Persidangan agung MCA pada kali ini diperkatakan oleh presiden MCA sebagai yang terakhir sebelum PRU akan datang. Sebenarnya ia mungkin terakhir dan mungkin tidak. Apapun yang akan berlaku, masa akan menentukan. Tetapi yang penting dalam perhimpunan ini saya dapat melihat satu semangat baru. Satu gambaran bahawa keadaan dalam MCA semakin pulih.
Biarlah kita jangan menoleh ke belakang lagi. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menentukan bahawa sebagai parti komponen yang kedua terbesar dalam BN, nasib BN bergantung kepada kekuatan parti MCA. Saya telah menyatakan dan ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya ingin melihat MCA yang baharu dan kuat.Apa gunanya kepada BN kalau MCA berpecah belah…ada team A, B, C. apa gunanya kalau parti ini yang begini besar yang memainkan peranan penting dalam pembentukan negara kita, dan perjuangan kita untuk membawa perubahan kepada negara jika kita tak dapat menentukan kesatuan dan perpaduan sehinggakan parti kita ini boleh terus menerus mendapat kepercayaan masyarakat kaum Cina dan kaum-kaum lain pada keseluruhannya?
Oleh itu saya merasakan satu signal yang amat jelas daripada perhimpunan ini…kot-kot perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya. Just in case. MCA mesti menggambarkan bahawa parti ini berada dalam keadaan bersatu padu dan bersedia.Yang pertama, asasnya di mana setiap ahli mana-mana parti komponen BN wajib menyokong calon BN. Ada masanya dalam kawasan kita calon itu mungkin bukan calon MCA, tapi calon BN.
Kita mesti, kalau nak menang dan nak pertahankan Putrajaya, kalau kita tak nak ”senario mimpi ngeri” (pembangkang memerintah) berlaku sepertimana yang dilakarkan oleh presiden MCA. Kot kot orang tertentu “sebelah sana” yang tak berani lagi nominate siapa bakal Perdana Menteri mereka.
Kalau kita tak mahu berlaku “senario mimpi ngeri” , persidangan MCA pada kali ini mesti buat ketetapan, sesiapa calon BN, kita akan sokong.
Begitu juga, dalam persidangan UMNO yang akan datang, saya sebagai presiden UMNO akan juga mengatakan kalau sekiranya kawasan itu tidak diwakili oleh UMNO, ahli-ahli parti wajib sokong calon-calon BN.
Mengapa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dalam tahun sebelum Merdeka, berbincang semeja kerana apa? Kerana inilah formula permuafakatan politik yang boleh menjamin masa depan negara kita yang tercinta.Jika kita ada kerjasama sesama sendiri, kita akan dapat kekuatan baru sebab tidak ada satu-satu kaum pun yang boleh mendominasi. Walaupun UMNO parti terbesar, tetapi UMNO juga mesti bersikap terbuka, mesti bersikap inklusif kerana itu merupakan aku-janji pemimpin-pemimpin yang mengasaskan perikatan dulu. Mereka ingin melihat negara kita ini dalam keadaan yang harmoni, bersatu-padu, politiknya stabil dan negara ini terus mahu sebagai negara yang bersatu.
Saya nak kita bersikap inklusif dalam ertikata mengambil kira kepentingan mana-mana kaum dan kelompok dalam masyarakat. Inilah di antara prinsip tonggak dalam gagasan 1Malaysia, iaitu bersikap inklusif untuk menentukan keadilan sosial dan apapun ia tetap berpaksi kepada perlembagaan negara kita.Kalau ada yang kurang betul atau tak betul, kita tak akan khuatir. We are not afraid of admitting our mistakes. Tak ada gunanya waktu pilihanraya, kita kata “I am sorry to the people”. Kalau kita sedar ada satu tidak betul, inilah masanya memmbuat pembetulan. Kita mesti berani buat pembetulan.
Sebab itulah saya melihat segenap aspek dalam kelakuan kita supaya kita berlaku adil. As as muslim, I am enjoying my job to be fair and just to all. This is the principle of Islam.
Negara kita ini kompleks dan tak mudah untuk mentadbir Malaysia. Sebab itulah saya kata, sejak mengambilaih tugas, hari siang saya semakin panjang dan malam pula semakin singkat.
