Nota: Ramai di kalangan rakyat yang melihat Pas semakin merapu. Bukan susah untuk memahami puncanya. Salah satu dari puncanya adalah apabila kilang Pemudanya gagal melahirkan pemimpin yang bagus untuk mewarisi parti. Kedua, apabila pemimpin yang lemah, termasuk seperti Mat Sabu diletakkan di kedudukan penting di dalam parti tersebut. Di bawah adalah tulisan pada tahun 2003 mengenai ucapan dasar Mahfuz Omar sebagai Ketua Dewan pemuda Pas ketika itu. Nampak sangat golongan profesional dalam Pas ni jenis yang tidak boleh berfikir dengan bijak dan waras kalau inilah kualiti pemimpin yang dilantik mereka untuk menerajui sayap penting parti. Adakah Nasruddin Tantawi berbeza atau lebih teruk lagi?
Tahap Pemikiran Dewan Pemuda Pas
menyedihkan.
Analisis terhadap Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS pada Muktamar yang lalu, menunjukkan bahawa tahap pemikiran Dewan Pemuda PAS masih tidak matang, tiada hala tuju yang jelas serta penuh dengan penipuan dan tuduhan melulu.
Dalam ucapannya, Mahfuz Omar ada membacakan hadis yang berbunyi “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
Biarpun membaca hadis yang begitu mendalam pengajarannya, Mahfuz tidak sedar yang hadis tersebut sebenarnya lebih membayangkan tentang dirinya sendiri. Bijakkah Mahfuz sehingga perwakilan Dewan Pemuda PAS melantiknya sebagai `ketua’ dahulu?
Meneliti ucapan dasar Mahfuz membuatkan kita menggeleng kepala. Isinya dangkal, dipenuhi dengan lebih dari 35 tuduhan dan penipuan terhadap UMNO/BN, huraiannya mengenai senario antarabangsa tidak tepat dan diolah pula menggunakan bahasa yang bertahap rendah serta mempunyai banyak kesalahan bahasa.
Ini tidak termasuk penggunaan istilah-istilah bahasa Arab yang sebenarnya tidak perlu dan sekadar menguatkan lagi kepercayaan masyarakat bahawa retorik memperjuangkan Bahasa Kebangsaan oleh PAS hanyalah berupa penipuan demi mendapatkan undi.
Jelas sekali Mahfuz tidak teliti dalam menyiapkan ucapan dasarnya. Mahfuz tidak cukup bijak untuk membezakan di antara fungsi sebuah Muktamar dengan ceramah maki hamun dan hentam menghentam PAS yang sering mereka adakan.
Salah satu kenyataan yang menunjukkan kedangkalan pemikiran Mahfuz adalah apabila beliau menyatakan bahawa peralihan operasi beberapa syarikat multi-nasional (MNC) seperti Motorola dan Intel dari Malaysia ke negara-negara industri yang lain seperti China, Taiwan dan India adalah disebabkan mereka tidak yakin terhadap dasar Pensyarikatan Malaysia dan Dasar Perindustrian Negara.
Menurut Mahfuz, MNC tidak meyakini dasar-dasar yang ada di dalam negara termasuklah yang berkaitan undang-undang buruh, amalan rasuah, keadilan sistem kehakiman dan ketelusan dasar kewangan. Katanya, MNC melihat negara-negara saingan yang lain lebih meyakinkan berbanding Malaysia terutamanya di dalam sistem kewangan dan sistem kehakiman.
Siapakah yang ingin Mahfuz tipu? Para perwakilan?
Biarlah kita maklumkan kepada Mahfuz dan perwakilan PAS yang cukup senang ditipu itu, satu-satunya sebab kenapa MNC beralih ke China dan India adalah kerana kos buruh yang rendah, bukan atas sebab-sebab lain seperti yang disebut oleh Mahfuz di dalam tohmahannya. Dari segi kos buruh, Malaysia menduduki tangga ke 12, iaitu jauh lebih tinggi dari China (ke-37) dan India (ke-41).
Benarkah Malaysia kurang telus, tidak terbuka dan korup berbanding dengan China dan India?
Berdasarkan Indeks Globalisasi 2003, Malaysia berada ditangga ke 18 di dalam senarai 20 negara paling terbuka, sedangkan China dan India adalah jauh ke belakang, menunjukkan Malaysia jauh lebih telus dan terbuka dari segi hubungan politik antarabangsa, pembangunan teknologi, hubungan perorangan dan juga integrasi ekonomi.
Indeks Pembangunan Manusia UNDP 2000 juga menunjukkan yang Malaysia berada di tangga ke-61 berbanding China (ke-99) dan India (ke-128). Malah jika kita mengukur kedudukan Malaysia menggunakan Indeks Persepsi Korupsi Transparency International 2002, Malaysia masih berada di kedudukan yang lebih baik, iaitu ke-33 berbanding China (ke-59) dan India (ke-71).
Jelasnya Mahfuz tidak cukup bijak. Sudahlah tidak bijak, pandai pula memfitnah dan menipu.
Tahukah Mahfuz bahawa Muktamar atau mesyuarat agung tahunan merupakan tempat yang penting bagi sesuatu organisasi membina wawasan, hala tuju dan gerak kerjanya? Mesyuarat agung bukan tempat untuk seseorang menipu dan memfitnah. Jika perbahasan di dalamnya ibarat sampah, maka sampah jugalah yang dilahirkan dari mesyuarat tersebut.
Inilah akibatnya apabila seseoang itu terlalu biasa menipu dan memfitnah. Akibat terbiasa, Mahfuz tidak mampu mengawal diri dari terus memfitnah dan menipu, termasuklah di dalam sebuah acara yang amat penting bagi partinya.
Kita tahu, ini bukan pertama kali Ketua Dewan Pemuda PAS, sebuah parti yang kononnya Islam, menipu dan memfitnah. Dalam isu berkaitan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, Ketua Pemuda parti `Islam’ ini pernah mendakwa bahawa “kerajaan cuba menghapuskan Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda, dan ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.”
Dalam kenyataan yang sama, Mahfuz turut mendakwa, “Bahasa ibunda akan pupus sepertimana pupusnya bahasa Cina di Thailand dan Indonesia, bahasa kebangsaan juga akan hanya tinggal nama sedangkan bahasa pertuturan adalah bahasa Inggeris" demi menujukkan sokongan kepada Dong Jiao Zhong.
Bagi orang yang bijak, mereka tahu Mahfuz cuba memfitnah kerajaan apabila menyatakan yang ia berniat untuk menghapuskan Bahasa Malaysia. Kita lihat itu tidak berlaku dan Bahasa Malaysia terus menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan.
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk menghapuskan bahasa ibunda. Sebaliknya kerajaan berhasrat untuk menggalakkan lagi penguasaan bahasa-bahasa tersebut melalui langkah memperkenalkan bahasa tersebut di sekolah-sekolah kebangsaan.
Orang yang bijak juga tahu bahawa di Thailand dan Indonesia, bahasa ibunda tidak pupus. Di Indonesia, misalnya kaum Cina, Jawa dan Batak masih mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Bagaimanapun bahasa ibunda ini tidak dijadikan keutamaan kerana kerajaan Indonesia lebih menekankan penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatukan rakyatnya.
Bijakkah Mahfuz?
Kata Rasulullah saw, “Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
Sebagai Ketua Dewan Pemuda Parti Ajaran Sesat (PAS), Mahfuz amat menepati maksud hadis ini. Kita yakin Salahuddin juga tidak jauh berbeza kerana kedua-duanya dilahirkan dari kilang yang sama.
2 comments:
Salam tuan mohon link kan blog saya dengan blog tuan http://panglimaputrajaya2012.blogspot.com
Itu Corruption Perceptions Index (CPI) 2002, 10tahun lepas.. CPI yg latest macam mane? Dengar cite negara haram israel pun dapat CPI lg ok dr malaysia.. :D
Post a Comment