Tuesday, November 29, 2011

@ShahrizatJalil jelaskan isu Fidlot (NFC). Artikel Ikhlas untuk Shahrizat dan NFC


Shahrizat dibicarakan media

Nota:

Tulisan saya sebelum ini adalah konsisten;

1. Shahrizat belum didapati bersalah dan hanya di`bicarakan' di mahkamah media. Jadi kenapa perlu dia letak jawatan? Jika mahu Shahrizat berehat, itu masuk akal sebab memang adaprecedence sebelum ini. Itupun hanya selepas di bawa ke mahkamah. Kes Shahrizat ini langsung tidak sama dengan kes Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, sehingga menyebabkan beliau perlu bercuti.

2. Yang rakyat mahu tahu adalah tentang integriti semasa projek ini dianugerahkan, sama ada berlaku penyalah gunaan kuasa atau pelanggaran kepada prosedur kewangan. Untuk ini bagi saya, ia perlu disiasat. Jika ada pelanggaran dalam soal ini, maka hukumlah sesiapa yang terbabit. Itu bukan masalah kerana Kerajaan BN sememangnya mahu pentadbiran dilaksanakan secara bersih, cekap dan amanah. Itu transformasi yang Datuk Seri Najib Razak janjikan melalui NKRA usaha memerangi rasuah.

3. Jika dikatakan bahawa syarikat telah menyalah gunakan dana kerajaan atau telah gagal di dalam pelaksanaan, maka, BUKAN Shahrizat, tetapi tindakan perlu diambil terhadap syarikat. Jika benar mereka gagal, maka mereka bertanggung jawab menjelaskannya kepada Kerajaan dan rakyat.

4. Jika ada tuduhan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya memberi tumpuan kepada syarikat besar dan mengenepikan petani kecil, maka Kementerian Pertanian perlu menjelaskan tentang objektif kenapa tumpuan tertentu diberikan kepada syarikat besar dan adakah ini sebahagian dari strategi untuk mengangkat industri asas tani negara. Kementerian tersebut juga perlu menyenaraikan track record kementerian dalam membantu begitu ramai petani dan peladang kecil seperti yang terlibat dalam penternakan lembu tenusu, ikan keli, ikan talapia, ikan patin, ikan arowana, kambing dan sebagainya.

5. Desakan agar pemimpin letak jawatan memanglah desakan yang popular, tapi desaklah agar siasatan dibuat terlebih dulu - jangan menganiayai orang lain.?

6. Perkara paling penting ketika ini, tiada ada mana-mana undang-undang yang menghalang keluarga Shahrizat daripada berniaga, asalkan ia melalui prosedur kewangan yang betul dan Shahrizat tidak terlibat di dalam proses membuat keputusan.




Shahrizat Perjelaskan Kontroversi NFC

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Posted by Bro Jinggo at 8:03 PM
Labels: Projek Fidlot, Shahrizat

5 comments:

Anonymous said...

org yg mmpu berfikir dgn waras akn tau dimana penyelewengan berlaku.klu bkn isteri menteri sapa nk bg pnjm 250juta senang2. dh dpt duit bli bnda laen..x seleweng duit lg ker nmanya tue

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Kalau betul seleweng di mana buktinya? Belum apa2 dah tuduh orang, orang islam ke ni? :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Kalau beli property, sewaktu infrastruktur utk NFC belum siap kat mana silapnya?

Dalam masa setahun agak2 berapa nilai property tu skrg? Klu ada property, bukan ke boleh liquidate bila financing diperlukan?

beraso kene said...

salam.biasala penyokong pembangkang ni. melalut x kena tempat. kes ketua dia kat mahkamah tu pun x slesai2 mahu pulak nak robek isu ini. biar je la mahkamh yNang tentukan

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tu la pasalnya :)

Popular Posts