Wednesday, February 1, 2012

Pas dan PR Kedah bagus? Lutfi jangan perasan #saveKedah #MBmalas #GantilahJanganTido



Lutfi perasan MB Kedah dan PR Kedah bagus?



Nota: Heran bila ada orang perasan kerajaan PR Kedah bagus. Siap dalam tulisan dia tuduh kata Perdana Menteri dan BN beli pemimpin PR lak. Kalaulah peguam UMNO rasa ada kenyataan tu cukup untuk dibawa ke mahkamah, elok saman je Lutfi ni. Seperti Kelantan, negeri kerajaan PR yang dikuasai Pas ada masalah pembangunan. 

Walau apa pun dakwaan tentang meningkatnya hasil balak dan hasil negeri, akhirnya yang dipersoalkan rakyat adalah di mana nikmat pembangunan yang dapat dirasai oleh rakyat. Rakyat terus mempersoalkan isu jalan rosak yang tidak diperbaiki-baiki, pembangunan dalam negeri yang tidak begitu kelihatan dan ekonomi negeri yang tidak nampak hala tujunya. Semua ini hanya menunjukkan kedangkalan wawasan dan kelemahan Pas dalam mentadbir negeri. Selain itu rakyat juga boleh lihat keangkuhan, kebongkakan dan kedegilan pemimpin Pas dalam isu tertentu seperti ketika menghadapi banjir dan rancangan merobohkan Madrasah Salihiah. Hang jangan rasa MB hang tu best dan kerajaan PR kedah baguih la..... Orang Pas pun nak di diganti, orang DAP dan PKR pun nak dia diganti, rakyat lagi la, nak ganti terus dengan kerajaan BN... :)

Baca tulisan blogger anak Kedah, Mc dari blog Kedah ke KL untuk tahu lebih lanjut..



PANASS!! Politik Kedah, Ahmad Lutfi Othman,
Buta ka Pekak?
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/02/panass-politik-kedah-ahmad-lutfi-othman.html


Lawak ada sedih pun ada bila Mc baca ulasan dari Ahmad Lutfi Othman yang mengulas mengenai politik negeri Kedah. Katanya pentadbiran Pas Kedah ni takdak masalah dan tak banyak isu yang boleh UMNO Kedah mainkan. Mc rasa Ahmad Lutfi pengarang haramkah ni baru datang ke Malaysia kah? Atau baru bangun tidur? atau mengalami penyakit pekak, bisu dan buta?

Ataupun Ahmad Lutfi ni hanya membaca harakah hinggakan otaknya beku dan tidak berkembang menjadi bodoh sebegitu.

Kalau Ahmad Lutfi kata Pas Kedah tak terima cabaran yang banyak dari UMNO Kedah, Mc setuju dengan apa yang dia kata. Namun itu dulu.. sekarang ni, jentera UMNO Kedah pun dah bergerak, walaupun tak selaju jentera di negeri lain, tapi boleh la dari tak bergerak langsung.

Mc bukan nak komen pasal UMNO Kedah, Mc cuma nak ceritakan situasi yang sebenar dan apa isu yang telah timbul di Kedah. Mc rasa Mat Lutfi ni taktau apa-apa pasal Kedah, sebabnya mungkin dia mengalami masalah kesedaran diri tahap rendah. Hingga tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya sekarang.

Takkanlah Mat Lutfi tak pernah dengar isu Balak Anugerah, balak kurniaan kerajaan negeri kepada pembalak hingga licin habis gunung dan bukit di Kedah ni disapu mereka. Malah ekosistem pun terjejas akibat pembalakkan membabi buta.

Isu kedua, ialah isu permit bersihkan sungai, kerajaan negeri keluarkan permit bersihkan sungai kepada pemaju, yang menjadi persoalannya cara mereka bersihkan sungai tu, sekali bersih sampai ada 100 lori angkut pasir keluar. Nak bersih sungai ka nak sapu pasir sungai?

Isu ketiga ialah berkenaan projek Keli-K yang mengalami kerugian berjuta-juta. Apabila disoal apa tindakan mereka untuk menyelamatkan projek berkenaan, ada wakil kerajaan negeri bersuara dengan mengatakan sebelum projek Keli-K bermula, mereka telah pun untung berjuta-juta hasil tebangan balak dan pasir ditempat berkenaan. Patut la ada orang kata ikan di Keli-K makan balak dan pasir. Depa bela Keli, tapi balak dan pasir yang habis di kaut! he he..

Kemudian muncul isu keempat, Tanah wakaf Madrasah Salihiah, apabila MAIK telah menjual tanah wakaf yang sepatutnya dimajukan untuk umat Islam beribadat, tetapi ianya dijual kepada pemaju cina kapir harbi untuk dijadikan shopping mall. Malah pengurusan jual beli tanah wakaf tersebut juga melibatkan pelbagai penyelewengan. 

Isu kelima ialah isu Air di Baling, yang semakin tercemar. Akibat dari pembalakkan yang tidak terkawal, air tadahan untuk sumber rakyat Baling telah dicemari dengan tanah-tanah merah. Hingga menyebabkan air paip yang dibekalkan kepada rakyat Baling begitu keroh sekali. Seakan-akan Sungai Klang di Lembah Kelang.

Isu keenam juga membabitkan aktiviti pembalakkan, iaitu ekosistem yang terjejas akibat pembalakkan yang semakin mengila dan menyebabkan tikus hutan berpindah ke kawasan peranginan seperti Bukit Hijau, Lata Bayu, Lata Mengkuang dan Sedim. Akibat dari perpindahan itu, tempat-tempat peranginan telah dipenuhi dengan tikus dan haiwan liar, hingga ada pengunjung yang sudah terkena kencing tikus dan mengakibatkan kematian. Setakat ini sudah ada 3 kematian!

Isu ketujuh adalah isu kuari batu Gunung Pulai juga di Baling. Kerajaan Pas Kedah cuba menjual Gunung Pulai kepada taukeh kuari batu dari Ipoh Perak dengan harga RM50 juta. Namun ia mendapat tentangan hebat dari penduduk disekeliling Gunung tersebut kerana, kuari batu boleh menjejaskan perkampungan dan kehidupan mereka. Namun Mc dimaklumkan isu itu masih lagi belum selesai, pihak pemaju kuari dan kerajaan negeri sedang berusaha memujuk penduduk kampung supaya bersetuju.

Ini baru tujuh isu yang Mc utarakan. Sebenarnya banyak lagi isu yang telah muncul di Kedah. Semuanya hasil pemerintahan entah apa-apa entah yang tidak pernah berkesudahan. Jika mahu disenaraikan rasanya jenuh juga kot.

Sebenarnya kerajaan Pas Kedah sudah semakin nazak dalam sumber kewangan. Ditambah pula dengan perpecahan dalaman dan pentadbiran yang lemah, hingga menyebabkan negeri Kedah kacau bilau dan tidak terurus. Kerajaan negeri sekarang sudah tidak relevan lagi, jika Pas masih memegang teraju kerajaan selepas ini, Insyallah.. Kerajaan Kedah akan bankrup dan gulung tikar! Apakah kita mahu duduk dibawah kerajaan yang bankrup? Tepuk dada tanya iman.



1 comment:

Anonymous said...

Lagi lawak tulisan tun faisal. Adakah dalam senarai penerima elaun bloger antara rm3k hingga rm9k. Kaya giler Ust Zizan kalau camtu.

Popular Posts