Saya sedar bahawa cabarannya besar. Tetapi kalau kita sentiasa konsisten, parti kita sentiasa dilihat sebagai dinamik dan bila kita dilihat sebagai dinamik, fresh looking with fresh thinking, kita akan sentiasa relevan pada setiap zaman dan masa.Dia kata…mereka percaya kepada kebebasan media…sidang media hanya suratkhabar tertentu sahaja boleh hadir. Suratkhabar yang dia anggap “pro-government”.
Persidangan kita, sama ada sidang media BN atau UMNO yang lalu, saya tengok ada “muka-muka”. Saya tahu muka-muka siapa. Tapi kita benarkan mereka hadir. Sekali lagi menunjukkan mereka cakap tak serupa bikin.
Apabila kita bercakap mengenai sistem dua parti, kita ada kabinet bayangan siapa yang jadi menteri, timbalan menteri dan semualah. Tapi “sebelah sana” sampai hari ini, tiga tahun lebih selepas pilihanraya 2008, tak nampak bayang langsung kabinet bayangan mereka.Bukan sahaja soal siapa Perdana Menteri pada sebelah sana, dia nak allocate post pada Haji Hadi apa post? Menteri undang-undang? Menteri Hal Ehwal Agama? Kalau ada problem dengan Haji Haji, Mat Sabu ada. Apa post nak allocate pada Mat Sabu? Menteri Pelajaran? Dia Timbalan Presiden parti yang besar.
Tak kan nak bagi dia small portfolio. Kena bagi dia big portfolio. Lim Kit Siang, apa nak bagi dia? The veteran politician…Perdana Menteri? Timbalan Perdana Menteri?Anwar Ibrahim apa post dia? He talks about democracy, but he is not an elected president. I am an elected president.
Anwar Ibrahim adalah “de facto”. De facto… suami. De Jure… isteri. Naib presiden…anak. What kind of party is this? You talk so much about democracy, but your party is family based. You talk about ideals and logic. Your practice is quite different from what you preach. Jadi, stop preaching!Bila orang kata masa sudah tiba kita buat perubahan, ya, kita buat perubahan. Saya mula dengan GTP dan kompetetif indeks global kita pun naik dari nombor 26 ke 21. Timbalan Perdana Menteri sebut, kadar jenayah kita sudah turun 23.6 peratus tahun ini berbanding 2009. Jenayah jalanan juga menurun 39.7 peratus, termasuk di negeri Johor.
Selepas itu kita buat ETP dan catat RM171 billion pelaburan. Dalam masa beberapa tahun akan datang ini semua akan jadi kenyataan dan realiti sebab kita amat fokus. Macam manapun kita mesti menjadi maju. Sebab itu kita buat perancangan yang berpaksi kepada realiti, bukan Buku Jingga.
Like somebody says, you cannot judge a politician on the basis of what he said when he is running for office. Because when he is running for office, he will promise the sun, the moon and the galaxy.
Tapi kita sebagai sebuah parti dalam kerajaan mesti penuhi janji yang kita mampu beri. Kita tak boleh janji lebih daripada yang kita tak mampu nak buat. Bila kita dah buat transformasi ekonomi dan kerajaan, saya rasa tak lengkap lagi sebab kita hendak Malaysia bukan sahaja maju di segi ekonomi, tetapi menjadi negara demokratik yang mempunyai persekitaran sosial yang selesa. Sebab kita nak orang lain hormati kita sebagai sebuah negara yang sudah matang.
Sebab itulah saya telah buat pengumuman pada malam Hari Malaysia apa yang boleh disifatkan sebagai Transformasi Politik kepada negara Malaysia. Dan untuk menunjukkan bahawa apa yang kita sebut pada malam itu, kita akan tunaikan, esok saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat, usul bacaan hari pertama untuk memansuhkan the restricted resident act 1933 dan bacaan kali kedua pada hari Rabu minggu akan datang. Kita akan beri gambaran bahawa kita serius melakukan transformasi politik yang telah kita janjikan untuk negara.
Prinsip yang kerajaan pegang, ialah mesti ada pengimbangan di antara hak asasi dan hak sivil serta kesejahteraaan rakyat dan keselamatan awam> kita tak boleh sewenang-wenangnya tangkap, ugut atau buang oraang, Tapi kalau orang itu rosakkan keharmonian negara kita, masih ada undang-undang dan tindakan terhadap mereka.
