Ikrar sumpah bai'ah semalam yang diketuai Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berbunyi:
"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.
"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.
"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."
Baiah ini amat berbeza dengan Baiah Sesat Pas, Baiah Taklik atau Baiah Talaq 3 Pas seperti yang disiarkan di dalam video di atas.
Anggota Jawatankuasa Pas Pusat yang dilabelkan sebagai agen Anwar Ibrahim dan pernah didakwa mengamalkan rasuah politik, Husam Musa pula mempertahankan bai'ah sesat Pas dengan menyifatkan bai'ah ini penting bagi mempertahankan amanah. Kata Husam, tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.
Ahli Parlimen, Zulkifli Noordin (yang ketika membuat kenyataan ini masih merupakan ahli Parlimen Pembangkang), berkata amalan bai'ah taklik ini "mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian." Kata beliau, pada mulanya beliau tidak percaya dengan laporan media tetapi terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu.
"Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan. Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya.
Zulkifli juga berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut menunjukkan penentangan terhadap tindakan Pas menggunakan bai'ah talak ini kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita. Katanya, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terbabit dalam perjuangan parti itu.
Benarkah kata-kata ustaz-ustaz Pas bahawa ia tidak menyalahi hukum?
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik. Katanya, amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. "Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan."
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah taklik ini sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam. "Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa. Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur," katanya.
Bagaimanakah bentuk bai'ah masyarakat Yathrib dengan Rasulullah saw di Bukit Aqabah? Adakah isi kandungan bai'ah tersebut sama dengan kandungan bai'ah talak Pas? Ini merupakan kandungan bai'ah mereka kepada Rasulullah saw;
- Kami tidak akan menyekutukan Allah yang Maha Esa
- Kami tidak akan mencuri, melakukan zina, membunuh anak-anak dan bercakap bohong
- Kami tidak akan menolak perkara-perkara baik
- Kami akan mengikut perintah Muhammad Rasulullah baik semasa susah mahupun semasa senang
Dalam bai'ah aqabah kedua pula seperti diriwayatkan oleh Kaab bin Malik Al-Ansari, Rasulullah saw berucap dengan membaca ayat-ayat al-Quran di samping menyeru ke jalan Allah dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: "Aku menuntutkan baiah dari kamu supaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu".
al-Bara' bin Ma' rur memegang tangan Rasulullah dengan berkata: "Ya, demi yang mengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami pertahankan tuan hamba seperti mana kami mempertahankan wanita-wanita kami, dengan itu kami berbaiahlah dengan kamu wahai Rasulullah, demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat, ciri ini kami warisi sejak turun temurun".
Semasa al-Bara' sedang berbicara, tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah dengan katanya: "Wahai Rasulullah, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami."
Jawab Rasulullah diiringi dengan senyum, "Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai."
Jelasnya bai'ah Rasulullah mencerminkan kemurnian perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt, mempertahan dan melindungi Rasul-Nya dan bersifat dua hala dan keadilan dua hubungan, iaitu antara rakyat dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Sedangkan bai'ah Pas? Jelas mengembalikan manusia dan martabat wanita ke zaman jahiliah dan nyata tidak bersandarkan ajaran Islam.
Mungkin disebabkan itulah ketika isu baiah ini hangat didebatkan dulu, terbit ungkapan "Pas tidak sama dengan Islam, ikut Pas anda sesat, tinggalkan Pas, anda selamat".
3 comments:
bro,
dengar-dengar dah ada NABI BARU dalam pas!
dah macam pope la pulak!
tu la pasalnya bro, budak-budak pas ni mcm nik aziz juga, tafsir alQuran & hadis ikut suka, penuh dgn kecuaian.
bro sape yg pegi jumpe pope itu hari bro...bro dh habis hafal tafsir quran ke bro nak ckp org lain cuai...sape plak yg kate hudud tu hukum allah tapi xkan laksana kt malaysia...same mcm sembahyang / puasa tu hukum allah tapi taknak buat...pk2 kn la bro
Post a Comment