Wednesday, December 14, 2011

[Kisah dulu-dulu] Asal usul #PPSMI

Heh heh heh, saya terjumpa kembali posting saya mengenai Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam promuda_circle yahoo groups. Ketika itu saya dikenali sebagai Penjejak Badai; bahasa Cina - Nie Feng. Posting ini menceritakan tentang asal usul bagaimana perdebatan mengenai Bahasa Inggeris bermula dan oleh kerana ia merupakan isu yang panas, maka kami golongan professional muda pada waktu itu berpandangan bahawa input kami perlu diberikan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan agar keputusan yang diambil adalah tepat. Ikuti perdebatan kami di sini.

Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir menyelar nasionalis bahasa atas sikap mereka yang menyebabkan ramai anak Melayu gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik pada 3 Mei 2002, Awang Selamat dari Utusan Malaysia telah mencadangkan penubuhan kembali sekolah beraliran Inggeris. Cadangan ini telah menyebabkan ramai berasa marah dan resah. Salah seorang daripada mereka adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Hishammuddin Tun Hussien.

Saya berada di PWTC ketika Datuk Seri Dr Mahathir berucap mengenai perkara ini dan saya juga ada merekodkan kenyataan akhbar Datuk Hishammuddin ketika itu.



Sdr Romil,

Sebelum kita melalut bercakap perkara yang bukan-bukan, adalah lebih baik
kita melihat apakah asal-usulnya perkara ini dijadikan isu.

Pada hari Jumaat, 3 Mei 2002, PM menyelar Nasionalis Bahasa yang tidak
prihatin terhadap nasib bangsa Melayu, yang akhirnya menyebabkan mereka
tidak benar-benar menguasai Bahasa Inggeris. Beliau menyebut perkara ini,
ketika menyampaikan ucaptama Pelancaran IT Pemuda sempena seminar
Pembudayaan ICT.

Hal ini telah disambut oleh Awang Sulung (Awang Selamat sebenarnya), dalam Mingguan Malaysia, dan beliaulah orang yang dengan tidak tentu pasal mencadangkan di adakan sekolah aliran Inggeris.

Timbul juga persoalan, tentang kadar penggangguran yang tinggi dikaitkan
dengan masalah penguasaan bahasa Inggeris, kononnya ditimbulkan oleh
Persatuan Majikan-majikan, sebagai masalah utama kenapa graduan Bumiputera
tidak diambil bekerja.

Saudara Romil, kita boleh bersikap rasional apabila kita melihat ke dalam
hati sendiri dan mencari kejujuran.

1. Kaitan Bahasa Inggeris dan pekerjaan

94% graduan Melayu mengganggur bukan semata-mata kerana penguasaan bahasa
Inggeris yang lemah. Pernahkah saudara bekerja dengan juruprogram komputer
dari India, yang kurang fasih penguasaan bahasa Inggeris. Do you know what
he told me? Your English is better than mine..... yang mana saya tahu, saya
tidaklah mampu bercakap dan memahami bahasa Inggeris lebih hebat dari
saudara-saudara yang berijazah Oxford, Stanford dan lain-lain dari luar
negara.

Ada 2 sebab kenapa dia diambil bekerja 1. Kecekapan/kebolehan 2. Murah. Dia
boleh berbahasa Inggeris yang agak kelam kabut, tidak berbeza dengan saya,
bagaimanapun kami berdua tetap mempunyai pekerjaan yang baik.

Maafkan saya Praba, jika saya menyebut dalam industri pekerjaan tetap
berlaku pilih kasih. Sebagai seorang yang berlatar belakangkan industri
farmaseutikal, saya melihat jelas apabila satu-satu syarikat multinasional
farmaseutikal di`Cina'kan atau di`India'kan. Dalam satu temuduga yang
menjijikkan ke atas rakan saya, seorang pengurus dengan penuh prejudis
mengatakan orang Melayu tidak mungkin boleh berjaya dalam `sales', dan
soalan-soalan diajukan seterusnya sangat berbau perkauman.

Mungkin di sini salah satu sebab kenapa beliau tidak diambil bekerja adalah
kerana warna kulit dan tidak selari dengan dasar pengurusan, iaitu sama ada
untuk meng`kuning'kan atau meng`hitam'kan organisasi. Jadi hanya jika
organisasi itu dikuasai oleh orang Melayu, atau Melayu diperlukan untuk
tujuan-tujuan tertentu, atau connection `bapa-bapa' orang tertentu, barulah
kemungkinan untuk menjawat jawatan ada dalam sesetengah organisasi. Mungkin
berbau prejudis, tapi ianya wujud.

Dalam hal ini DEB adalah benar, untuk memastikan lebih ramai orang Melayu
menguasai perniagaan yang besar. Yang tidak benar, adalah ramai yang
dilantik menjadi `Pengarah Besar', lupa tanggungjawab besar ini, sebaik
sahaja membeli kereta dan rumah besar.

2. Bahasa Inggeris dalam Revolusi ICT

Tidak dinafikan Bahasa Inggeris sangat penting dalam era ICT. Kebanjiran
maklumat akan menyebabkan, biar 1000 atau 2000 orang yang diperuntukkan
untuk tujuan penterjemahan, tidak sempat menterjemahkan segala sesuatu.

Bukan hanya Malaysia, malah China, Jepun, Jerman menyedari perkara ini.
Tidak mungkin semua maklumat dalam laman web boleh diterjemahkan dengan
cepat. Tidak mungkin semua judul buku dapat diterjemahkan dengan segera.

Sekira negara seperti China juga terpaksa berubah akibat tekanan ini, kenapa
tidak kita. Cuma persoalannya adalkah aliran bahasa Inggeris akan membantu
atau lebih merosakkan keadaan?

Kita minum teh dulu....... Bila sempat saya akan bincangkan lagi.


tun

No comments:

Popular Posts