Friday, October 21, 2011

[Video] (Penangkapan Gadaffi) Kematian Gadaffi: Libya menjadi sebuah lagi Iraq





[Nota: Sekali lagi saya merasa terpanggil untuk memetik tulisan menarik blogger Just Read mengenai Muammar Gadaffi. Sebagai seorang yang pernah menemuramah Gadaffi, saya percaya kepada `rasa' tulisan Just Read. Satu lagi sebab adalah kerana komen-komen di laman blognya yang sebahagiannya saya letakkan di bawah sebagai rujukan saya.

Umat Islam tewas lagi. Libya yang suatu masa dulu merupakan sebahagian dari wilayah Kerajaan Islam Uthmaniah pernah tewas dan terjajah di bawah Itali pada tahun 1911. Libya kemudiannyua merdeka pada 24 Disember 1951, selepas penentangan bertahun-tahun ke atas pendudukan Itali dan gerak kerja politik antarabangsa selepas kekalahan Itali dalam Perang Dunia Kedua. Hari ini nampaknya nasib Libya seakan-akan nasib Iraq yang merdeka pada 3 Oktober 1932 tetapi terjajah semula pada 20 Mac 2003.

Jika ini tidak menyedarkan lagi kita tentang order dunia hari ini, saya tidak tahu apa lagi yang akan menyedarkan kita. Mungkin Dajjal atau Yakjuj dan Makjuj?]


Antara komen di blog Just Read

midas touch said...

the US and its nato ally are laughing aloud. they were the ones who added fuel to the rebellion. poor gaddafi and family. however, libya is expected to be in turmoil for a long, long period. his successor is yet to be named but there will be a lot of opposition. the US would also want to install its puppet president and prime minister. we are lucky and fortunate to live in a country like malaysia

Anonymous said...

its all because of american and nato interference. now that gaddafi is dead, they are looking at syria, yemen and iran. washington really want to have leaders of this countries dead too! just like the hanging of innocent saddam hussein, the US is still proud for the wrongdoings in iraq and afganistan. george bush and tony blair are still free although the whole world knows that they are war criminals! yes, the US is full of various criminals!


mat syabu said...

rakyat libya nak bebas, nak amerika dan israel masuk memerintah mereka. biarkan je la!


torpedo said...

another devil is dead! the libyans made the right move. they are free now

insan kamil said...

innalilllah. sebagai pemimpin, gaddafi banyak berjasa kepada negara dan rakyat. dia membangunkan negaranya dengan bijak walaupun rejimnya dianggap kuku besi. seperti marcos di filipina dan saddam hussein di iraq, gaddafi berpegang teguh kepada pendiriannya mengenai ketidakadilan bangsa-bangsa bersatu dan kongkongan amerika serta sekutu baratnya terhadap negara arab, islam dan miskin. rakyat libya, dalam menerima kebebasan ini, perlu berhati-hati memilih ketua baru yang tidak dikuasai oleh amerika dan sekutu baratnya. kecualilah jika mereka mahu berkiblatkan washington! apa pun, AL-FATIHAH buat muammar gaddafi



Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang pernal saya temu bual di Benghazi pada tahun 1984 telah mati dibunuh oleh rakyat negaranya sendiri, menurut laporan yang belum disahkan (di sini).

"Kami mengumumkan kepada dunia bahawa Gaddafi telah terbunuh di tangan revolusi,'' kata jurucakap Majlis Kebangsaan Peralihan (NTC) Abdel Hafez Ghoga pada hari Khamis di bandar timur Benghazi. "Ia merupakan suatu detik bersejarah. Ia menandakan berakhirnya zaman kezaliman dan pemerintahan diktator. Gaddafi telah memenuhi takdirnya,'' tambahnya lagi.

Seorang lagi komander NTC berkata bahawa salah seorang anak Gaddafi, Mutassim, juga terbunuh di Sirte.

"Kami menemuinya dia mati. Kami letakkan mayatnya dan mayat (bekas Menteri Pertahanan) Abu Bakr Yunis Jabar ke dalam ambulan untuk membawa mereka ke Misrata,'' kata Mohamed Leith (di sini).

Pejuang NTC telah berjuang dalam konflik berdarah selama tujuh bulan sehingga menggulingkan pemerintah veteran yang zalim ini yang mengorbankan lebih daripada 25,000 nyawa, melonjak kegembiraan apabila mendengar berita itu, selepas laporan awal yang mengatakan bahawa Gaddafi telah ditawan.

Sekeping gambar yang diambil menggunakan telefon mudah alih menunjukkan Gaddafi 69 tahun yang digulingkan oleh pejuang NTC pada bulan Ogos, bergelumang darah. Dalam imej yang berkualiti rendah itu, Gaddafi dilihat dengan pakaian berendam darah dan darah memenuhi seluruh mukanya.

Gaddafi adalah seorang lelaki yang berpewatakan. Saya masih ingat semasa lawatannya pada tahun 2009 ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA), beliau telah menyampaikan ucapan berbisa yang cukup untuk digambarkan sebagai gila. Ia diingati dengan mengoyakkan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam ucapannya, Gaddafi dengan lantang tertanya-tanya sama ada selesema babi telah dihasilkan sebagai senjata dan berkata bahawa Majlis Keselamatan harus dinamakan semula sebagai 'Majlis Keganasan' dan beliau menuntut agar siasatan dibuat ke atas pembunuhan John F. Kennedy dan Martin Luther King.

Episod ini telah menaikkan profil Gaddafi dalam media Barat dan menyebabkan ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapa beliau. Dalam satu kejadian, Gaddafi pada awalnya enggan gambarnya diambil untuk permohonan visa Amerika Syarikat. Seorang pembantunya mencadangkan agar Konsulat Amerika Syarikat mengambil gambar salah satu daripada beratus-ratus gambar beliau di papan iklan di Libya yang dan mengecilkan saiznya agar sesuai dengan keperluan permohonan visa.

Gaddafi sememangnya terkenal kerana operasi gambar dan acara media yang tersusun dan teliti. Imejnya telah ditampal pada papan iklan dan kain rentang di seluruh Libya, selalunya menggambarkan beliau sebagai seorang wira rakyat. Mukanya juga dipaparkan pada setem kenang-kenangan dan mata wang negeri.

Dia juga pernah menghadiahkan Condoleezza Rice, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, dengan loket dengan imejnya yang terukir di bahagian dalam!

Dan sekarang dengan kematiannya (seperti yang dipercayai ramai), masa depan Libya kelihatan tidak menentu. Negara yang berkenaan berpecah kepada beberapa kumpulan, terutamanya penyokong pro-Gaddafi dan puak NTC yang mendapat sokongan padu dari NATO dan Washington.

Sebuah kerajaan baru akan dibangunkan. Adakah Libya akan menjadi sebuah lagi Iraq dan Afghanistan – memperolehi rejim boneka yang pro-Washington?

Dalam temu bual 1984 tersebut, Gaddafi pernah berkata Ibupajabat Bangsa-Bangsa sepatutnya dipindahkan dari New York ke tanah tanpa manusia, menghapuskan kuasa veto dan menghentikan penguasaan Amerika Syarikat dan lain-lain kuasa-kuasa besar ke atas pentadbirannya.

Bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin kita bertindak balas terhadap berita?

Al-Fatihah

No comments:

Popular Posts