Friday, December 9, 2011

Hadi sahkah Pas sudah kafir? #PartiAbdiSosialis


[Nota: Pas sudah kafir? Sejak menjadi Parti Abdi Sosialis nampaknya Pas sudah lupakan semua perjuangan sebelum ini. Betulkah Pas sudah jadi abdi sosialis? lihatlah kenyataan Nik Aziz di bawah.]


Hudud Tiada Dalam Manifesto PAS

PAS tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Disember 2011.

Oleh itu, perkataan hudud ini hanya untuk menyedapkan hati pengundi dan hanya mahu digunakan untuk meraih undi sahaja. Mungkin sebab itulah jawatankuasa hudud yang ditubuhkan pun masih belum lagi bermesyuarat. Malah Ketua Polis Kelantan sendiri belum lagi menerima surat perlantikan sebagai jawatankuasa tersebut. Untuk apa tubuh jawatankuasa tersebut jika hudud sudah tiada lagi dalam manifesto PAS? Bukankah itu satu retorik.


Kecelaruan fikiran Nik Aziz untuk tidak laksana hudud


Nik Aziz merapu lagi nampaknya. Kali ini tentang sebab kenapa Hudud tidak dilaksanakan di negeri Kelantan. Kenyataan Nik Aziz dipetik olehMalaysiakini menyebut, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu. Fitnah Nik Aziz, "(Tun) Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan".

Mari kita huraikan penipuan Nik Aziz. Pertamanya, mungkin elok dilihat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang direkodkan;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidakmendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalaunampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

Kedua, apakah benar Tun Dr Mahathir perlu memberi amaran kepada Nik Aziz? Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz boleh dibaca di sini untuk memahami pendirian kerajaan BN - Penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pemimpin Pas telah memanipulasikan surat ini sebagai UMNO menolak Hudud. Hakikatnya, Tun Dr Mahathir menyebut tentang bahaya akan berlaku ketidak adilan dalam melaksanakan Hudud, menyebabkan nama baik Islam tercemar. Video ini memaparkan surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz dan sekiranya dianalisis, pemimpin Pas sendiri mengakui tentang kebenaran maksud surat Tun Dr Mahathir tersebut.

1 comment:

PemikirpolitikJerantut said...

SALAM PERJUANGAN TUN,
MOHON PAUTKAN BLOG SY,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

Popular Posts