Saturday, August 11, 2012

Blogger PR hina mahkamah - Elok ambil tindakan atas pemimpin PR yang buat perkara yang sama




Bukan sekali kita dengar pemimpin PR berceramah dan mengulas tentang kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah. Alhamdulillah blogger PR ini dah kena. Lepas ini lebih banyak tindakan undang-undang patut diambil ke atas pemimpin pembangkang yang menghina mahkamah pula.

Blogger pro Pakatan dipenjara 3 bulan atas kesalahan memfitnah..

KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".



No comments:

Popular Posts