Sinchew Daily News
Karpal Singh- Dr. Ramasamy DAP Pulau Pinang?
Opinion Corner m/s 30
13 Disember 2011
Tajuk:
GodFather VS Pemberontak
Lim Sue Guan
Timbalan editorial akhbar ini
DAP pulau Pinang tahun ini menggunakan slogan “negeri Pulau Pinang-harapan Malaysia” sebagai slogan utama mereka, apa yang menyinggung perasaan ialah isu dalaman parti semakin meningkat, menyebabkan seluruh rakyat negara ini meihat DAP berlaku perbalahan dalaman yang ketara.
Isu “GodFather” bukan berlaku secara tiba-tiba kerana ia sudah terpendam lama yang akan terdedah dan menular, ia tidak mungkin berlaku hanya dengan perkataan “pemberontak dan GodFather” yang terus menjadi kecoh yang begitu besar, di dalamnya sudah tentu tidak boleh ada dua kepala dalam sesuatu tempat, kerana dalam hasil sumber politik ia akan berlaku pembahagian yang tidak sama rata dan bercanggah.
Pengerusi DAP Karpal Singh pada bulan September tahun ini mencadangkan, menghadkan calon PRU akan datang tidak boleh bertanding 2 kerusi sekali gus, iaitu kerusi parlimen dan kerusi DUN untuk calon yang sama, di mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan Menteri besar ataupun ketua menteri tidak dihadkan untuk bertanding 2 kerusi itu, contohnya seperti Lim Guan Eng.
Cadangan Karpal Singh itu semata-mata mahu lebih ramai orang-orang baru dapat ambil bahagian dalam pertandingan kerusi, sebaliknya telah memberi kesan kepada beberapa pemimpin, termasuk timbalan ketua menteri II Pulau Pinang Dr. Ramasamy a/l Palanisamy.
Dr. Ramasamy a/l Palanisamy pernah menjadi pensyarah di UKM selama 25 tahun, pada tahun 2005 beliau masuk DAP. Pada PRU 2008 beliau sebagai calon baru yang diperkenalkan, bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan berdepan dengan Koh Tsu Koon, dan diterima juga untuk bertanding kerusi DUN Perai, akhirnya pada Tsunami politik itu beliau menang kerusi Parlimen dan kerusi DUN kedua-duanya, dan menjadi kaum India yang pertama menjawat jawatan timbalan ketua menteri di Negara ini.
Apabila memegang jawatan tinggi, beliau mempunyai hasil sumber dalam politik yang banyak, sudah tentu beliau punyai pengikut yang ramai. Dalam akhbar Tamil Nisan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy memberitahu, pada PRU akan datang beliau akan bertanding kerusi perlimen dan kerusi DUN, dan akan mencadangkan 3 lagi wanita kaum India dalam parti untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Mencadangkan 3 kaum wanita India bertanding, hanya semata-mata beliau mahu mendapat lebih ramai penyokong, ini adakah satu keperluan dalam politik; tetapi Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah umumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen dan kerusi DUN, menyebabkan karpal Singh kurang senang, dengan itu Karpal Singh memberi amaran bahawa pemimpin dalam parti tidak boleh melanggar keputusan jawatankuasa pusat dan menjadi “askar pemberontak”; selepas itu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy membidas, parti bukan sahaja perlu hapuskan “askar Pemberontak” malah perlu hapuskan “GodFather”.
Dr. Ramasamy a/l Palanisamy dilahirkan sebagai ahli pendidik, mungkin beliau kekurangan pengetahuan dalam berpolitik, beliau tidak boleh memberi banyak janji-janji kepada penyokong sendiri, supaya pada belakang hari tidak dapat menjawabnya dan tidak dapat kotakannya.
Isu “GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.
Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.
Jika dilihat dari reaksi perbualan kedua belah pihak, boleh dilihat mereka mahu ketengahkan Karpal Singh dan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy yang telah memberi sumbangan besar kepada kaum India di Pulau Pinang, dimana Dr. Ramasamy a/l Palanisamy lebih menyerlah dalam kedudukan sebagai “Big Brother”, beliau bijak dalam berkata-kata dan mempunyai pengaruh dari hasil sumber politik.
Sebaliknya Barisan Nasional lebih bergembira apabila melihat mereka membuka pekung di dada mereka sendiri, seterusnya pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan isu duit kontraktor dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat, ini akan menjadi isu dan bahan penting bagi pihak BN untuk dipergunakan pada PRU akan datang.
Kaum India bukan semudah itu dalam Tsunami PRU 2008, baru sahaja mendapat menikmati kedudukan kuasa dalam politik yang begitu tinggi, sepatutnya dihayati dan dijaga dengan baik (Nota: Sinchew kata Orang India tidak kenang budi dan lupa daratan?), tetapi oleh kerana sesuatu kepentingan, kedua-dua belah mata telah kabur, mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya akan menjadi kosong.
No comments:
Post a Comment