Tuesday, March 20, 2012

Kadir : Akhirnya Parasit / Pelesit tinggalkan perumah...



Nota: Sesungguhnya ada banyak perbezaan di antara Orang UMNO dan Ahli UMNO. Kadir adalah salah satu contoh Ahli UMNO yang mendapat segala macam kelebihan, termasuk menjadi seorang Menteri Kabinet semasa menjadi Ahli UMNO. Banyak yang boleh diceritakan tentang Kadir, tetapi cukuplah kita menganggap Kadir sebagai salah satu daripada parasit dan mungkin juga pelesit yang terpaksa meninggalkan perumahnya kerana perumahnya tidak lagi membenarkan parasit atau pelesit ini terus makan, menjadi gemuk dan merosakkan perumahnya. Blogger Reformasin menyifatkan Kadir hanya ibarat sampah yang memang hanya akan mengotorkan UMNO, terutamanya di bahagiannya di Kulim Bandar Baru.



Pandangan penulis tentang perbezaan Ahli UMNO dan Orang UMNO


Semalam, menjawab soalan yang ditanya oleh seorang mahasiswa tentang Kadir dan kesannya terhadap UMNO, saya menyatakan bahawa Kadir hanya merupakan politikus usang yang sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO. Kadir bukan lagi winnable candidate dan tidak diminati oleh orang muda. Kadir hanyalah sejarah silam UMNO, ahli UMNO yang tidak lagi dapat mengisi maksud transformasi politik dan tidak mungkin dapat melaksanakan transformasi politik di dalam UMNO.

Apa kesannya terhadap UMNO? Gugurnya Kadir dari UMNO, hanya seperti gugurnya Zaid Ibrahim sebelum ini. Langsung tidak ada nilainya. Nilainya tidak sama seperti gugurnya Hasan Ali dari Pas, yang membongkarkan pengkhianatan Pas terhadap perjuangan Agama, Bangsa, Institusi Raja-raja Melayu dan golongan agamawan di dalam Pas. Nilainya juga tidak sama dengan gugurnya begitu ramai sahabat-sahabat Anwar, bermula dari Dr Chandra Muzaffar yang merasakan mereka tertipu dengan peribadi Anwar dan perjuangan Anwar.


Pelan Transformasi Politik yang sedang digerakkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memerlukan Kadir dan saya yakin, anak-anak muda memerlukan pemimpin-pemimpin yang mampu membawa nilai politik baru, dan saya percaya anak-anak muda ini tidak melihat nilai dan kualiti itu ada pada Kadir.

Baca juga apa yang ditulis oleh Razlan di dalam blognya

Kadiaq - Kacang Lupakan Kulit


Semalam YM Dato Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan Kadir untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah tidak mahu lagi menjadi Pemimpin UMNO.

Sebelum ini juga saya ada menulis bahawa Kadiaq ibarat duri dalam daging didalam UMNO.

Klik Disini

Hari ini, satu lagi duri yang sekian lama terlekat pada UMNO sudah tercabut, hilangnya duri ini akan menyembuhkan luka dalam yang sering menganggu UMNO untuk terus menuju kemenangan pada PRU akan datang.

Saya cukup hormat kepada Tan Seri Isa Samad, Tan Seri Muhammad Taib dan Tan Seri Rahim Tamby Chick dan  juga pemimpin-pemimpin lama yang masih teguh membela Melayu atas nama UMNO walaupun satu ketika dahulu diketepikan oleh kepimpinan UMNO dalam menjawat jawatan MENTERI.

Ternyata Pemimpin seperti Tan Seri Isa dan Muhammad Taib serta Rahim Tamby Chick mempunya daya juang dan semangat sayang kepada UMNO lebih tinggi sekira nak dibanding dengan Kadiq Sheikh Fadzir.

Setiap Parti mempunyai rahsia untuk menang di Pilihan Raya, cara kerja, cara kempen dan cara promosi yang berbeza-beza dan ini merupakan rahsia sesebuah parti. Cuma mereka yang menjawat jawatan tertentu sahaja akan mengetahui rahsia ini.

Tindakan Kadiaq yang sering menbuka rahsia walaupun ada rahsia itu tidak benar menunjukkan beliau merupakan seorang pengkhianat kepada parti UMNO.

Kadir serupa macam kulit bawang semangatnya, sedikir terusik habis dibuka rahsia dan menikam Parti yang sudah memberi beliau makan selama ini, belum sempat membalas budi UMNO yang menjadikan beliau Menteri dan Pemimpin Parti.. beliau sudah menikam Ahli UMNO dengan pelbagai pendedahan rahsia parti.

Ternyata UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti ini, dan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengkhianati kepimpinan UMNO dengan membuka rahsia Parti secara terbuka, eloklah keluar parti daripada menjadi duri dalam daging dalam perjuangan Melayu.



No comments:

Popular Posts