Wednesday, April 4, 2012

Selepas Pulau Pinang, kerajaan PR Selangor pula zalimi peniaga, lelong tanah rizab



Gerai Ibu Tunggal Diroboh, Tanah Rizab 
Melayu Dilelong Pakatan Haram Selangor

Zalim! Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan 29 buah gerai milik ibu tunggal di Kompleks Muhibbah, Seksyen 24, Shah Alam. CTS tahu benar kawasan berkenaan kerana ianya terletak bersebelahan dengan kediaman CTS di Seksyen 23, iaitu di sebuah tanah lapang di "Uptown" Shah Alam ini. Perkara ini tidak sewajarnya dilakukan oleh pihak MBSA memandangkan  Sultan Sharifuddin Idris Shah sudah menganugerahkan kawasan lapang berkenaan kepada golongan anak yatim, ibu tunggal dan warga tua untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan sara hidup. Inilah nasib bangsa Melayu di Shah Alam, ditindas oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Itu cerita di Shah Alam. Berlainan pula dengan cerita di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya, salah sebuah penempatan yang majoritinya masyarakat Melayu. CTS difahamkan bahawa EXCO Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Elizaberth Wong telahpun menerima wang sebanyak RM2 juta bagi mengurus/memproses penukaran status tanah daripada tanah rezab Melayu kepada status tanah bagi projek kondo mewah. Beliau bertanggungjawab penuh dalam proses penukaran status tanah berkenaan. Semua kawasan di Kampung Kayu Ara, asalnya merupakan kawasan tanah rezab Melayu kini hampil "dilelong" oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui Pejabat Tanah Negeri (di bawah kuasa Kerajaan Negeri).

Rakyat Selangor Bencikan Kezaliman Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts