Monday, January 9, 2012

Keputusan tidak berpihak kepada mangsa rogol dan liwat #bebasAnwar901 #Justice4Saiful



1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.


2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak. Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.


3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.


4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.


5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?


6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

kuang kuang kuang.............

zaikhan said...

karpal singh hrp pihak pendakwa tak cabar keputusan/buat rayuan...(sbb keputusan memihak die orang). tengok nanti ada tak die orang nak saman balik saiful, ielah, imej dan kreadibiliti Anwar & PKR tercemar terok,takkan tak nak saman..? kalau takde saman mungkin die orang dh jadi baik hati..? @ takot nak beri keterangan semula..? jangan nak galak sangat menang hari nie...

Anonymous said...

Hakim lagi arif tentang menilai sesuatu kerana itu kerja dia, sapa ko Faisal nak nak menilai seseorang sedangkan diri ko pun tak perfect, asyik nak menghina dan memfitnah org saje....

Popular Posts