Sepanyol Tewaskan Itali 4-0 Kekal Sebagai Pasukan Terbaik Dunia
KEIV: Sepanyol mempertahankan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final EURO 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, sebentar tadi.
Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41.
Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.
Penyerang termahal Liverpool, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala pemain tengah Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.
Sepanyol kini kekal sebagai pasukan bola sepak terbaik di dunia.
No comments:
Post a Comment