Friday, November 11, 2011

#TeaterJutaJutaPutrajaya malam pertama lancar!


[Nota: Alhamdulillah, persembahan malam pertama berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah teknikal tetapi gabungan Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks, Anas Ridzuan, Fasyali Fadzly dan pasukan tidak mengecewakan! Tahniah juga kepada penerbit yang bekerja begitu keras Shawn Amer!

Ramai yang ditanya tadi datang sama ada dari Shah Alam atau dari Presint 5 Putrajaya. Wah ada khalayak teater rupanya di Presint 5. Satu perkembangan yang menarik...

Jangan ingat stage manager dan pelakon saja yang risau, saya pun sama juga. Malam pertama yang baik. Rata-rata penonton enjoy dan ketawa. Ada yang tidak tahu pun sebab apa mereka ketawa, tapi tetap ketawa sebab memang sentiasa ada sesuatu yang menggeletek hati mereka; mungkin tentang apa yang mereka tahu tentang industri teater di Malaysia, mungkin tentang gelagat pelakon dan tidak kurang yang ketawa kerana apa yang ditutur dan dipentaskan adalah tentang mereka.

Bagi saya yang penting mereka enjoy, ketawa dan berfikir mengenainya. Jadi bagi yang masih belum menonton Teater Juta Juta, JOM saksikan Teater Juta Juta ke Putrajaya!

Kepada semua pembaca pas masuk berharga RM20 boleh ditempah sekarang dengan menghubungi Hilal di talian 019 - 357 2093. Jangan lupa untuk `like' page rasmi Teater Juta-Juta untuk dapatkan maklumat terkini. Bagi yang menggunakan Twitter, ikuti perkembangan terkini kami di #teaterjutajutaPUTRAJAYA.

Tontoni dan buktikan saya silap membawa Teater Juta Juta ke Putrajaya!]


Dari blog 1peluru

MEREALISASIKAN PUTRAJAYA SEBAGAI HUB KESENIAN! #teaterjutajutaputrajaya


Kira-kira jam 10.30 tadi usailah persembahan pembukaan yang kreatif dan menghiburkan di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3 Putrajaya.

TEATER JUTA-JUTA ke Putrajaya, merintis dimensi baru kepada kota pentadbiran ini dalam usaha Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya menjadikannya sebagai sebuah hub kesenian, kesusasteraan & kebudayaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan teater ini malam esok (Jumaat) dan malam penutup lusa (Sabtu) [Nota: penutup pada malam Ahad sebenarnya] bermula jam 8.30 malam. Nantikan ulasan gua mengenai teater ini dari sudut politikal yang diserap secara halus dalam naskah alternatif ini esok!

lagi gambar di blog 1peluru

2 comments:

Bro Framestone said...

Memang berbaik malam tadi..

Rugi pada sesiapa yang tak menontonnya

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tq bro framestome kerana sudi singgah semalam dan sudi singgah di blog ini :)

Popular Posts