Monday, October 15, 2012

AES - Semakin ramai blogger pro-BN kritik pelaksanaan AES


AES bebankan rakyat? JPJ buat tugas polis? 

zulk1965 says:
14 Oktober 2012 9:34 PTG
Isu saman guna AES ini telah menyebabkan orang ramai menganggapkan nya sebagai telah dikomersialkan. Seolah olah kerajaan menjadikan nya sumber pendapatan atau perniagaan yang menguntungkan syarikat pengendali dan kerajaan. satu lagi isu adalah pihak dibelakang atau disebalik syarikat pengendali sistem AES ini......
Harap DS Najib pertimbangkan sebaiknya......nanti saman tersebut dibayar dengan undi PRU13.


Tanpa Nama says:
14 Oktober 2012 9:14 PTG
As Salam semua pembaca..memang AES ni boleh menyebabkan kemalangan..aku sendiri kena..dekat jalan nak hala ke Serdang atau Bangi..dekat ngan SHELL tu..tetiba jer lampu yang amat terang berkelip dari tepi..terperanjat aku dibuatnya..secara automatik aku tekan brek sebab terkejut..syukur jarak dgn kenderaan belakang agak jauh..malam tu jer 2 kali aku kena..memang tempat tu bukan kawasan kemalangan pun..tolonglah pihak berkuasa kaji balik tempat yang diletakkan AES ni..tolonglah





Apa Yang Tak Kena Dengan AES?

Siang tadi MyMassa ada panjangkan artikel dari blog JEJARIKAMI di sini :http://mymassa.blogspot.com/2012/10/kenapa-aes-saman-berkamera-penting.html


Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, maka respon yang MyMassa terima agak baik.

Dari pembacaan MyMassa, isu AES ini bukan sahaja menjadi bola tanggung kepada pembangkang, malah penyokong Kerajaan juga tidak menyokong AES ini.

Mengapa?

Hujah utama kenapa AES tidak diterima oleh rakyat Malaysia adalah kerana IANYA BUKANLAH DASAR atau TINDAKAN YANG POPULIS. Apabila ianya tidak populis, maka pengenalan dasar ini perlu dibuat dengan penuh teliti oleh pihak Kerajaan.

MyMassa ambil contoh isu GST. Walaupun ianya adalah dasar yang baik untuk ekonomi dan pengurusan kewangan Kerajaan, namun pentadbiran YAB Perdana Menteri mengenalpasti bahawa GST adalah isu yang tidak popular maka pengenalan GST telah ditangguh beberapa kali walaupun telah dimasukkan dalam BAJET beberapa tahun yang sudah.

Dalam hal AES, MyMassa rasa Kerajaan perlu lebih terbuka mendengar denyut dan nadi rakyat, suara dan rintihan masyarakat. Antara keluhan rakyat dalam isu AES ini adalah:

1. Pemasangan AES tidak dibuat di lokasi kemalangan.

2. Papan tanda AES diletakkan terlalu jauh (sehingga 2km dari lokasi kamera).

3. Saman dikeluarkan walaupun hanya melebih had laju dalam julat 10km/j (jika had laju 80km, kelajuan 83km/j tetap dikenakan saman).

4. AES bukan mengurangkan kemalangan tetapi boleh menyebabkan kemalangan kerana kenderaan membrek secara tiba-tiba.

Dalam poin yang ke-4, MyMassa sendiri melihat bagaimana kemalangan berlaku di lokasi AES iaitu dihadapan SHELL berhampiran susur masuk ke MARDI. Setahu MyMassa, kawasan tersebut bukanlah kawasan kemalangan. Tetapi, kawasan tersebut mencipta sejarah menjadi kawasan kemalangan dek wujudnya kamera AES di situ.

Oleh yang demikian, MyMassa memohon pihak Kerajaan terutamanya JPJ mengkaji semula AES ini. Antara cadangan MyMassa ialah:

1. Membuka peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri lokasi AES berdasarkan statistik kemalangan. Ianya mungkin boleh dibuat dengan meletakkannya soal selidik atau undian di laman web JPJ atau pun menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakyat. Malah, pendekatan secara bersemuka dengan pengguna jalan raya juga perlu dibuat untuk rakyat sendiri memilih untuk meletakkan kamera AES. Dengan cara ini, Kerajaan dan JPJ akan dilihat lebih telus berbanding sekarang yang mana terdapat tuduhan bahawa JPJ dan syarikat swasta yang mengendalikan AES ini berkomplot untuk meletakkan kamera di kawasan yang mudah untuk menyaman pengguna jalan raya. Kawasan yang diundi sebagai kawasan pilihan terbanyak akan dipasang dengan kamera AES.

2. Menurut pandangan orang ramai, punca utama kemalangan jalan raya adalah kenderaan berat seperti lori trailer, lori kontena mahu pun bas. Kenderaan-kenderaan berat ini dilihat membawa melebihi had laju mereka. Umum mengetahui bahawa had laju kenderaan berat ini adalah lebih rendah daripada kenderaan persendirian. Justeru, MyMassa memohon agar JPJ menggunakan AES untuk menumpukan kepada kesalahan kenderaan berat ini yang sering dilihat sebagai raja di jalan raya terutamanya waktu malam. Ini kerana, dengan menetapkan pada had laju jalan raya untuk kenderaan persendirian, berkemungkinan AES gagal mengesan kesalahan kenderaan berat kerana had laju mereka sepatutnya lebih rendah daripada itu.

