Tuesday, October 16, 2012

Audit: PR gagal urus tadbir Selangor! #saveSgor #ubahSgor



Muka Khalid Ibrahim masa kena teguran audit?



PANAS! Dokumen Audit Dedahkan Kerajaan PKR Gagal Urus Duit Rakyat Selangor


Satu bukti yang bukan direka-reka. Tetapi hasil daripada laporan audit negeri Selangor bahawa terdapat kegagalan Kerajaan PKR mengurus kewangan negeri.
Klik untuk besarkan imej

Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Selangor ms 32-33

Dan audit mendapatkan maklumat ini daripada Penyata Kewangan Negeri Selangor sendiri.

Jelas di sini bahawa bukan Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyat Selangor, sebaliknya Kerajaan PKR yang tidak mahu rakyat Selangor hidup selesa dengan keadaan jalan yang lebih baik.

Daripada RM375.90juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, hanya 58.1% atau RM319.85 juta digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan di Selangor.

Tidak hairanlah kenapa jalan di Negeri Selangor begitu teruk sehingga boleh dibuat kolam ikan seperti !!!


Apa yang MyMassa nampak adalah Kerajaan Selangor sengaja menzalimi rakyat negeri ini dengan tidak membaiki jalan pada tahun 2010 dan 2011 dengan hanya 69.3% dan 58.1% daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Berbeza dengan tahun 2008 dan 2009, Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut sehingga 115% dan 104%.

Justeru, tindakan ini adalah strategi PKR untuk berpolitik iaitu:

1. Oleh kerana peruntukan Kerajaan Persekutuan diberikan melalui Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, maka baki yang tidak dihabiskan pada tahun tersebut akan dibawa ke tahun hadapan. Oleh yang demikian, Kerajaan PKR sengaja mengumpul baki peruntukan untuk digunakan pada tahun pilihan raya iaitu2013. Pada tahun tersebut, Kerajaan PKR akan menghabiskan wang amanah tersebut dengan membaiki seluruh jalan di Negeri Selangor dengan harapan mereka akan meraih sokongan dan undi rakyat kononnya mereka adalah Kerajaan yang prihatin. Dengan cara ini, PKR berharap agar rakyat terlupa bahawa mereka tidak menyelenggara jalan dengan baik selama 3 tahun (2010, 2011 dan 2012) berturut-turut!

2. Dalam masa Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR tidak menyelenggara jalan (walaupun diberi peruntukan), PKR menjelajah ke seluruh negeri melalui JELAS (Jelajah Selangor Tawan Malaysia) dengan menfitnah bahawa Kerajaan Pusat (BN) menindas rakyat negeri ini dengan menyekat peruntukan. Walhal, merekalah sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri ini dengan tidak menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Sebagai kesimpulan, MyMassa percaya rakyat Selangor yang cerdik pandai tahu siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat. Adakah salah Kerajaan Pusat (BN) yang memberikan peruntukan kewangan yang terlebih sampai Kerjaaan Negeri (PKR) tak tahu bagaimana nak belanjakannya untuk kesenangan rakyat?

Fikirkan, pada tempoh 2010-2011 di mana Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan negeri dengan baik:

1. Berapa banyakkah absorber rakyat negeri Selangor rosak sehingga perlu diganti?
2. Berapa banyakkah tayar motosikal atau kereta rosak?
3. Berapa banyakkah kemalangan (atau ada menyebabkan kematian) kerana penunggang motosikal terlanggar lubang di atas jalan yang rosak. Sebagai contoh:

Koma angkara jalan rosak

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk  akibat gagal diselenggara.
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara.
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.


Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Komaangkarajalanrosak/Article


Jadi kepada rakyat Selangor, fikir-fikirkanlah....

*Sebar-sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda.


No comments:

Popular Posts