seolah-olah mereka cuba menyatakan Syabas ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri," kata Zaharuddin.



2 comments:

Anonymous said...

To Selnagor Citizens the Federal Govt is making things difficult in Selangor. We do not want price hike and we want the free water to continue. What choice do we have? For 55 yrs, we did not get anything free. Can we trust u now? Many don't think so!

Anonymous said...

Macai, strange lah you ni. Is that all that you see and you care about? Tell me one country lah in the world that all things are free, I want to start the paper work to migrate there, if possible right away, so that me and the family do not have to work anymore and dont have to spent a single cents out of our savings.

I think people sometimes they dream and whine too much.

Popular Posts