Bukan kita tak nak ada peaceful demonstration, tapi kalau ada demonstrasi jalanan, akan termasuk orang yang akan tumpang semangkuk nak buat kacau. Kalaulah di London, yang kononnya memperjuangkan demokrasi moden boleh berlaku rusuhan, mengapa ia tidak boleh terjadi di Malaysia? Siapa boleh jamin?
Kalau nak tunjuk rasa tak puashati, kita boleh aturkan tempat. Cakaplah dan melalak sepuas-puasnya. Inilah konsep yang kita ada perimbangan, kalau tak huru-hara negara kita. Jadi kita mesti ada undang-undang yang melindungi nyawa dan harta-benda rakyat.
Saya dah bagi komitmen, kita tak akan tangkap orang semata-mata kerana dia mempunyai idelogi yang berbeza. Tetapi jika mereka mahu menjatuhkan kerjaan atau nak bakar kedai, itu sudah menyalahi undang-undang.
Parti-parti pembangkang sudah hilang momentum sebenarnya sebab kebelakangan ini semua pilihanraya kecil kita menang. Majoriti bertambah di Bagan Pinang. Hulu Selangor dan Galas kita rampas balik. Tenang kita menang dan selepas itu di Kerdau. Jadi dia buat Bersih 2 kononnya pilihanraya di negara kita tak bersih.
Minggu lepas kebetulan saya berjumpa Dr Chandra Muzzafar, bekas Timbalan kepada pemimpin de facto itu. Bila dia letak jawatan, orang tanya kenapa, dia kata kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, ia akan jadi satu malapetaka besar.Dia (pembangkang) kata tak cukup masa, tapi bila dah habis pilihanraya dulu, tiap-tiap malam berkempen sampai sekarang. Ada permit ke tidak, dia berkempen. Di Malaysia kita benarkan. Jadi tak betul lagi ke sistem kita? Sebab itu kita buat jawatankuasa terpilih. Kalau ada kelemahan, kita perbaiki.
Dia tak nak biometrik dan nak pakai dakwat kekal. Nanti bila kita pakai dakwat kekal dia nak biometrik pula. Mereka sering berubah fikiran.
Kalau nak jadi pembangkang, tak bolehlah segala-galanya buruk kepada kita. Kita dah buat banyak. Kalau tuang minyak, satu liter 82 sen subsidi kita berikan.Ini tak masuk minyak masak, gula, LPG, disel, beras dan ubat.Mana ada tempat di dunia kalau kita pergi ke hospital, jumpa pakar bayar RM3, x-ray percuma, ubat pun boleh dapat. Ini baru bagi RM100 pada warga emas, nampak besar sangat.
Menerusi Program KAR1SMA kita bagi RM1.4 billion untuk bina rumah mampu milik. Ini semua adalah manipulasi pembangkang supaya kita dapat gambaran seolah-olah yang dia buat sikit itu bagus.
Macamlah bantuan sekolah Cina dan Tamil. Bangunan kita bagi, gaji kita bayar, peralatan kita beri, bila PIBG minta duit, dia datang bawa cek RM30 ribu, oi bagus sangat pembangkang ni! Yang berjuta-juta kita bagi dia tak sebut. Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem pendidikan vernakular.
Berwaspadalah dengan “political chameleon” yang sering bertukar warna. Apa yang penting ialah kepercayaan. Boleh kah rakyat mempercayai ahli politik Barisan Nasional?
Saya tak janji bulan bintang dan galaksi tetapi saya janji negara Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah Barisan Nasional. Saya akan terus mendengar rungutan rakyat, termasuk komuniti masyarakat Cina.
Mengenai permintaan presiden MCA, kalau Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) cukup syaratnya untuk ditingkatkan sebagai Kolej Universiti, saya tak ada halangan. Saya ambil keputusan ini atas semangat Barisan Nasional. MCA adalah keluarga BN.
Kita mesti beritahu rakyat Malaysia bahawa harapan masa depan mereka hanya akan terjamin sekiranya Putrajaya kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional. – 2/10/11.
Transkrip ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA pada 2 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment