Wednesday, December 7, 2011

Akhbar Cina: Lim Guan Eng memang pandai berpura-pura? #savePenang

Sikap kurang ajar Lim Guan Eng tidak mungkin dapat disembunyikan selama-lamanya


China Press
Lim Guan Eng berpura-pura
Kedai kopi orang ramai m/s C17
27 November 2011 (Ahad)

Lim Guan Eng Jangan Berpura-Pura
Cheah Cheng Huat

Pengerusi parti Gerakan Koh Tsu Koon mengisytiharkan tidak mencalonkan dirinya pada PRU akan datang, orang yang paling kecewa tidak lain tidak bukan ialah setiausaha DAP Lim Guan Eng, kerana beliau secara tiba-tiba kehilangan “padang sasar”, tempat beliau membuat persediaan untuk serang pada PRU akan datang sudah hilang, sebab itu beliau “berpura-pura” menyeru supaya Koh Tsu Koon diberi peluang kali yang kedua seterusnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU akan datang.

Pada Tsunami politik tahun 2008, Lim Guan Eng secara tidak sengaja menjadi ketua menteri Pulau Pinang, apa yang memeranjatkan orang ramai ialah bidalan dalam perpatah Cina “bapa harimau tidak mungkin melahirkan anak anjing” yang dikatakan “ anak tunggu di belakang pintu sahaja”. Lim Guan Eng juga mempunyai “kelebihan” seperti bapanya Lim Kit Siang, apabila mereka hadapi musuh “suaranya sangat menekan musuh”, tidak hiraukan orang lain, “benarkan perbuatan diri sendiri sebaliknya tegah orang lain buat perkara yang sama” dan sebagainya.

Tentang isu ini sebenarnya Lim Kit Sing lebih hebat, kerana beliau pandai berpura-pura baik, selalu bersikap pura-pura, contohnya apabila Lim Guan Eng jadi ketua menteri, Guan Eng berkata beliau sanggup beli rumah sendiri di situ semasa pergerakan kempen Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mahu terlibat dengan perpindahan di kediaman rasmi ketua menteri, akhirnya beliau berpindah juga ke kediaman rasmi ketua menteri, sebenarnya di dalam jiwa beliau memang beliau sangat inginkan tinggal dalam kediaman rasmi itu, kerana di situ beliau boleh tunjukkan status pangkat ketua menteri.

Anak muda yang berjiwa muda dalam parti dan juga speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, agak tergesa-gesa berkecimpung dalam politik, rasa tidak puas hati sikap pura-pura itu, dimana Teng keluarkan satu artikel dalam suratkhbar bertajuk: ‘pegang jawatan kerajaan jangan berpura-pura’, apa yang disebut oleh Teng Chang khim itu amat bagus, dan apa yang disebut itu memang benar dan tepat: dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang, pegawai kerajaan mempunyai kenderaan rasmi dan tempat kediaman rasmi, itu semua adalah satu kenyataan benar.

Lim Guan Eng lebih hebat daripada Lim Kit Siang, kerana kelebihan Lim Guan Eng pandai membuat sebaran berita, beliau boleh pergi ke warung di kaki lima cipta berita menjamu selera, secara kebetulan wartawan tiba-tiba boleh muncul di situ, di keesokan harinya gambar-gambar beliau dimuatkan ke dalam suratkhabar, memuji ketua menteri sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat jelata dan beramah mesra dengan rakyat.

Wartawan Akan Hadir Pada Masa Yang Tepat

Pada hari Ching Ming Jie (hari membersih kubur Cina), Lim Guan Eng balik ke Batu Pahat membersihkan kubur di sana, wartawan muncul pada masa yang tepat, dengan itu Lim Guan Eng “cuba kaitkan kisah lama’ di situ, berwatakan memperingati orang-orang lama di situ, dan dapat paparan luas di dalam suratkhabar.

Sebaliknya watak Koh Tsu Koon, memang bersikap orang terpelajar dan berwatak seorang berilmiah tinggi walaupun beliau telah berkecimpung dalam politik selama 30 tahun, Koh tetap kelihatan lembut dan sederhana, memang mempunyai sikap seorang ahli politik yang sejati, tidak terlibat dengan perbalahan dalam berpolitik. Pada masa beliau masuk ke dalam politik beliau adalah diangkat oleh Dong Zong ataupun beliau sebenarnya berasal dari Dong Zong, beliau bertanding di atas tiket mewakili pendidikan sekolah-sekolah Cina, pada masa itu beliau telah menyinggung perasaan Lim Kit Siang. Sebenarnya pada masa itu oleh kerana Lim Kit Siang mahu alihkan pandangan orang ramai, kerana tidak berani lawan Lim Chong Eu bertanding PRU di Seremban, Kit Siang tumpukan kekuatan lawan Koh Tsu Koon di Pulau Pinang.

Pada PRU 2008 selepas Gerakan kalah teruk, Koh Tsu Koon dengan segera secara pantas susun atur upacara angkat sumpah untuk Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang, ini menggambarkan bahawa Koh Tsu Koon bersikap ahli politik yang sejati yang boleh terima apa jua keadaan, sikap-sikap seperti ini yang kurang pada Lim Guan Eng.

No comments:

Popular Posts