Tengku Abdul Aziz DAP hilang jawatan senator?
m/s 38
11 Mei 2012 (Jumaat)
Tajuk:
Hilang Taman Syurga
Penulis Tay Ting Hean/ timbalan editorial akhbar ini
Seperti yang telah dijangkakan, Tengku Abdul Aziz tidak dapat disyorkan oleh DAP untuk sambung jawatan senator parti pembangkang.
Beliau hadapi tuduhan dan kemarahan parti, menuding beliau seorang penghianat parti, patung dan orang tua nyanyuk; jawatankuasa disiplin DAP mahu beliau tunjuk sebab, ahli-ahli parti mahu beliau dilucutkan dari keahlian parti.
Umpama manusia yang terbiar tiada jurupandu, menempah kejayaan dan ditempa kemalangan sering silih berganti.
Pada 3 tahun yang berlalu, Tengku Abdul Aziz masuk parti DAP, dapat sambutan ramai orang yang begitu meriah. Inilah kali pertama DAP sejak ia ditubuhkan mencipta sejarah kerana dapat mempengaruhi orang Melayu yang berkedudukan begitu tinggi dan berpengaruh manjadi ahli dalam parti.
Jawatan Kerusi timbalan presiden diserahkan kepada beliau, supaya dapat mengunakan pengaruh Tengku Abdul Aziz menaikkan kewibawaan DAP, dimana DAP anggap DAP telah bertukar wajah baru, menjadi sebuah parti yang benar-benar terbuka untuk semua kaum, selepas itu tidak lagi takut dituduh sebagai parti Cauvinisme Cina.
Hanya gara-gara Tengku tidak bersetuju terhadap perhimpunan 428 (28 April), sebaliknya hari ini beliau dibekukan ke dalam peti sejuk.
Hanya dalam sekelip mata sahaja hilang dari pandangan, diganti dengan tomahan.
Kita tidak perlu berhujah lagi berkaitan perhimpunan 428 (28 April), hanya teringat sebuah cerita.
John Milton seorang sasterawan agong British Abad ke-17, kedudukan beliau hanya di belakang William Shakespeare sahaja
Novel beliau berjudul Taman syurga yang hilang (terjemahan Mandarin) diambil dari petikan Bible dalam cerita Adam dan Hawa dihalau keluar dari taman Syurga, John Milton menceritakan manusia yang mengajar kebebasan tetapi pada masa yang sama perlu hadapi disisihkan.
Dalam cerita (Kehilangan Taman Syurga) dan menceritakan ada Syurga Neraka, menceritakan ada Malaikat dan Syaitan; ada kejahatan dan ada kebaikan; ada yang bermartabat tinggi ada yang bermartabat rendah.
Sebuah perhimpunan 428 (28 April) bukankah ia seperti contoh kehilangan satu taman syurga yang nyata.
John Milton menulis cerita pengalaman sebenar yang beliau lalui dalam perjalanan hidup beliau, sewaktu beliau berusia 32 tahun, beliau mengenali pasangannya lalu berkahwin.
Selepas perkahwinan John Milton baru sedar bahawa dengan pasangan beliau itu beliau tidak dapat menyesuaikan diri dan susah untuk bersama. Isterinya kembali ke rumah ibunya selama 3 tahun tidak pulang.
John Milton mahu tamatkan perkahwinan itu, tetapi dihalang oleh peraturan-peraturan agama dalam Kristian dan tidak membenarkan beliau berbuat demikian.
Dengan perasaan sedih beliau menulis sebuah novel berjudul "pengumuman penceraian" (terjemahan mandarin) membahaskan penceraian yang sebenar adalah penceraian roh dan jasad, dan ia tidak boleh dikongkong dengan pilihan untuk bercerai antara suami dan isteri, jika tidak ia akan melanggar kebebasan manusia dan kebebasan hak semula jadi manusia, dengan itu individu sepatutnya ada hak kebebasan untuk menuntut cerai.
Konsep ini hari ini telah diterima oleh masyarakat, tetapi pada 300 tahun lalu ia adalah satu perkara yang membelakangi ajaran.
Pihak yang berkenaan melihat sikap dan pemikiran beliau seperti orang fanatik, sebab itu mengecam beliau dan menahan beliau.
John Milton tidak tunduk sebaliknya beliau bangkitkan satu pemikiran yang bebas dan mahu mencari kebenaran; selepas itu beliau timbulkan kebebasan untuk bersuara, kemukakan "kebenaran adalah dari iman diri sendiri" (terjemahan Mandarin), barulah kebenaran itu semakin hari semakin jelas; orang-orang yang ditekan akhirnya dapat membina "kebenaran", jika tidak dapat harungi cabaran, bermakna kebenaran itu tidak dapat diwujudkan.
Pada masa yang sama John Milton kemukakan "konsep kebebasan" (terjemahan Mandarin), mengesyorkan dalam keadaan tidak mencederakan orang lain, tidak kira sama ada negara itu sendiri, parti ataupun individu, mereka semua tiada hak untuk memeriksa hak kebebasan dan hak pemikiran seseorang.
Konsep kebebasan John Milton menjadi bapa peneraju kepada demokrasi hari ini.
Hari ini Tengku Abdul Aziz sama seperti semua orang, beliau mempunyai kebebasan untuk bersuara, cara apa layanan DAP terhadap beliau, ia boleh menunjukkan dan membuktikan kualiti dan sikap keterbukaan dalam demokrasi parti DAP itu sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 comments:
Antara Ketenteraman Awam vs Ketenteraman Ambiga !!!
itu lah contoh nasib org melayu dalam DAP dan komponen PRnya.kebebasan bersuara,demokrasi dalam DAP sudah mati,tinggal Dictatorship Action PArty(DAP)
Post a Comment