Sunday, January 29, 2012

[Video] Fathul Bari Perlantikan Orang yang bukan sebagai ahli Exco Agama Portf...



SHAH ALAM, 27 JAN : Pimpinan Pas Selangor hari ini mempertahankan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Hal Ehwal Agama setelah Menteri Besar itu dikecam pelbagai pihak termasuk Perkasa kerana tidak memulangkan kerusi itu kepada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Khalid Samad menolak dakwaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bahawa tindakan Khalid mengambil alih portfolio penting itu akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak akan mengkhianati Islam dan menegaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukannya jahil 100 peratus mengenai agama. 

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut membayangkan bahawa orang yang memegang portfolio itu tidak perlu mempunyai latar belakang agama yang mendalam. 

“Exco agama ni pun ada kawalan daripada sultan, MAIS, Jabatan Agama Islam, Pejabat mufti dan sebagainya. Exco Agama bukan buat fatwa ataupun mengeluarkan undang-undang Islam dan sebagainya,” kata Khalid pada sidang medianya.

“Hendak kata Menteri Besar ini jahil 100 peratus terhadap Islam, saya rasa ia tidak begitu tepat kerana (sekurang-kurangnya) dia tahu tidak boleh khianat terhadap amanah,” tambah beliau

Minggu lalu Ibrahim mengkritik keras keputusan Khalid mengambil alih portfolio agama itu daripada Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Khalid memutuskan untuk tidak memberi portfolio agama kepada pengganti Hasan, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan sebaliknya mengambil alih jawatan itu.

Ibrahim menyifatkan perlantikan itu bertujuan memberi laluan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman memberitahu pelantikan Khalid sebagai Exco Agama tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Rani yang sebelum ini adalah calon tunggal yang ditawarkan oleh Pas Selangor untuk mengisi jawatan Exco itu berkata amalan portfolio agama dipegang oleh Menteri Besar bukan perkara baru. 

"Tetapi adakah Perkasa terlepas pandang bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN pun Menteri Besar mereka automatik jadi exco agama, mereka pun tidak ada asas pelajaran agama. Contohnya Menteri Besar Pahang," kata beliau.

Bagaimanapun, Rani tidak menangani persoalan bahawa dengan kehadiran tiga Exco daripada Pas sebuah parti Islam, Khalid tetap membuat keputusan mengambil alih portfolio jawatan itu dan mengenepikan mereka. 

Pada sidang media sama, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu rombakan kecil yang dilakukan minggu lalu dipersetujui bersama Pas Selangor dan kerajaan negeri . 

"Pas Selangor ingin menjelaskan bahawa pelantikan dan rombakan exco yang baru dilakukan oleh Menteri Besar Selangor telah dilakukan dengan sokongan dan persetujuan penuh saf pimpinan Pas negeri Selangor,” kata beliau.

"Rombakan ini dilakukan bukan kerana tiada di dalam Pas yang mampu menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Itu hanya pendapat orang yang besar kepala yang menganggap dirinya seorang yang mampu," katanya.

Menurut Hasbullah, rombakan itu akan menjadikan Pas di Selangor bertambah kukuh dan mantap meskipun tiada wakil parti itu memegang jawatan exco hal ehwal Islam seperti sebelum ini.-antarapos

2 comments:

Anonymous said...

UMNO parti HARAM. UMNO diharamkan pada tahun 1987

UMNO parti HARAM, Itu sebab UMNO tak perjuangkan Islam

UMNO parti HARAM. Patutlah UMNO tak iktiraf ulama

UMNO parti HARAM, Sebab itu orang UMNO suka buat perkara HARAM.

UMNO parti HARAM, Suka bela tokey ARAK, JUDI, DISKO, PELACURAN.

UMNO parti HARAM, Sesiapa jadi ahli UMNO mesti buat perkara HARAM

UMNO parti HARAM, ARAK, PELACUR jadi santapan harian.

UMNO parti HARAM, Pemimpin UMNO suka buat TAIK(Kejahatan)

UMNO parti HARAM, Ustaz ustazah UMNO dijadikan TISU JAMBAN untuk tutup TAIK-TAIK pemimpin UMNO (Supaya kejahatan nampak baik)

UMNO parti HARAM, Ahli UMNO dijadikan TONG TAIK(Penyokong & Pembela kejahatan)

UMNO parti HARAM, Sokong UMNO sama seperti sokong SYAITAN.

UMNO Parti Najis = Najib(Kepala Taik)

http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM

http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw

http://www.youtube.com/watch?v=Cm-0SRrv-1g

http://www.malaysiakini.com/news/184841

http://www.youtube.com/watch?v=t6cOBJ6JwfY

http://en.wikipedia.org/wiki/Genting_Group#Resort_and_casino_properties

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31330:senarai-tokoh-umno-yang-memiliki-saham-syarikat-judi&catid=14:beritakomentar&Itemid=100133


Video khas untuk orang UMNO yang miskin dulu kini dan selamanya.

http://www.youtube.com/watch?v=etyxEB6ZFDQ

setiap hari aku dilihat..siapa..?? said...

lawaknya cerita nih...

Popular Posts