Tuesday, July 17, 2012

Syabas vs TonyPua : Dap petik, Khalid buat?


















Dalam keadaan Khalid Ibrahim berhadapan dengan krisis dalaman PKR, adakah jalan keluar utama adalah dengan mendapatkan sokongan DAP?


Perang Terhadap Syabas Untuk Selamatkan @tonypua ?


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah pertama untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau Syabas apabila ia mengambil keputusan untuk mengenepikan kuasa Syabas dalam memberikan kuasa kelulusan pembangunan kepada projek baru dan juga kilang.

Menteri Besar,Tan Sri KhalidIbrahim berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, Pengawal Air Negeri Selangor yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, mempunyai kuasa untuk mengenepikan ataupun menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh Syabas.
Kata Khalid, setakat ini Syabas telah menolak 60 permohonan daripada pekilang.

“Dalam proses untuk memperolehi kelulusan pembangunan, setiap jabatan kerajaan yang berkaitan diperlukan memberi keputusan sama ada setuju, tidak setuju atau wajar dipertimbangkan.

“Syabas akan memberi komen sama ada cadangan itu tidak disyorkan atau disyorkan. Kini kita telah mengarahkan supaya pengawal air Selangor melihat akan keputusan yang dibuat oleh Syabas kerana Syabas bukanlah pihak berkuasa terakhir yang menentukan keputusan muktamad,” katanya kepada para pemberita hari ini.

Semalam Khalid telah mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Adakah tindakan MB selangor itu hasil desakan Tony Pua yang terdesak seperti artikel yang ditulis di laman Blog Keris7lok ?

Artikel yang dipetik dari blog berkenaan :-


Lihat sendiri bagaimana Tony Pua dan DAP mempergunakan rakyat untuk mengumpul wang sedangkan Tony sendiri dah kaya dan dia boleh minta mana-mana syarikat berkaitan  DAP namun inilah masanya dia nak tunjuk dia mampu kawal dan mempergunakan rakyat.
Ini merupakan jemputan yang dibuat khas untuk mengumpul dana. Jika pembaca perasan tiba-tiba ada Dr Dzulkefly dalam list VIP. Kenapa? Sebab nanti orang-orang PAS akan datang dan DAP tahu orang PAS memang mudah dipergunakan untuk derma ini. Sebab itu wujud tabung DAP dimana dahulu mereka tak pernah pun menggunakan modus tersebut.


Beberapa hari yang lepas ini wang yang berjaya dikumpulkan dengan menggunakan wang rakyat. Sebenarnya ramai tidak tahu selain pakar dalam bermain dengan helah, Tony Pua juga bijak memanipulasikan keadaan. Dia ada skill yang sama seperti Tian Chua.
Kini wang yang dikumpulkan telah mencapai angka 100,000. Bayangkan bagaimana dia yang sepatutnya bayar sendiri sebab dia yang buat hal dengan SYABAS.  Sekarang dia gunakan rakyat untuk bayar atas kesalahan dia. Teruk kan? Tapi inilah sifat sebenar mereka.  Mereka akan manipulasi dan mempergunakan rakyat hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja. Senantiasa punya agenda tersembunyi dalam setiap perbuatan.



No comments:

Popular Posts