3. Menangguhkan hukuman saman AES sehingga dua langkah di atas atau mana-mana langkah yang boleh meredakan kemarahan rakyat terhadap sistem ini dilaksanakan dahulu. Seperti mana GST, AES juga berkemungkinan besar akan menyebabkan undian rakyat dalam PRU tidak memihak kepada BN. MyMassa sendiri telah mendengar rungutan dari penyokong tegar BN bahawa mereka akan bayar saman AES melalui kertas undi. Jadi faham-faham lah ye.

Tak patut rasanya untuk mengulas panjang mengenai isu ini kerana MyMassa yakin, pembaca sendiri mempunyai cadangan-cadangan yang bernas untuk dikemukakan di ruangan komen di bawah.

*MyMassa rasa Pemuda UMNO dan NGO Pro Kerajaan perlu bertindak memperjuangkan isu ini supaya pelaksanaan AES dikaji semula atau ditangguhkan.

2 comments:

Anonymous said...

saya rasa pemuda umno harus tampil ke depan untuk membawa isu ini ke meja perbincangan.jangan biarkan pihak pembangkang ambil kesempatan.aes wajar di tanggguhkan sehingga ada penambahbaikan

Anonymous said...

Lokasi 50km/h pun ada speed trap!!??? JALAN GERTAK SANGGOL satu contoh tempat. Tempat saman yg banyak 60 hingga 90 km/h.

DUit sekarang dah la makin kecik nilai. Nak idup bagi anak bini makan pun cam nyawa2 ikan. Dh nak tambah saman speed trap pulak. Orang kaya leh la bawak laju sampai 50000km/h pun. Sbb klu setakat saman2 ni celah gigi leh setel. Org miskin bawak kapcai bawak 70km/h (katalah ada hal atau emergency)dah kena buang 3 atau 4 hari punya gaji untuk saman. 70km/h punya pasal hilang gaji 3 hari? Besar sangat ke JENAYAH 70km/h tu. Dah la bagi kat syarikat swasta RM16 pulak drpd jumlah setiap saman tu satu hal lah. Orang atas semua sama, baik pembangkang baik kerajaan!!! Patutnya untuk orang2 susah ni bagi la pilihan lain untuk saman tu!!! denda buat kerja2 kebajikan ke atau apa2 jelah yg tak libat duit tapi masih boleh dijadikan sebagai pengajaran!!! pengajaran tak kanlah dalam bentuk duit aja yg ada?? asyik asyik duit duit duit!! ingat senang ke nak cari duit hah!!!! RM300 orang kaya mmg la ciput!!! RM300 untuk orang miskin, boleh cover 2 bulan susu budak yg paling murah untuk bagi anak2 minum!!!! Kalau gaji tinggi RM1500 pun, dah 20% drpd jumlah pendapatan. Belum nak pikir hutang yg keliling pinggang! klu tak hutang nak idup mcm mana? barang semua mahal mahal. Pada yang baru nak keje nak pikir hutang ptptn lagi. belum pikir lagi tarif air yg akan naik sbb bila BN menang kat Selangor diorang nak teruskan buat empangan yg berbillion harganya tu!!! apa benda semua ni hah!!!!!

Sorilah kpd pembaca2 kalau ayat saya ni kasar. Nak ikutkan saya ni bukan orang yg jenis pemarah pun. Mak bapak tak ajar pun budaya yang macam ni. Tapi bila dari hari ke hari asyik keluar berita kerajaan asyik pasal DUIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTTT aje, perasaan marah ni dah tak boleh nak di kawal dah. Melampau sangat dah. Ambiklah tenaga kami ni klu nak denda pun. tapi janganlah duit kami... cukuplah....merayu sangat kat kerajaan...banyak sangat pancaroba kat luar ni untuk teruskan kehidupan.

Perasaan marah mcm nilah yg buat aku tak sabar2 nak gi ngundi. Dengar sini parti PEMBANGKANG, kalau korang tak sebut tentang perkara AES ni dlm kempen korang, bermaksud memang korang nak take over project ni juga mungkin project2 lain yg ada, dan dengan nama ALLAH TAKKAN AKU UNDI korang dan ialah LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KELUAR MENGUNDI LANGSUNG!!! LANTAKLAH DAP YANG MENANG KE SAPA KE AKU MALAS NAK AMBIK TAHU DAH. ORANG2 MELAYU KAT ATAS YG PATUTNYA JADI TEMPAT AKU BERTEDUH TAK PERNAH AMBIK TAHU APA PERIT JERIH ORANG KAT BAWAH NI BERTARUNG SIANG MALAM CARI DUIT UNTUK HIDUP. BUKAN UNTUK KAYA, UNTUK HIDUP!!! AKU NI NAK JAGA BAPAK AKU YG DAH TUA TAKDE EPF DAN PENCEN, SAKIT CANCER DAN ADA KOS UBAT YANG AKU KENA PIKIRKAN. BUANG MASA AJE KALAU PIKIR PASAL MENGUNDI. Paling teruk pun jadi mcm singapore tapi orang melayu tetap boleh hidup jugak. Biarlah sesapa nak perintah pun kalau sama je kena tindas!!!

Popular Posts