Sunday, October 2, 2011

#AirAsia The Untold Stories: AK - bukan Ananda Krishna la... @tonyfernandes


Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbuka bersama staf-staf beliau yang lain termasuklah kerani & sebagainya. Inilah meja bertugas bagi CEO AirAsia, Tan Sri Dr Tony Fernandes. Sempoi, beb! ;-D"

[Nota: Dipetik dari Agenda Daily, ikuti siri pertama dari tiga siri rencana mengenai Air Asia dari pengkisahan oleh Tan Sri Tony Fernandes sendiri. Selepas mendengar kisah Air Asia daripada beliau, banyak persepsi dan sangkaan saya selama ini nampaknya meleset. Masa akan menentukan kebenaran kisah beliau, tetapi buat masa ini, kisah ini memang suatu kisah yang mengasyikkan. Banyak yang tidak saya ketahui di sebalik tabir Air Asia dan tidak salah untuk memasang telinga, melapangkan dada dan membuka fikiran sebelum membuat persepsi dan judgement.]


Tan Sri Dr Tony Fernandes kelihatan santai dengan berbaju-t putih dan seluar jeans hitam. Tanpa cap Air Asia yang selalu dipakainya pada majlis rasmi syarikat penerbangan tambang murah ‘Now everybody can fly’, beliau menyambut kami dengan wajah ceria. Dari awal, Tony bercerita dan bercerita sehingga satu jam 30 minit seterusnya.

Asalnya masa sebenar yang ditetapkan untuk pertemuan itu hanyalah 30 minit, tetapi kisah kejayaanya, terlalu seronok untuk diceritakan dan didengar.

Namun dicelah kejayaan itu ada banyak syak wasangka yang berlegar terhadap Tony dan Air Asia. Kemuncaknya apabila namanya dan Datuk Kamarudin Meranun diumumkan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MAS dalam jalinan kerjasama kedua-dua syarikat penerbangan negara itu yang diumum baru-baru ini.

Tetapi dengan Agendadaily, Tony meluahkan segalanya, bagaimana impian beliau untuk berkongsi kejayaan dengan MAS dan mengambil kembali ‘lost trafic’ yang hilang di pihak Singapore Airlines.

Beliau juga menjawab tuduhan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Ckong, yang katanya ‘mengarut’ dan bersedia bersemuka dengan Wee untuk memberikan penjelasan lengkap.
Tapi sebelum ke cerita-cerita sensasi, baca ini dulu… kisah tentang bagaimana belau menukar mimpi menjadi kenyataan dengan keyakinan bahawa tiada yang mustahil.

Bayangkan Air Asia yang diambil alih Tony dan rakan-rakannya pada 8 September 2001… dengan dua pesawat dan 254 krew dari DRB Hicom kini mempunyai 186 pesawat dan lebih 9,000 kakitangan di Malaysia sahaja.

Cool, itu perkataan sesuai untuk Tony nama penuhnya, Anthony Francis Fernandes yang berkerja sebagai bos Warner Music Malaysia sebelum menjadi ahli perniagaan pengangkutan udara.

Ketika mula berbicara , beliau relaks saja membuka jalan untuk ‘ tembak ‘ apa jua soalan. “Kamu tanya saya tentang apa saja, Kalimullah, Khairy, tentang Ananda Krishnan apa saja, saya terbuka, tiada apa yang mahu disembunyikan.”

Ada banyak yang diperkatakannya, kisah bagaimana Air Asia bermula dengan beliau, Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Pahamin Ab. Rajab mengambil alih dari DRB Hicom dengan membayar RM1.

Ya seringgit saja, dengan sejumlah hutang dan 254 kakitangan, 6 destinasi.Juga jangan terkejut, modal permulaannya yang berjaya dikumpul mereka hanyalah sejuta ringgit.

“Sejuta itu bulan pertama sudah kena bahagi separuh untuk bonus 254 kakitangan, dan separuh untuk kos operasi” katanya ketawa.

Beliau melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd melengkapkan proses pengambialihan Air Asia dari DRB Hicom pada 8 September, 3 hari sebelum 11 September 2001 yang menyaksikan dua pesawat ‘menyerang’ WTC di Amerika Syarikat dan penduduk seluruh dunia fobia menaiki kapal terbang.

