Monday, March 5, 2012

#saveSelangor RM 1.9 b sebab kerajaan PR jual aset dan tak bayar hutang?



Nota: Terdapat cakap-cakap kedai kopi bahawa simpanan RM 1.9 bilion sebenarnya bukan savings atau penjimatan, tetapi jumlah dana terkumpul selepas kerajaan PR Selangor menjual aset dan tanah (baca sini), termasuk tanah dan aset Yayasan Selangor dan anak syarikat yang lain, hasil jualan `pasir yang dicuri', kerajaan PR Selangor malas, tidak cekap dan tidak melaksanakan pebagai projek untuk rakyat, termasuk tidak membaiki jalan yang berlubang dan rosak, tidak membayar hutang kepada Syabas, hasil aktiviti judi dan maksiat tanpa lesen dan penjimatan akibat kerajaan PR tidak menunaikan janji-janji pilihan raya 4 tahun yang lalu. Benar atau tidak, saya tidak pasti, tetapi itulah persepsi rakyat mengenainya. Maka menjadi tanggung jawab kerajaan PR Selangor untuk membersihkan persepsi ini.    

Jadi eloklah sangat, mereka menjawab cabaran Datuk Seri Khir Toyo untuk membayar tunggakan selama 4 tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu yang antaranya ialah:
a. RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri (RM 75 x 12 bulan x 4 tahun)
b. RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah
c. RM 600 sebulan elaun Ibu tunggal


Selain itu, memandangkan kerajaan PR Selangor mempunyai RM 1.9 bilion, maka elok juga kerajaan PR Selangor membantu meringankan beban rakyat dengan mengurangkan harga barangan seperti yang dikehendaki oleh Buku Jinggay melalui pengenalan subsidi dan sistem rebat ke atas barangan tertentu seperti:


1. Petrol dan Diesel 
2. Gula
3. Tepung
4. Minyak masak


Demi untuk melaksanakan hasrat Buku Jinggay, kitab baru golongan Anwarinas, mungkin elok kerajaan PR Selagor memberikan subsidi atau rebat kepada semua rakyat Selangor. Misalnya, kerajaan Selangor boleh membayar subsidi sebanyak 90 sen seliter bagi Petrol RON 97 dan 95. Atau, memberi rebat sebanyak 50 sen terhadap pembelian setiap kilo gula di dalam negeri Selangor. Ada berani? 


RM 1.9 Bilion, Nasib Kontraktor Melayu 
Selangor dan Hutang Kepada Rakyat

1. Baru-baru ini Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa mereka meningkatkan simpanan kerajaan negeri Selangor sehingga RM 1.9 bilion bagi tahun berkahir 2011. Menurut kenyataan Menteri Besar, ini merupakan peningkatan besar daripada simpanan kerajaan negeri sebelum BN. Beliau menyatakan bahawa simpanan negeri semasa beliau mengambil alih ialah sebanyak RM 500 juta.

2. Akhirnya, beliau mengakui juga bahawa Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dalam keadaan yang baik dan mempunyai simpanan yang mencukupi. Jika kita lihat sebelum ini mereka berceramah seolah-olah mereka mengambil alih kerajaan negeri dari pentadbiran BN yang teruk, korup dan tidak cekap. Mereka berceramah seolah-olah negeri ini ditinggalkan hampir muflis oleh saya.

3. Oleh kerana kita tidak didedahkan dengan sumber-sumber pertambahan tersebut tidaklah kita boleh berbuat satu kesimpulan yang tuntas, sama ada ia merupakan hasil langkah-langkah pro-aktif kerajaan Pakatan hari ini atau ia adalah hasil pertumbuhan ekonomi yang dirancang dan berjalan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi.

4. Oleh kerana tiada penemuan sumber asli dan sebagainya, maka bolehlah diandaikan sebahagian besar peningkatan ini merupakan hasil pembangunan 5-6 tahun lalu yang mula menampakkan hasil pada hari ini.

5. Namun saya tidak menafikan bahawa ia juga merupakan hasil jimat-cermat kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi seorang bekas tokoh korporat jumlah simpanan yang banyak tentulah mencerminkan kejayaan pentadbiran beliau.

