Ahli Parlimen Subang lebih suka buang masa dalam Parlimen dari beri khidmat kepada rakyat. Itu sajalah yang Ahli Parlimen Pembangkang tahu. Buat kerja tak berapa rajin, cakap je yang mereka nak. Kalau nak jadi Ahli Parlimen hanya untuk bercakap dalam Parlimen, eloklah mereka tidak dipilih lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.
"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.
"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.
"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. [SUMBER]
Bajet 2013 : Pembangkang Berdukacita, Rakyat Gembira – Ahamd Maslan
Oleh Azman Abas
KUALA LUMPUR 2 Okt – Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan meyifatkan Belanjawan 2013 sebagai belanjawan yang menepati pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.
Menurut beliau pembangkang hari ini tentunya berdukacita dengan bajet tersebut yang rata-rata disambut gembira oleh rakyat yang melihat keperihatinan kerajaan terhadap mereka.
“Tentunya yang berduka adalah pembangkang dan yang gembira adalah rakyat…Malah tema belanjawan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" amat sesuai dan tentunya bajet ini diterima oleh rakyat.
“Secara keseluruhannya bajet tersebut yang merangkmui 111 ‘touch point’ diagihkan secara dil dan saksama kepada semua lapisan peringkat dan sekaligus akan turut menjana pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Ketua Penerangan parti-parti komponen, di sini, hari ini.
Sambil menyifatkan bajet serambang dua mata, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya menambah berbanding belanjawan pembangkang yang merupakan janji fatamorgana, bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib lehih realistik.
“Mereka ini hanyalah janji fatamorgana….Mereka bukannya memerintah pun dan angka yang mereka gunakan pula meragukan…mungkin angkanya itu sedap bunyinya…Berbanding dengan apa yang dibentangkangkan oleh Datuk Seri Najib, RM251.6 bilion cukup jelas,” katanya.
Mengulas lebih lanjut tentang belanjawan 2013, Ahamd seterusnya memberitahu pemberian tunai menerusi bajet itu bukan hanya membantu rakyat malah akan turut menjana ekonomi setempat.
Dengan memberikan contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), wang yang diterima itu sudah tentunya akan dibelanjakan untuk kegunaan penduduk setempat.
“Dan bukankah para peniaga setempat akan turut menerima tempiasnya. Begitu juga satu lagi contoh skim baucer buku para pelajar, tentunya peniaga buku akan menadpat faedahnya. Gabungan ini tentunya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat.
“Maknanya di sini, semua lapisan akan turut merasai nikmat bajet tersebut. Dan jika kita perhalusi secara mendalam pula, semua rakyat akan terima seperti BRIM, Baucer buku, RM100 untuk anak sekolah dan macam-macam lagi,” katanya.
Berhubung pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen, Ahmad menjelaskan sungguh pun subsidi itu dikurangkan, namun kerajaan masih lagi meneruskan pemberian subsidi gula selain pemberian subsid lain seperti minyak Ron 95, minyak masak, gas memasak, gandum dan macam-macam lagi.
Pada masa yang sama beliau turut memberitahu pihaknya akan membantu kerajaan memberikan pemahaman dan penerangan kepada rakyat bajet 2013 menerusi ceramah dan pelbagai kaedah lain dalam usaha memastikan apa yang ingin dilaksanakan menerusi bajet tersebut difahami rakyat.
No comments:
Post a Comment