[Nota: Jangan lupa tentang kisah Datuk Dr Rosti Saruwono yang mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam. Alasan beliau "Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan. Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.]
Dipetik dari blog SARFAMS
Kes Gantung Dr. Aziz Bari... Jangan tersalah sokong orang yang salah sudah
Berita pergantungan tugas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari seorang pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) minggu ini telah hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh para akademik, para pelajar, para penjawat awam dan para ahli politik. Ini menunjukkan isu ini mempunyai valuedan kepentingan tersendiri kepada pihak-pihak berkenaan.
Awal kisahnya bermula apabila Dr. Abdul Aziz Bari yang juga pakar undang-undang Perlembagaan sebelum ini didakwa mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor yang bertitah mengenai isu pemeriksaan JAIS di DUMC dengan menyatakan baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi perlu dijalankan selaras ajaran Agama Islam. Berikutan itu beberapa laporan polis dibuat terhadap tindakan Dr. Abdul Aziz Bari mengeluarkan statement tersebut.
Peguamnya, Dr Zulqarnain Lukman, berkata Dr Abdul Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada Unit Perundangan, Pejabat Rektor UIAM, kelmarin yang turut menyatakan beliau digantung tugas sehingga siasatan dan inkuiri selesai berikutan kenyataannya yang disiarkan sebuah portal berita pada 12 Oktober lalu bertajuk ‘Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-Raja.’
Ulasan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam soal ini iaitu daripada YB Menterinya sendiri adalah : “Ahli akademik bebas memberi kenyataan media atau bercakap kepada pihak awam berasaskan ilmu atau bidang kepakaran mereka, tetapi pengurusan universiti juga bebas mengambil tindakan disiplin jika mendapat reaksi negatif masyarakat atau pihak berkuasa. Terserah kepada institusi masing-masing. Jika bercakap dalam bidang kepakaran tiada masalah. Jika bercakap dalam soal lain sebagai anggota masyarakat, dia terdedah kepada pelbagai komen, reaksi dan sebagainya. Kementerian serah kepada institusi (untuk bertindak),” katanya.
Sebelum ini, negara kita turut digemparkan dengan tindakan seorang Naib Canselor sebuah universiti milik Kerajaan Negeri Selangor meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan pihak pengurusan tertinggi universiti dan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang dipercayai melibatkan politik ke dalam kampus dan memecat 3 orang pentadbir universiti tersebut TANPA SEBARANG USUL PERIKSA.
Memanglah NC tersebut secara sukarela meletakkan jawatan kerana dia merasakan bahawa imej dan maruahnya adalah lebih mahal berbanding jawatan NC dalam universiti tersebut jika nak dibandingkan dengan tindakan-tindakan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang cuba ‘membuang’ dan ‘menghapuskan’ para pentadbir atau kakitangan yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
Artikel terdahulu saya mengenai kes NC meletakkan jawatan dalam masa 24jam adalah seperti di sini
:http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/2011/08/kerajaan-selangor-kejam-terhadap.html
Oleh itu para akademik, para mahasiswa, para penjawat awam serta para ahli politik harus jelas dalam isu ini agar kita tidak menyokong pihak yang salah.
No comments:
Post a Comment