Thursday, October 25, 2012

Kerajaan Pas Kelantan rugi RM700 juta pasal tu ke nak duit minyak? #tukarKtan

Post Pic


Kerajaan Kelantan rugi RM700j - OMBAK

pada 24-10-2012 01:10 




SHAH ALAM: Kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan mengakibatkan negeri itu rugi RM700 juta dalam bentuk nilai tanah bersabit projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan, Lembah Sireh.

Menurut Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad projek usahasama kerajaan negeri dengan Liziz Standaco Sdn Bhd telah menyerahkan kira-kira 400 hektar tanah di tebing Sungai Kelantan kepada syarikat itu untuk dimajukan.

Namun berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga Disember lalu mendapati syarikat berkenaan belum menyiapkan projek yang dijadualkan siap tahun 2015.

"Dalam projek ini kerajaan PAS Kelantan mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang tidak ditunaikan oleh syarikat.

"Manakala RM318.29 juta merupakan harga semasa kerana memindahkan milik tanah tersebut kepada syarikat dan bayaran RM4.07 juta bayaran daripada kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri jika tanah tidak dipindah milik,"  katanya kepada Utusan Malaysia.

Wan Khairul turut mempersoalkan sikap memberi muka kerajaan negeri kepada syarikat berkenaan walaupun gagal melangsaikan komponen dalam kontrak yang berbaki tiga tahun lagi.

Katanya lagi, disebabkan kelemahan pentadbiran dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan PAS, Kelantan mengalami kerugian manakala pemaju mendapat 'untung atas angin'.

"Ini adalah harta rakyat dan bukannya harta pemimpin PAS," tegasnya.


No comments:

Popular Posts