Lepak Santai Rempit United - Penjana Evolusi Hidup Mat Rempit
Kuala Lumpur, 10 Julai: Bertemakan slogan 'Kami Pun Anak Merdeka', satu program yang dinamakan 'Lepak Santai Bersama Rempit United' telah berlangsung di NZ Garden, KLCC malam tadi. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Media Baru (Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dan NGO yang mengabungkan kumpulan-kumpulan bermotor di seluruh negara, Rempit United.
'Lepak Santai Bersama Rempit United' yang dihadiri lebih 200 orang tersebut bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara penggiat media sosial dan peminat sukan permotoran yang juga dikenali sebagai 'mat rempit'. Program berbentuk forum yang membincangkan tajuk 'Evolusi R' berlangsung dengan sesi bertukar-tukar pendapat disamping mempromosikan jenama Rempit United kepada umum.
Tun Faisal Ismail Aziz berkata, "Di Malaysia, masyarakat sememangnya memandang serong terhadap golongan mat rempit. Namun persepsi ini boleh diubah jika media baru memainkan peranan dengan dibantu badan NGO seperti Rempit United. Pandangan serong terhadap mat rempit perlu diubah dengan media baru bertindak sebagai saluran penerangan".
Menurutnya lagi, "Saya memetik slogan Rempit United 'Kami pun Anak Merdeka', persepsi masyarakat boleh diubah tetapi mat rempit di luar sana perlu tunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana meminati bidang permotoran kerana mereka juga mempunyai hak. Namun, mereka perlu mengetahui batas-batasnya supaya tidak terus dipandang serong oleh masyarakat".
David Teo yang sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Rempit United - Evolusi R" mengunakan platfom layar perak untuk memberi kesedaran kepada mat rempit dan pemahaman kepada masyarakat mengenai perkara ini.
Penerbit filem prolifik itu berkata, "Pendekatan terbaik bagi membela hak golongan rempit ini ialah kita perlu membina lebih banyak litar untuk golongan ini berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. Jika kita lihat, pemain bola sepak mempunyai padang untuk mereka bermain bola maka saya merasakan adalah perlu untuk pihak kerajaan dan sektor korperat bersatu untuk melaksanakan pembangunan untuk membela hak golongan ini". -KalamPena & AsyrafRinggo/PjO
Saksikan foto-foto program Lepak Santai Rempit United di blog LENSALOKA (klik!)
Rempit United dibangunkan berlandaskan empat teras utama iaitu pertandingan, acara, peluang dan rangkaian sosial.
Hadir dalam program itu adalah Tun Faisal Ismail Aziz (Pengerusi Unit Media Baru), Wazi Abdul Hamid (Presiden Rempit United), Shahrol Yuzy (bekas pelumba MotoGP) dan David Teo (pengarah filem). Beberapa orang selebriti tanah air turut hadir memeriahkan program Lepak Santai semalam seperti Shaheizy Sam, Sari Yanti, Adi Putra dan Ilia Iryani (pelakon stunt wanita).
Wazi Abdul Hamid menjelaskan bahawa 'Evolusi R' bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan mat rempit yang sentiasa dipandang serong.
"Dalam program ini kita mengutamakan sesi pemutihan yang mana kita akan mengubah mat rempit ke jalan yang baik supaya golongan ini tidak terus dipinggir masyarakat".

Tambahnya lagi, "Golongan mat rempit ialah individu yang berani. Sekiranya kita mampu mengubah mereka ke jalan yang benar, mereka mampu berbakti kepada masyarakat. Anak murid saya dahulu juga seorang mat rempit tegar, tetapi sekarang telah menjadi seorang anggota polis. Sekarang dia pula menangkap mat rempit yang melakukan kesalahan lalu-lintas. Kita perlu menyebarluaskan program-program kesedaran seperti Evolusi R ini untuk mendekatkan diri dengan golongan seperti ini".
Pelumba motosikal profesional, Shahrul Yuzi turut hadir pada program itu untuk menyuntik motivasi kepada para hadirin dengan menceritakan pengalamannya. Beliau yang juga pernah menjadi mat rempit berusaha secara positif sehingga mendapat platform yang sesuai dan kini bergelar pelumba profesional negara.
Pelumba motosikal profesional, Shahrul Yuzi turut hadir pada program itu untuk menyuntik motivasi kepada para hadirin dengan menceritakan pengalamannya. Beliau yang juga pernah menjadi mat rempit berusaha secara positif sehingga mendapat platform yang sesuai dan kini bergelar pelumba profesional negara.
Tun Faisal Ismail Aziz berkata, "Di Malaysia, masyarakat sememangnya memandang serong terhadap golongan mat rempit. Namun persepsi ini boleh diubah jika media baru memainkan peranan dengan dibantu badan NGO seperti Rempit United. Pandangan serong terhadap mat rempit perlu diubah dengan media baru bertindak sebagai saluran penerangan".
Menurutnya lagi, "Saya memetik slogan Rempit United 'Kami pun Anak Merdeka', persepsi masyarakat boleh diubah tetapi mat rempit di luar sana perlu tunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana meminati bidang permotoran kerana mereka juga mempunyai hak. Namun, mereka perlu mengetahui batas-batasnya supaya tidak terus dipandang serong oleh masyarakat".
David Teo yang sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Rempit United - Evolusi R" mengunakan platfom layar perak untuk memberi kesedaran kepada mat rempit dan pemahaman kepada masyarakat mengenai perkara ini.
Penerbit filem prolifik itu berkata, "Pendekatan terbaik bagi membela hak golongan rempit ini ialah kita perlu membina lebih banyak litar untuk golongan ini berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. Jika kita lihat, pemain bola sepak mempunyai padang untuk mereka bermain bola maka saya merasakan adalah perlu untuk pihak kerajaan dan sektor korperat bersatu untuk melaksanakan pembangunan untuk membela hak golongan ini". -KalamPena & AsyrafRinggo/PjO
Saksikan foto-foto program Lepak Santai Rempit United di blog LENSALOKA (klik!)
No comments:
Post a Comment