Tuesday, June 12, 2012

@UMBKedah , Aduan Rakyat bongkar kerakusan Pas Kedah sapu balak #TukarKedah @NajibRazak



Di Kelantan, rakyat mengadu 'balak habis, pembangunan tak nampak, rakyat menderita minum air berkeladak', di Kedah pun sama? 

http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/06/minta-sebarkan-azizan-razak-bakal-di.html

Setelah sekian lamanya Team Media Kedah membongkar isu pembalakkan haram yang dihalalkan oleh Pas, alasan berselindung di sebalik projek ladang sejahtera yang mengakibatkan kerosakkan alam sekitar telah mendapat perhatian Aduan Rakyat..

Minggu lepas mereka turun padang melihat sendiri kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk KG Lata Celak di mukim Kupang Baling.. dan malam ini dengan rasminya keluhan penduduk akan dipaparkan dalam Buletin Utama slot Aduan Rakyat..Jangan lupa saksikan. 

Bagi yang ketinggalan mengikuti kisah penduduk Kg Lata Celak boleh klik kat SINI, SINI dan SINI

Ini adalah bukti kami Team Media Kedah melaporkan perkara yang benar.. dan benar-benar belaka!



Pas Kedah Rakus Teroka Balak, Tarah Bukit




BALING – Cukup menyedihkan melihat Hutan Simpan Gunung Inas, di sini yang merupakan tulang belakang sistem ekologi bagi penduduk daerah Kedah Tengah dan Selatan menghadapi kemusnahan akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal.

Hutan yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis pokok dan tumbuhan menjadi semakin gondol ekoran aktiviti pembalakan atas alasan untuk memajukan tanah.

Difahamkan, 5,000 hektar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling yang berkeluasan kira-kira 15,000 hektar akan diteroka bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera dengan tanaman getah berklon balak.

Ini bermakna, satu pertiga daripada kawasan gunung yang kaya dengan khazanah alam sekitar itu terpaksa ditarah dan dibersihkan bagi memberikan laluan kepada projek tersebut.

Tahun ini sahaja seluas 400 hektar kawasan hutan simpan itu ‘dibersihkan’ untuk projek berkenaan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan kerjasama anak syarikat perbadanan negeri.

Ladang Sejahtera yang dibangunkan itu juga dikatakan sebagai ganti kepada penebangan semua pokok di kawasan gunung berkenaan namun, timbul persoalan adakah tanaman getah berklon balak tersebut dapat menggantikan kemusnahan hutan yang kaya dengan khazanah alam itu.

Bahkan, pelaksanaan projek dipersoalkan banyak pihak memandangkan ia sepatutnya boleh dibangunkan di kawasan tanah pamah bagi memastikan pembangunan secara lestari.

Sesetengah pihak turut mendakwa pembukaan ladang itu hanya alasan kerajaan Pas Kedah bagi mewajarkan balak pelbagai saiz dapat dikeluarkan dari kawasan gunung berkenaan bagi menambah pendapatan kerajaan negeri.

Meskipun kerajaan Pas Kedah mempertahankan tindakannya membuka Ladang Sejahtera di kawasan berkenaan, hakikatnya kegiatan pembalakan yang diberi nama jolokan ‘cuci hutan’ oleh penduduk itu telah mengakibatkan kerosakan ekosistem alam serta membawa banyak kesan buruk.

Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini marah dan kecewa dengan kegiatan pembalakan berkenaan yang telah menjelaskan kehidupan mereka.

Seorang penduduk, Abdul Razak Che Ahmad, 51, dari Kampung Iboi berkata, bekalan air ke kediaman mereka dari sumber hutan simpan berkenaan menjadi kekuningan dan berkeladak akibat pembalakan berleluasa sejak dua tahun lalu.

Keadaan itu, katanya, menjejaskan kehidupan lebih 2,000 penduduk di Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bok Bak dan Kampung Padang Empang yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari sumber sungai untuk menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan memasak.

“Apakah wajar sumber alam yang memberi kemudahan kepada penduduk seperti bekalan air masyarakat dikorbankan semata-mata hendak melaksanakan projek Ladang Rakyat?” kata Abdul Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Iboi berkata, penduduk sedar kepentingan pembangunan yang mahu dibawa tetapi pengambilan balak secara berleluasa menyebabkan penduduk terutama dari lima kampung berkenaan menanggung kesulitan.

“Bekalan air masyarakat yang disalurkan kepada sekolah turut terjejas. Projek yang membawa kepada kemusnahan hutan itu perlu dihentikan segera demi kebaikan rakyat dan masa depan generasi akan datang,” katanya.

Hanafiah Wan Teh, 42, dari Kampung Iboi berkata, sumber pendapatan penduduk kampung dari kawasan rekreasi Lata Chelak sudah tertutup apabila orang ramai tidak berminat ke situ selepas airnya tidak lagi jernih.

Menurutnya, begitu juga Empangan Iboi yang pernah menjadi juara sungai angkat peringkat negeri pada 2009 semakin terbiar dan tidak lagi dikunjungi orang ramai kerana airnya yang keruh.

“Menteri Besar tak usah bercakap soal pembangunan dan kemajuan untuk rakyat tetapi tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kepayahan penduduk akibat pembalakan secara berleluasa ini,” katanya.

Di samping itu, penduduk yang memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual hasil hutan dan tangkapan ikan mengeluh kerana mereka kini sukar mencari rezeki akibat penggondolan hutan dan keadaan air sungai yang sentiasa kekuningan. – Utusan Malaysia






No comments:

Popular Posts