Sebelum itu, ada kisah lucu bagaimana Tony pertama kali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamed untuk membentangkan cadangannya tentang syarikat penerbangan tambang murah. “Saya tanya Pahamin, bagaimana hendak dapat lesan penerbangan, katanya, kita mesti jumpa Perdana Menteri, jadi Pahamin aturkan dan ditetapkan pada satu hari pertengahan Jun 2001.

“Saya sampai di depan pejabat PM di Putrajaya jam 8.00 pagi, walaupun temujanjinya jam 11.00, saya teruja sebab inilah kali pertama jumpa dengan PM.

“Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

“Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

“Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)”

Menurutnya, ketika beliau masuk ke pejabat PM, Dr Mahathir terus berkata, “I’m sick, make it fast,”

“Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru S M Salim dan Siti Nurhaliza, saya tahu PM peminat SM Salim.

“Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

Dr Mahathir menurut Tony, seorang yang tajam pemikirannya dan cepat memahami sesuatu isu yang dibangkitkan.

Beliau memberikan komen-komen yang bernas dan akhirnya berkata, “Saya tidak mahu keluarkan lesen baru, sudah banyak lesen, kamu ambil alih dari pihak yang sudah ada tetapi tidak dapat beroperasi,”

Dari situlah, Tony dan rakan-rakannya tidak menoleh ke belakang lagi, satu demi satu kejayaan dicapai.

Tetapi kejayaan paling besar tentulah pada Oktober 2010, Air Asia meraikan penumpang ke 100 juta yang menaiki pesawatnya. Siapa sangka benar-benar seperti mottonya “Now everyone can fly”

Suri rumah warga Indonesia, Irma Dewa yang menjadi penumpang ke 100 juta Air Asia membeli tiket penerbangan ke India untuk menemui suaminya yang bekerja di sana.

Kejayaan demi kejayaan, sudah tentu dicemburui, Tony kini bukan hanya taikun penerbangan, dia juga pemilik pasukan lumba kereta Lotus F1, dan pasukan liga perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR).

Perlukan wang yang banyak untuk semua itu, tapi bagi Tony, ia satu pelaburan. “You have to spent...” katanya ditanya mengenai hobi beliau luar biasa beliau itu. “Tengok Emirates (syarikat penerbangan) ia ada di mana-mana, minta maaf cakap, jika ke London, orang lebih mengenali Air Asia dari MAS kenapa? Kerana Air Asia berbelanja untuk memperkukuh jenamanya,” katanya.

Air Asia juga dikatakan punya akses politik yang besar melalui beberapa orang. Termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Pengarang NSTP Datuk Kalimullah Hassan.

Beliau jawab dengan terus terang tanpa berselindung. Tentang Khairy dan My Team, tentang Kalimullah, ECM Libra dan Air Asia X. Juga tentang ‘urban legend’ bahawa pemilik sebenar Air Asia adalah jutawan telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan.

Cerita dari mulut ke mulut ini sudah lama diperkatakan, dan kononnya kalimah AK pada setiap kapal terbang Air Asia itu singkatan bagi Ananda Krishnan. Tony ketawa bila saya tanyakan soalan tersebut. Beliau mengaku selalu ditanya begitu. “Mengarut. AK itu dipilih oleh bekas CEO DRB-Hicom Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham) lama sebelum dimiliki oleh kami. “Bukan saya yang pilih AK, ia memang sedia ada ketika saya ambil alih dari DRB-Hicom, dan itulah no dua pesawat asal kami...

“Tidak ada kena mengena dengan Ananda Krishnan, ada juga gossip kononnya Tun Daim Zainuddin juga pemilik Air Asia. Haha (ketawa)”

Banyak kisah menarik yang diceritakan beliau. Nantikan wawancara penuh dengan Tony Fernandes YANG AKAN DISIARKAN SEPENUHNYA PADA SELASA 4 OKTOBER.-1/10/2011-OLEH HELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL

2 comments:

play bazaar | playbazaar | playallbazar said...

Your means of telling all in this post is in fact fastidious, all be capable of simply know it, Thanks a lot.
#play bazaar

sattaleak1 said...

I just wanted to give you a quick heads up!
click to get fastest satta king result and win big money.

Popular Posts