Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?
Satu hakikat paling penting yang tidak dapat ditolak oleh peserta Seminar Memperkasakan Parti Pas dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah mereka mengakui bahawa imej Pas semakin merosot dan pengundi Islam semakin kurang yakin terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya!!!
Di dalam kesemua peristiwa ini, mungkin yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pengikut Pas adalah;
Mungkinkah pengundi Islam semakin lari dari PAS kerana Nik Aziz dan sejumlah pemimpin Pas seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin yang tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam sebaliknya berpegang kepada semangat assobiyah kepartian demi mendapatkan kuasa? Nizar misalnya, dalam sidang DUN Perak telah `membuang' perjuangan menegakkan negara Islam dari transkrip, manifesto dan perlembagaan parti tersebut.
Mungkinkah ia juga disebabkan sikap dan perilaku pemimpin Pas yang ibarat cakap tak serupa bikin dan yang dilihat tidak Islamik oleh rakyat? Misalnya, pakatan pimpinan Nizar telah melakukan amalan yang dilihat sebagai tidak Islamik termasuk melancarkan mogok lapar dan Husam Musa yang dikaitkan dengan politik wang semasa Muktamar Pas.
Kajian Zentrum Future Studies terhadap 2100 responden Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dibentangkan oleh penerajunya Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di Seminar Memperkasakan Parti PAS kelmarin menunjukkan bahawa 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.
Didapati juga bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong; kebanyakan mereka yang berpandangan negatif terhadap Pas ini adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara.
Kata Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptama beliau, beliau "bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Kenyataan ini agak berbeza dengan kenyataan yang pernah dibuat beliau lama dahulu yang saya dengar sewaktu masih belajar, iaitu beliau "kami rela kalah kerana Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah".
Beliau juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengajak umat golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini. Kata beliau, hasil daripada 'tahaluf siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Pembangkang telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasional (BN) yang begitu takbur sebelum ini.
Sebelum penyokong Pas begitu seronok menjadi kakak tua menyokong `tahaluf siyasi'yang dianjurkan oleh Presiden Pas ini tanpa memahami maknanya, mungkin elok juga kita membentangkan beberapa pandangan yang saya kira tidak dibincangkan dalam usrah pengikut-pengikut Pas.
Terdapat 2 pandangan berbeza tentang konsep kerjasama `tahaluf siyasi' Pas ini. Kebanyakan ulama terdahulu tidak menerima langsung konsep kerjasama ini dan menghukumnya HARAM, atas alasan:
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 51-52 - "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka."
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 51-52 - "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka."
Dihujahkan bahawa Islam mengharamkan segala bentuk kesetiaan kepada orang Yahudi dan Nasrani adalah kerana kesetiaan dilarang untuk diletakkan kepada ahli kitab yg berpegang teguh dengan ajaran yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan akidah Islam; inikan pula ahli kitab yg jauh menyimpang dr ajaran asal mereka. (dibaca - apa lagi dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR.)
Manakala satu lagi pandangan yang mengharuskan tahaluf siyasi adalah berdasarkan hujah tersebut:
Pertama - berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW, yang diriwayat menyatakan "mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan." membawa makna bahawa sebarang perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Kedua - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy, termasuk ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW.
Ketiga - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Keempat - berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian ini melahirkan Perlembagaan Madinah dan menjadi hujah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Kelima - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah yang berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy.
Keenam - berdasarkan perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Mekah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Di dalam kesemua peristiwa ini, mungkin yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pengikut Pas adalah;
- menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya, tetapi tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh kepada mereka, apa lagi sehingga menggadaikan perjuangannya (seperti yang dibuat oleh Nizar atau yang mungkin dijanjikan oleh pihak tertentu kepada kaum lain dalam hal menentukan kedudukan dan keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan).
- dalam konteks Perlembagaan Madinah membentuk kerjasama dengan bukan Islam untuk membangunkan sebuah negara bersama-sama atas dasar patriotisme dan kerjasama ini tidaklah sehingga mereka berhak menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin negara atau pemimpin umat Islam (atau menghalang perpaduan sesama Islam?)
- dalam konteks hubungan dengan kafir zimmi dan bukan dengan kafir harbi
Kita yakin istilah `tahaluf siyasi' ini akan terus dimainkan sebab bukan semua yang berada di dalam Pas faham dengan maksudnya. Pada waktu yang sama ramai pula ustaz-ustaz dalam Pas yang akan bertindak menjadi `syaitan bisu' yang menyokong kepalsuan pemimpin mereka dan menyorokkan kebenaran atas dasar assobiyah.
`Tahaluf siyasi' apakah yang menjadi pegangan Pas dalam kerjasama mereka dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR? Sudah terang lagi bersuluh - masihkah kita berasa hairan jika pengundi Islam semakin menjauhkan diri dari PAS?
1 comment:
salam,sbnrnya parti pas x patut buat solat hajat utk hancurkan parti BN n UMNO,sepatutnya pihak pas kena fikir btl2 dgn tindakan yg dilakukan,nak hancurkan parti BN n UMNO dlm politik,tp knp pihak pas x buat solat hajat utk memperbtlkan dl ttg rakyat di kelantan dan tempat sendiri,niat tu pun dah x baik semata2 nak hancurkan BN n UMNO,pas pun x btl jugak,dok tuduh org mcm2,tp pihak pas tu kena sedarkan dl rakyat kelantan supaya melarang rakyat sendiri dok seberang sungai gi ke golok utkenjoy sampai mabuk,dok melayan pompuan pelacur kat sana,kalau pas tu baik sgt,sepatutnya melarang rakyat sendiri drpd dok perhabiskan duit kat golok tu,sbnrnya pihak parti pas ni hipokrit,depan je nmpk baik,tp dibelakang tetap jugak dok bercerita hal keburukan org lain,maksiat tetap jugak berleluasa di kelantan,mcm ni ke parti pas nak memerintah malaysia,hancur la malaysia kalau dpt kat pas,ramai rakyat yg xde keje nnt,sbb tu org kelantan yg mana dok dlm parti pas ni semuanya pemikiran kolot,
Post a Comment