Tuesday, October 9, 2012

Faekah kena balun kaw-kaw akibat isu Khalid tidak cukup bagus jadi MB

Post Pic

Ada andaian yang isu terkini Khalid merupakan test ground untuk melihat kekuatan team Azmin dalam PKR. Keputusan terkini, nampaknya Khalid goyang... Benarkah Azmin sudah mendapat semula kekuatan? Mungkin Pas dan Dap Selangor tidak bersetuju dengan Azmin tentang kedudukan Khalid di negeri selangor.



Setiausaha Politik MB dibidas
pada 06-10-2012 02:10 Ditulis Oleh Nur Shakira Buang


SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Selangor(MPN) hari ini kecewa dengan sikap Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berhubung kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin menegaskan, Faekah sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak wajar mengenainya.

Zuraidah berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.

"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah dalam satu kenyataan kepada satu portal berita berkata, beliau menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik.”

Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Khalid ketika ditemui wartawan Antarapos di lobi Parlimen menyatakan beliau memahami apa yang diutarakan Azmin itu adalah pandangan peribadinya dan padanya Azmin tidak bersalah dalam konteks tersebut.

“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor

"TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.

"Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu Zuraida berkata, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri."

Tambahnya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.

"Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.

"Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.



No comments:

Popular Posts