Monday, April 16, 2012

Budak PR yang berkhemah langgar Akta Perhimpunan Awam dan Undang-undang DBKL #RakyatBenciPR



Budak-budak PR dilatih untuk jadi kurang ajar. Tahniahlah! Allah swt tunjukkan sikap sebenar dan perlakuan kurang ajar PR. Kita yakin dengan perbuatan biadap mereka ini bukan saja penjawat awam malah rakyat juga makin benci kepada PR 
dan budak-budak PR. 

Perbuatan Mahasiswa Berkhemah Dataran 
Merdeka Langgar Undang-Undang DBKL 
Akta Taman 1981 - Peguam

Sebentar tadi penulis telah menghubungi peguam terkenal En MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ dari Azam Aziz & Co tentang isu mahasiswa pro Pakatan yang mendirikan khemah membuat tunjuk perasaan minta mansuh PTPTN. Dalam video Malaysiakini mereka menggunakan persoalan undang-undang semasa bertekak dengan anggota DBKL. Videonya ada di sini http://tunfaisal.blogspot.com/ 

Encik Khairul Azam (gambar kanan) pernah memenangi saman RM 7 juta terhadap Raja Petra mewakili Tan Sri Nordin kardi isu fitnah RPK seperti laporannya di sini http://utusan.com.my/  Beliau juga peguam Ummi Hafilda dalam saman RM100 juta terhadap Nor Azman Abdullah dan Malaysiakini.

Dalam responnya beliau memberitahu penulis bahawa perkara ini boleh disemak dalam Akta DBKL Undang-Undang Kecil Taman. Selepas penulis membuat sedikit carian di Google maka akhirnya ditemui fakta yang dimaksudkan oleh beliau seperti berikut :


AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1981 telah menjelaskan pada perkara kesalahan-kesalahan iaitu antaranya  :

(u) bersyarah atau menyampaikan apa-apa ucapan di hadapan khalayak ramai atau berkumpul di dalam taman bagi maksud mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat ugama, politik atau apa-apa mesyuarat lain atau mengadakan sesuatu tunjuk perasaan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar terlebih dahulu;



Dalam permulaan Akta tersebut dijelaskan bahawa  maksud "taman" termasuklah kawasan lapang, siar-kaki di tasik, taman rekreasi atau hiburan,bulatan, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, jalan rezab, anak sungai, sungai, tebing sungai atau mana-mana perkarangan yang disenggara atau di bawah bidangkuasa Datuk Bandar.


PTPTN dataran sit in by students


Link Akta dimaksudkan sila klik sini : 


Maka berdasarkan bukti yang disiarkan maka amat jelas tindakan mahasiswa mendirikan khemah dan berhimpun di Dataran Merdeka bercanggah dengan undang-undang DBKL. 

Begitu juga komen pemimpin pembangkang yang menyokong tindakan mahasiswa-mahasiswa  ini adalah sangat terkutuk kerana ia akan menggalakkan pelanggaran undang-undang di kalangan generasi muda kita. 

Sedangkan yang akan meraih keuntungan ialah Ahli Parlimen dan YB Pakatan, bukan mahasiswa atas isu yang dibawa oleh mereka dalam PRU akan datang.

Lihat bukti sokongan Pemimpin Pakatan dalam Suara Keadilan link ini http://www.keadilandaily.com/ 

Antara isinya :

- Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan kumpulan mahasiswa yang menyertai demontrasi Mansuh PTPTN dan berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam, sebagai berani berdepan pemerintah zalim. 

- Turut memberi sokongan moral ialah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa. 

- Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut mengunjungi lokasi khemah mahasiswa, berkata Pakatan Rakyat akan membentang usul khas berhubung tuntutan mahasiswa untuk membatal PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di Parlimen esok.

“Mengikut undang-undang himpunan yang baru, himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ini dibolehkan dan polis tidak boleh masuk campur,” katanya.

Bagi penulis, kenyataan Salahuddin Ayub di atas jelas tidak tepat. Memang benar jika mahu berhimpun rakyat tidak boleh dihalang mengikut undang-undang baru. Namun beliau perlu membaca undang-undang DBKL yang disiarkan di atas yang meminta sesiapa yang mahu berkumpul perlu meminta kebenaran bertulis Datuk Bandar terlebih dahulu. Kerana ia di bawah akta DBKL yang masih digunapakai hingga hari ini.

Terima kasih Encik Khairul Azam atas pertolongan khidmat guaman percuma anda. Semoga diberkati Allah jasa baik ini... 

Sebagai menghargai jasa baik Encik Azam, di bawah ini penulis siarkan alamat pejabat beliau jika anda mahu berjumpa dengannya untuk urusan guaman : 

Azam Aziz & Co 
NO. 43A-2-30, JALAN 3/48A BANDAR BARU SENTUL 51000 KUALA LUMPUR
Email : azamazinco@gmail.com




3 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdulillah ... bebudak tu memang bernasib baik ... dasar pembangkang yg kurang ajar .. undang2 dah tak bleh buat apa ... tapi amat menyedihkan ... 99 % bebudak melayu aje ...

Panglima Perang Cyber said...

terima kasih Tun siarkan artikel saya..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tahniah panglima, artikel dan kaji selidik yg baik :)

Popular Posts