Kenyataan Akhbar
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
Saya selaku Menteri Dalam Negeri (KDN) amat mengalu-alukan dan menyambut baik pengumuman yang bersejarah ini. Pengumuman yang berani pada malam ini adalah bukti kepada komitmen Perdana Menteri dan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus maju ke hadapan selaras dengan hasrat kita untuk mewujudkan sebuah negara demokrasi yang lebih matang. Secara peribadi saya amat gembira untuk melaksanakan inisiatif tersebut yang saya yakini dapat mengimbangi Hak Asasi (Civil Liberties) dengan Keselamatan Negara (National Security).
Seluruh warga KDN turut menyambut baik pengumuman ini kerana ianya merupakan kemuncak kepada usaha kita semenjak dua setengah tahun yang lalu di mana kita sememangnya telah melaksanakan transformasi serta proses penyemakan menyeluruh undang-undang dan akta-akta di bawah kawal selia KDN serta agensi di bawahnya. Ini bertujuan memastikan undang-undang tersebut masih relevan dan berkesan bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Pengumuman Perdana Menteri malam ini juga adalah hasil usaha KDN mengenal pasti undang-undang lapuk serta tidak lagi relevan dengan keadaan dan landskap masa kini. Langkah ini turut mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui beberapa sesi konsultasi. Namun, pihak KDN akan menyusul ke arah pengumuman pengisytiharan pembentangan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat ditamatkan kuatkuasanya.
Pihak KDN juga yakin dua undang-undang baru yang diumumkan ini akan tetap mampu memelihara ketenteraman dan keselamatan awam. Pengenalan dua undang-undang baru ini akan memberi kita peluang untuk lebih fokus selaras dengan matlamat untuk mengimbangi hak asasi individu dengan hak asasi majoriti.
1 comment:
korang nampak tak siapa yang paling tersenyum lebar semalam bila Lancau Lajib buat pengumuman pemansuhan? Menteri amaran la yang paling suka, lepas ni kerja dia tentu lebuh mudah, takde la nampak makan gaji buta sangat kerana tak perlu susah2 fikir pasal ISA lagi.
Post a Comment