Thursday, January 5, 2012

@HishammuddinH2O - Demonstrasi tidak ubah keputusan mahkamah #901


Anwar sudah tidak relevan


Demonstrasi Bebaskan Anwar 9 Januari Tidak Akan Ubah Keputusan Mahkamah
http://umno-online.com/?p=52837


PUTRAJAYA, 4 Jan – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.


Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901″ yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.


“Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini hari ini.


Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.


Hishammuddin yang  juga Naib Presiden UMNO seterusnya berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.


“Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan  keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.


“Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis,” katanya.


No comments:

Popular Posts