Friday, April 20, 2012

Kenapa Budak ProM #ProPembangkang diserang, tapi Pro #AspirasiMahasiswa disayang? #PTPTN




HOT!! Selepas Diserang Samseng, Mahasewel Diserang Oleh #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Pulak??


Semalam baru saja kita digemparkan dengan berita sekumpulan samseng menyerang 'HABITAT' mahasewel ketika di Dataran Merdeka.. Petang tadi, Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus pula buat 'hal' dengan menyerang semula mahasewel-mahasewel...?? Haihh.... Tapi hal yang Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus buat ni tak la macam mahasewel.... Jauh panggang dari api kalau kita nak bandingkan dengan Pro-Mahasiswa (mahsewel) [SINI] dan [SINI] .. Nak tahu apa diorang ni buat?? Baca bawah ni...


Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg.. ASPIRASI MAHASISWA AMAN KAMPUS telah selamat sampai ke Melaka... Setibanya mereka disana, mereka telah menjayakan beberapa program, iaitu SISWA PRIHATIN, SISWA TAQWA dan DAMPING SISWA di sekitar kawasan Bukit Katil.. Seperti yang kita tahu, Aman Kampus secara terang-terangan tidak memperjuangkan perjuangan Anwarism seperti Pro-Mahasiswa yang diterajui oleh Adam Adli itu.

SISWA PRIHATIN


Program ini ialah sebuah program tolong-menolong, bantu-membantu golongan yang memerlukan. Contohnya seperti rancangan Keranamu di TV3 tu.. Menurut info, mereka telah 'terjah' tiga buah rumah dan Datuk Md. Yunos Husin (ADUN Ayer Molek) turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung... Selain itu, usaha mereka disambut baik oleh masyarakat sekeliling.. Alhamdulillah..



*Mahasewel tak tahu buat program macam ni sebab diorang mana tengok TV3.. Hehehe..

 SISWA TAQWA


Program ilmu yang berteraskan islamiah yang wajib kita contohi. Tadi selepas selesai program Siswa Prihatin, mereka terus beransur ke surau kampung berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan tahlil sempena pembaikan semula sebuah bangunan warisan yang terkenal di Bukit Batil.


Sejurus sampai disana, mereka dikejutkan dengan sambutan meriah oleh adik-adik comel dari Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan.

1 Malaysia !!!!!!
Presiden Aspirasi, Saudara Shahar Abdullah memberikan sedikit cenderahati kepada adik-adik comel ini. Hehe

DAMPING SISWA
Program yang bermotifkan kemuafakatan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. 


Program ini telah berlangsung pada jam 9 mlm di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Warga ILP sangat berbesar hati menyambut mereka dengan begitu meriah. Indian Movement Students telah menganjurkan program ini dan ianya berlangsung dengan jayanya.




P/S : Saya minta maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Saya terpaksa kecilkan saiz gambar kerana kualiti internet disini kurang memuaskan. Sekian.   

1 comment:

Anonymous said...

bersama mu la abg..bkn keranamu

Popular Posts