Wednesday, January 18, 2012

[Video] @KhairyKJ - elok PR bersihkan sampah di Selangor dulu #saveMalaysia



[VIDEO] Pemuda BN Ingatkan Ambiga
Jangan Terus Ugut Kerajaan Untuk Bersih 3 
@KhairyKJ

KUALA LUMPUR 17 Jan - "Saya nasihatkan Ambiga jangan terus mengugut kerajaan. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dengan mereka. Dahulu mereka desak untuk guna dakwat kekal, kita dah setuju. Banyak yang telah kerajaan lakukan demi memastikan pilihan raya yang diadakan telus. Tak perlu nak adakan Bersih 3 sebab Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin dekat. Tempoh matang pun dah nak sampai. Tunggu sahaja PRU nanti," demikian ingatan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ambiga yang berura-ura mahu mengadakan Bersih 3 sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Menurut Khairy, tindakan Ambiga yang seakan mengugut kerajaan itu melampau kerana kerajaan telah banyak kali berlembut malah permintaan mereka juga dituruti oleh kerajaan termasukkan penggunaan dakwat kekal.

"Kita juga mahu pastikan kita melalui pilihan raya yang bersih dan telus. Kita tidak mahu menang dalam keadaan tidak bermaruah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah bersetuju untuk membersihkan daftar pemilih.

"Jadi untuk apa mahu mengadakan perhimpunan Bersih 3? Tunggu sahajalah PRU 13. Biar rakyat tentukan. Jangan sibuk nak mengajar kita sedangkan negeri yang mereka jaga kucar kacir," ujarnya.


No comments:

Popular Posts