Bukti #Aspirasimahasiswa Pilihan Pelajar
Published On Wednesday, October 03, 2012 By klxpress-admin. Under: Isu Semasa.
Pilihan raya kampus untuk sesi 2012 baru selesai pada semalam (2 Oktober 2012) di Universiti Islam Antarabangsa. Dengan peratus turun mengundi sejumlah 69%, turun 6% berbanding 75% pada 25 September 2012. Pengundian semula diadakan semula di UIA berikutan masalah teknikal pada sistem E-Voting.
Gambar rajah di atas adalah analisa penuh 5 tahun keputusan pilihan raya kampus di 20 IPTA. Keputusan semalam menyaksikan penguasaan Aspirasi Mahasiswa di 20 IPTA tidak tergugat dan masih lagi menguasai 18 IPTA awam dengan peratus penguasaan kerusi MPP sejumlah 81.6% daripada 598 kerusi MPP yang dipertandingkan.
Jumlah penguasaan kerusi mahasiswa pro pembangkang terus merosot teruk sebanyak 10.26% berbanding pilihan raya kampus pada 2011. Faktor utama kenapa kemerosotan ini berlaku adalah kerana tindakan ganas, ektrems dan melampau yang telah dilakukan oleh kumpulan mahasiswa pembangkang dalam beberapa siri demonstrasi di luar kampus bersama parti politik pembangkang.
Mahasiswa mulai menilai siapakah wakil sebenar mereka di kampus. Mereka amat malu mewakilkan undi mereka kepada pihak yang bersama-sama menyokong Jalur Gemilang ditukarkan, mahasiswa malu untuk berpihak sama menyokong demonstran yang menunjuk punggung di tempat awam, mahasiswa menolak terus tindakan ganas merosakkan harta benda awam serta mahasiswa tidak mahu mereka ditipu oleh perwakilan yang tidak cemerlang dalam bidang akademik.
Apakah keputusan pilihan raya kampus ini memberikan satu indikator sokongan anak muda kepada mana-mana parti politik dalam PRU13? Ya, ianya relevan dengan PRU, sebagaimana apa yang berlaku dalam pilihan raya kampus pada 1999 dan 2004. Malah ada kalangan bekas pemimpin pelajar pro pembangkang turut sama menjadi calon untuk parti pembangkang dalam pilihan raya umum.
Untuk PRU13, dijangkakan ramai lagi muka muka baru akan tampil untuk menjadi calon bagi parti pembangkang. Sebilangan besar daripada calon pembangkang dalam PRU12 pun daripada bekas pemimpin pelajar dan aktivis mereka di kampus dahulu. Seni dalam pilihan raya kampus amat berlainan dengan PRU. Namun usah diperkecilkan pengalaman dan bakat bekas pemimpin pelajar, mereka boleh mencipta kejutan jika tidak diberi perhatian.
Tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang menang. Teruskan usaha untuk mewakili pelajar, menjaga kebajikan pelajar dan meneruskan kecemerlangan di kampus. Menjadi Majlis Perwakilan Pelajar hanyalah setahun, tetapi pengalaman selepas itu adalah untuk selama-lamanya. Teruskan berjuang.
Sumber : AnginPerubahan
No comments:
Post a Comment