[Nota: Jelasnya Timbalan Editor Sin Chew tidak benar-benar faham tentang kisah 3 Abdul. Dalam cerita 3 Abdul ada penasihat misai kontot 20%. Abdul Wahub ada kata, "ei di sana, bapak di sana tu penyamun, abang-abang di sini tu penyangak, dah kena dah tu, penyamun jual penyangak." Dalam realiti, memang ramai dua Abdul yang bahalol seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Contoh terbaru adalah Abdul Aspan Alias dan Abdul Ariff Sabri. Ini belum termasuk Jo Bedul lagi. Dua Abdul lain yang adalah `abdul' PAS dan `abdul' PKR yang sentiasa kena main dan kena jual dengan `Penasihat 20 %' DAP. Selagi dua Abdul ni tak sedar, selagi itulah mereka tidur `di kandang kuda untuk selamanya' dan jadi abdi tebusan. Yang untung tentulah DAP. Hanya dengan menyedarkan golongan bahalol yang kena jual dan dengan mematahkan muslihat tuan penasihat 20% sahajalah tiga adik beradik ini dapat bersatu dan berbaik-baik semula. Haiya manyak susah ka mau faham itu cerita 3 Abdul? Lu mana sekolah dulu?]
Sinchew Daily News
Hasan Ali-Ibrahim Ali?
Opinion Corner m/s 32
2 Februari 2012
Dua Ali 3 Abdul
Tay Ting Hian
Timbalan Editor akhbar
Hasan Ali tubuhkan JATI, beliau mendakwa mahu pertahankan Islam, kepentingan orang-orang Melayu dan kedaulatan raja-raja.
Perjuangannya amat besar, semangatnya juga amat besar; inilah keperibadian sebenar dan sikap sebenar Hasan Ali.
Beliau disingkirkan oleh Pas, kehilangan jawatan exco kerajaan negeri Selangor jawatan yang beliau sandang itu; kini beliau dalam kedudukan yang sudah hilang kuasa, selepas ini beliau sudah tiada kuasa lagi untuk mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan unuk menceroboh gereja, dan juga tidak boleh lagi mambawa pasukan pegawai-pegawai kerajaan menyerang tempat-tempat penjualan arak.
Walaupun beliau tidak mampu menubuhkan sebuah parti yang baru, di peringkat UMNO sendiri belum tentu dapat menerima beliau, sebab itu beliau terpaksa kemukakan satu hasrat seperti menjual barangan di pasar lambak di tepi jalan, buat sesuatu yang baru, tetapi menjual barangan-barangan lama.
Taktik dan lakonan seperti ini semua orang sudah memahaminya, sebenarnya beliau hanya mahu memanjangkan nyawa politik dan matlamat politik beliau.
Dengan itu kewujudan JATI yang ditonjolkan oleh Hasan Ali, adakah ia mampu memberi impak kepada fenomena pergerakan politik beliau? Tetapi akan memberi ancaman kepada siapa pula agaknya?
Mungkin semua orang anggap ia akan mengancam Pas, Pakatan Rakyat dan masyarakat bukan Islam.
Jawapan ini hanya betul separuh sahaja.
Memang benar, apabila beliau keluar dari Pas, hari ini beliau membuat ribu taufan di luar sana, asyik mengkritik dan menuduh Pas yang juga hanya menyusahkan Pakatan Rakyat, ia juga akan timbulkan masalah kepada masyarakat majemuk serta pelabgai kaum.
Perkara-perkara yang mungkin akan berlaku itu pasti dalam jangkaan semua orang, jika dibandingkan ancaman yang dilakukan oleh beliau sebelum ini, seperti dalam Pas dan dalam kerajaan negeri, ancaman itu mungkin sudah tidak memudaratkan Pas dan kerajaan negeri lagi sekarang ini.
Ataupun mungkin ia satu ancaman besar kepada Ibrahim Ali.
Hasan Ali dengan pertubuhan JATInya, ia lebih memberi ancaman besar kepada Ibrahim Ali.
Sebelum ini, si Ibrahim Ali dengan Perkasanya seperti telah memonopoli kumpulan orang-orang Melayu bersikap konsevatif dan pasaran orang-orang Melayu bersayap kanan; apa sahaja isu yang sensitif mereka dapat mainkan dengan rentak yang cantik dan berkesan.
Degnan itu Ibrahim Ali kelihatan bercahaya bersinar-sinar yang dikatakan unggul dalam mempertahankan kaumnya dan agamanya.
Namun hari ini tambah seorang lagi seperti Hasan Ali muncul dalam pasaran manjemuk dan pasaran konsevatif, kelebihan Hasan Ali pula bijak berceramah, lebih hebat dan lebih menonjol daripada Ibrahim Ali.
Dalam pasaran yang sama ada dua Ali, sudah tentu pasaran itu akan jadi rebutan dan bertambah kecil saiznya.
Filem lama cerita P. Ramli yang berjudul Tiga Abdul, cukup tepat untuk menerangkan keadaan ini.
Kisah 3 abdul iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid tiga beradik, keluarganya mempunyai harta. Ketiga-tiga Abdul ini cuba berbuat baik dengan orang tuanya untuk mendapat pembahagian lebih harta-harta itu.
Apabila bapanya meninggal, ketiga beradik itu bermusuhan, mereka berebut-rebut harta. Harta itu cuma ada yang itu sahaja, jika salah seorang ambil lebih, yang dua lagi akan dapat sedikit.
Dengan itu kedua abang berpakat, singkirkan adik bungsunya, kedua-dua Abdul bahagi dua harta mereka.
Kedua-dua Abdul tidak pandai beurusniaga, harta dibazirkan begitu sahaja, akhirnya tiada apa-apa harta yang mereka miliki; sebaliknya adik bungsunya ada harta yang banyak, bina perniagaan dan dikenali ramai.
Dalam politik hari ini adalah dalam genggangan pasaran orang-orang Melayu kumpulan Konsevatif, mereka mempunyai ruang yang begitu besar yang boleh mengatasi pihak lain, dan boleh mempengaruhi pihak lain untuk berjaya.
Jika tidak, sudah tentu mereka sama seperti 3 Abdul, mereka akan gagal dan golong tikar.
Ataupun mereka sudah berubah pendirian dan fikiran, mereka masuk ke alam lebih bersikap terbuka menerima pelbagai kaum sebagai perjalanan mereka, seperti apa yang dilakukan oleh adik beradik 3 Abdul itu, inilah baru jalan yang baik.
No comments:
Post a Comment