Monday, March 19, 2012

Khir Toyo: RM1.9b simpanan PR sebab #MBmalas dan gersang idea? #saveSgor



 


Di sebalik Dakwaan Simpanan RM 1.9 Bilion

1. Saya tertarik dengan komen saudara Muhazam Mustapha dalam artikel saya sebelum ini. Seingat saya, tidak pernah menyatakan kerajaan negeri mempunyai simpanan sebanyak RM 1.8 bilion. Saya ada menyatakan bahawa simpanan kerajaan negeri ketika Pakatan mengambil alih ialah sekitar sekitar RM 1.4 bilion [Sila baca tulisan saya pada 2009 bertajuk:Bajet Selangor: Bangkai Gajah Mahu Ditutup Dengan Nyiru. Jumlah yang tepat jika tidak silap saya ialah RM 1.386.7 bilion mengikut akaun kerajaan negeri pada akhir 2007.

2. Manakala wang tunai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional bagi akaun Kerajaan Negeri Selangor yang berakhir pada 2007 ialah sekitar RM 770 juta.

3. Saya difahamkan sekarang ini jumlah tunai kerajaan negeri hanya tinggal sekitar RM 390 juta sahaja pada tahun 2011.

4. Menurut maklumat yang saya terima baru-baru ini, jumlah RM 1.9 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai kebanggaan pengurusan negeri oleh Pakatan sebenarnya termasuk RM 800 juta pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk pengambilalihan Putrajaya.

5. Kerajaan Negeri juga menerima peruntukan sekitar RM 600 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan. Jika kedua-dua ini tidak dibelanjakan maka tidak ada apalah yang menghairankan jika jumlah simpanan mencecah RM 1.9 bilion.

6. Berdasarkan fakta-fakta ini, saudara/i nilaikanlah sendiri kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini mengenai jumlah simpanan RM 1.9 bilion.

7. Sebagai penutup ingatlah pantun lama,

Siakap senohong, gelama ikan duri,
cakap bohong, lagi lama jadi Menteri





Nota: Terdapat cakap-cakap kedai kopi bahawa simpanan RM 1.9 bilion sebenarnya bukan savings atau penjimatan, tetapi jumlah dana terkumpul selepas kerajaan PR Selangor menjual aset dan tanah (baca sini), termasuk tanah dan aset Yayasan Selangor dan anak syarikat yang lain, hasil jualan `pasir yang dicuri', kerajaan PR Selangor malas, tidak cekap dan tidak melaksanakan pebagai projek untuk rakyat, termasuk tidak membaiki jalan yang berlubang dan rosak, tidak membayar hutang kepada Syabas, hasil aktiviti judi dan maksiat tanpa lesen dan penjimatan akibat kerajaan PR tidak menunaikan janji-janji pilihan raya 4 tahun yang lalu. Benar atau tidak, saya tidak pasti, tetapi itulah persepsi rakyat mengenainya. Maka menjadi tanggung jawab kerajaan PR Selangor untuk membersihkan persepsi ini.    

Jadi eloklah sangat, mereka menjawab cabaran Datuk Seri Khir Toyo untuk membayar tunggakan selama 4 tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu yang antaranya ialah:
a. RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri (RM 75 x 12 bulan x 4 tahun)
b. RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah
c. RM 600 sebulan elaun Ibu tunggal

Selain itu, memandangkan kerajaan PR Selangor mempunyai RM 1.9 bilion, maka elok juga kerajaan PR Selangor membantu meringankan beban rakyat dengan mengurangkan harga barangan seperti yang dikehendaki oleh Buku Jinggay melalui pengenalan subsidi dan sistem rebat ke atas barangan tertentu seperti:

1. Petrol dan Diesel 
2. Gula
3. Tepung
4. Minyak masak

Demi untuk melaksanakan hasrat Buku Jinggay, kitab baru golongan Anwarinas, mungkin elok kerajaan PR Selagor memberikan subsidi atau rebat kepada semua rakyat Selangor. Misalnya, kerajaan Selangor boleh membayar subsidi sebanyak 90 sen seliter bagi Petrol RON 97 dan 95. Atau, memberi rebat sebanyak 50 sen terhadap pembelian setiap kilo gula di dalam negeri Selangor. Ada berani? 


6 comments:

poyo said...

tunggu umno berkubur PR13.insyaallah harga minyak dan tol dikurangkan..BN cuma menghabiskan duit rakyat untuk kroni....

Anonymous said...

poyo,

ko mmg poyo..hahaha....

Anonymous said...

soalan nya bukan bagai mana..tetapi ada duit ka xdak??ada kn 1.9b.so ada la..xkan tu pun nk spin.

Anonymous said...

hahahah..cbaran apa tu.lepas tu habis semua geng kl melaka ka semua2 mai pakat buh minyak kt selangor???innadadayyyyy!!sabaq la sat mau nk tgk..tunggu pakatan ambik alih lepastu tgk betoi2..mau depa buat alhmdulillah..mau xbuat still sama dgn skrg,xbuat jgk kan..so apa mslh??kna try dulu la ln.bab juai negara la apa la jgn merepek la,parliment xkn nk setuju kalau pakatan nk buat pelik2.haiya.

Anonymous said...

Selangor ada lebihan/simpanan RM1.9b sebab MB sekarang bukan kaki sebat macam Khir Toyo.

Anonymous said...

Meleleh leleh air liur Khir Toyo mendengar berita wang lebihan RM1.9b. Dalam hati Khir, "Kalu lah aku ada kuasa, nak juga ku beli harta lagi ngan duit tu."

Popular Posts