Perlaksanaan Dasar Kerajaan Akan Jadi Kayu Pengukur Kejayaan – Tun Faizal
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Media baharu bukan menjadi faktor penentu utama dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang meskipun ia mampu mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesebuah parti.
“Dalam politik, media baharu membantu merapatkan pemimpin dengan rakyat agar dapat memberi respon dengan cepat termasuk menangkis tuduhan terhadap pemimpin serta menyebarkan mengenai polisi parti yang diwakili,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program ‘Radar Khas Siri 4′ bertajuk ‘Perang Media Baru-Faktor Penentu PRU13′ anjuran Radio24 dan AntaraPos.com, sebuah portal berita televisyen swasta, di Wisma Bernama di sini, Khamis.
Turut serta dalam diskusi itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakar sains sosial yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar.
Tun Faisal berkata media baharu berupaya memberi impak tersendiri dalam memperkuatkan jentera sesebuah parti memandangkan Malaysia mencatatkan kira-kira 13 juta pengguna Facebook dan dua juta pengguna Twitter. “Kini ada banyak platform media baharu. Orang ramai tidak lagi bergantung pada informasi media konvensional seperti surat khabar mahupun berita 8 malam (media penyiaran) kerana semua maklumat berada di tapak tangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata ‘cybertrooper’, ‘keyboardwarrior’ dan blogger dari mana-mana parti yang menyebarkan berita palsu dan fitnah selain kebencian perlu dikenakan tindakan. Abdul Latif pula berkata garis panduan dan kawalan perlu dibuat terhadap media baharu agar tidak melanggar norma serta menggalakkan sikap negatif.
“Media baharu sekarang memainkan peranan penting meskipun tidak semestinya mempengaruhi masyarakat untuk membuang undi.
“Kini banyak cybertrooper dan blogger dalam media baharu yang tidak rasional dan menyebarkan aura negatif serta bertelagah…ia perlu kawalan agar tidak menjejaskan ketenteraman negara,” katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi turut bersetuju bahawa media baharu bukan faktor penentu kejayaan pilihan raya umum tetapi berpendapat ia adalah medium yang boleh memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Beliau berkata masyarakat terutamanya golongan muda kini beralih ke media baharu kerana mahu melihat pandangan yang lebih seimbang.
– BERNAMA
on Thursday, July 19, 2012
No comments:
Post a Comment