6. Namun dari sudut pentadbiran kerajaan, simpanan yang banyak merupakan satu pembaziran sumber ekonomi terutamanya dalam keadaan pengurusan infrastruktur negeri yang semakin merosot.

7. Saya percaya dengan simpanan sebanyak itu kerajaan negeri mampu memperbaiki keadaan jalan-jalan milik negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menjadi rungutan orang ramai sekarang. Saya tahu akan ada yang berkata zaman saya pun ada jalan berlubang. Itu juga saya tidak nafikan. Namun keadaan sekarang berpuluh kali ganda lebih teruk daripada dahulu dalam konteks keadaan jalan-jalan di bawah negeri dan PBT.

Sampah Dan Kontraktor Melayu

8. Keadaan pengurusan sampah juga sudah menjadi sangat buruk. Dahulu pun ada aduan dari semasa ke semasa. Namun keadaan sekarang sudah parah akibat daripada keputusan yang tidak tepat dan bijak. Tindakan kerajaan negeri menamatkan kontrak Alam Flora tanpa perancangan dan penelitian yang rapi menyebabkan rakyat dan masyarakat setempat menjadi mangsa.

9. Kerajaan negeri sepatutnya hanya menamatkan kontrak Alam Flora tetapi meneruskan khidmat kontraktor-kontraktor sedia ada sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi. Ini akan membolehkan kerajaan negeri menyediakan diri dalam membentuk mekanisme pengurusan sampah yang sistematik.

10. Malangnya, kerajaan negeri bukan sahaja bertindak menamatkan kontrak Alam Flora tetapi juga semua kontraktor sampah di bawah Alam Flora. Khabarnya, para kontraktor hanya diberikan kontark lanjutan selama 3 bulan sebelum khidmat mereka ditamatkan. Ini menyebabkan sebahagian kontraktor menjalankan khidmat separuh hati dan juga bimbang mereka tidak mendapat bayaran.

11. Apa salahanya kerajaan negeri meneruskan khidmat mereka selama setahun lagi. Sebahagian besar mereka telah melabur begitu besar membeli lori-lori pengangkut sampah. Malangnya, ia tidak diambil kira oleh kerajaan negeri yang lebih mementingkan pembentukan kroni mereka dalam industri ini.

12. Sekarang ini kita lihat ada kontraktor yang tidak mempunyai lori sampah telah menggunakan lori biasa untuk mengangkut sampah. Ini menyebabkan banyak lelehan air sampah di atas jalan raya, ada sampah yang terjatuh di tengah jalan raya dan ia juga membentuk pemandangan yang sangat jelik di jalan raya.

13. Khabarnya ada kontraktor yang tidak mempunyai lori pengangkut sampah sudah mula mencari kontraktor-kontraktor sedia ada untuk menyewa lori sampah. Mereka ini seolah-olah sudah tahu akan dilantik sebagai kontraktor pembersihan yang baru.

14. Saya tidak berniat memainkan isu perkauman. Namun adalah sangat mengecewakan apabila sebahagian kontraktor Melayu yang mempunyai lori sampah sekarang ini akan kehilangan kerja dan terpaksa menyewakan lori mereka kepada kontraktor bukan Melayu yang khabarnya telah pun berjaya melobi kerajaan negeri.

15. Jika dulu kerajaan berusaha menaikkan taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang mereka bersaing dengan kontraktor bukan Melayu yang mempunyai modal besar dan rangkaian sekutu yang sukar dipecahkan, hari ini segala usaha tersebut sedang musnah dan tidak mustahil jurang ekonomi antara kaum akan kembali melebar.

Janji Pilihan Raya

16. Oleh kerana kerajaan negeri mempunyai banyak simpanan hari ini, saya berharap mereka dapat membayar tunggakan selama 4 tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu yang antaranya ialah:
a. RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri (RM 75 x 12 bulan x 4 tahun)
b. RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah
c. RM 600 sebulan elaun Ibu tunggal

17. Daripada sibuk menyalahkan kerajaan lalu, eloklah kerajaan hari ini menunaikan janji dan tanggungjawab mereka. Sampai bila Pakatan hendak "hidup" berasaskan strategi menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai "whipping boy".

No comments:

Popular Posts