Saturday, November 19, 2011

Akhbar Cina: Rakyat kutuk tindakan @NTV7 bawa politik ke sekolah!

Sinchew Daily News
Perbalahan DAP dan SM Swasta Hwa Lian?
Ruangan: dalam negeri m/s 27
18 November 2011 (Jumaat)

[Nota: Baju kuning, kain rentang dan agenda politik di bawa masuk sekolah sehingga Ketua Lembaga Pengelola sekolah meletak jawatan. Sikap kurang ajar DAP memang telah diketahui. Sikap NTV7 baru hari ini terbongkar. Masalahnya - yang menganjur program ini adalah NTV7! Sekarang, akibat perbuatan tidak sensitif dan menjolok mata penganjur, Ketua Lembaga Pengelola meletak jawatan dan sekolah dicemarkan. Kementerian Penerangan dan Kementerian Pelajaran perlu ambil perhatian dan tindakan!]

Tajuk I

"DAP tidak bermaksud singgung perasaan Hwa Lian" Jika kain rentang mencederakan perasaan, kami sanggup meminta maaf: Liu Chang Yik

17hb Taiping, jawatankuasa gabungan DAP Taiping, dikatakan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sekolah menengah swasta Cina Hwa Lian Taiping, dan juga tidak berniat untuk merosakkan suasana serta perasaan di sekolah itu, jika pada hari tersebut kerana tulisan di kain rentang itu telah mencederakan perasaan sekolah menengah Cina tersebut, majlis gabungan DAP Taiping sanggup meminta maaf.

Semasa dalam satu sidang media Presiden gabungan DAP Taiping Liu Chang Yik (terjemah Mandarin) berkata, DAP telah membeli kupon derma pihak sekolah itu sebanyak 1 ribu ringgit dan dengan kupon itu membelanja orang-orang tua makan di majlis makan, tujuannya ialah untuk menyokong dan membantu sekolah Cina serta semangat menghormati orang-orang tua dan tidak lebih dari itu, dan jangan jadikan perkara itu sebagai isu politik.

Liu berkata, baju kuning adalah baju seragam DAP, ada juga sesetengah pertubuhan menggunakan baju kuning sebagai baju aktiviti mereka, ini tidak boleh dijadikan sebab.

Kita menggunakan kain rentang bertujuan untuk merekodkan dalam aktiviti yang dijalankan. Aktiviti di sekolah adalah dibuat untuk orang ramai, jika pihak parti DAP mahu ambil bahagian perlu mendaftar ataupun perlu mendapatkan kelulusan, sebaliknya orang ramai tidak perlu berbuat demikian, bukankah ini dinamakan double standard.

Liu Chang yik (terjemah Mandarin) berkata, aktiviti dan agenda yang mereka jalankan tidak langsung berbau politik, jika tulisan di kain rentang itu telah menyinggung perasaan dan telah melanggar peraturan sekolah menengah swasta Cina Hwa Lian, jawatankuasa gabungan DAP Taiping sanggup meminta maaf.


Tajuk II

Pengerusi Majlis Pengelola Sekolah Menengah Cina Hwa Lian Letak Jawatan; Mesyuarat Tergempar Selama 2 Jam, Majlis Pengelola Umumkan Keputusan

17hb Taiping, majlis pengelola sekolah menengah Cina Swasta Hwa Lian telah mengadakan mesyuarat tergempar, bagi membincangkan tentang isu perletakan jawatan ketua pengelola sekolah Hwa Lian En. Ong Chang Sin (terjemah Mandarin), mesyuarat tergempar tersebut berakhir selama 2 jam, dalam mesyuarat itu timbalan ketua pengelola sekolah Tan Poh Sui berkata setakat ini masih belum ada sebarang maklumat, pihak majlis pengelola akan adakan satu sidang media pada jam 12.00 tengah hari esok untuk umumkan keputusan yang telah dibuat.

Ketua pengelola sekolah serahkan surat perletakan jawatan Ketua pengelola sekolah Ong Chang Sin setakat ini telah menyerahkan surat perletakan jawatan, apabila ditemu ramah beliau tidak membuat sebarang penjelasan.

Tan Poh Sui berkata, seramai 24 ahli lembaga pengelola telah menghadiri mesyuarat tertempar itu, dan bilangan keseluruhan ahli majlis pengelola seramai 54 orang, ada sesetangah pengelola sedang bercuti.

Tan berkata, pihak majlis pengelola sekolah akan membuat pengumuman pada pihak media pada tengah hari esok.


Tajuk III

Pihak Majlis Pengelola Sekolah Membuat Kenyataan Tidak Benarkan Pentas Politik Di Bawa Masuk Ke Dalam Sekolah

17hb Taiping, ketua majlis pengelola sekolah menengah Hwa Lian Taiping En. Ong Chang Sin dengan guru besar sekolah Hong Han Boon (terjemah Mandarin) hari ini menegaskan, mereka tidak benarkan mana-mana parti politik jadikan pentas politik di dalam kawasan tempat pendidikan yang mulia itu.

Mereka secara bersama menyatakan isu yang berlaku di kawasan sekolah itu, sebelum ini pihak sekolah pernah mengadakan kutipan derma di perkarangan sekolah, pernah menjemput wakil rakyat ataupun wakil parlimen di kawasan itu, tiada sebarang perbezaan.

Hari terbuka sekolah dianjurkan oleh NTV7, dan NTV7 adalah penganjur tersebut, jemputan para tetamu adalah di bawah bidang kuasa pihak penganjur, dimana pihak sekolah hanya sebagai pihak yang menerima manfaatnya sahaja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV said...

VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
MALAYSIA RADIO ONLINE , UNTUK MENONTON sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
MALAYSIA RADIO ONLINE terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html watch live ,rtm1 ,rtm2 ,tv3 ,ntv7 ,8tv ,tv ,pas tv ,mobtv ,1hujau tv ,1 malaysia tv ,tv selangor and more tv

Popular Posts