Thursday, September 15, 2011

Akhbar Cina - Agenda Perkauman Akhbar Cina: Cina tidak yakin dengan Pas.

China Press
Ruangan Kedai Kopi Orang Ramai m/s C15
14 September 2011

Apa Bezanya Dengan BN?
Shao Xue

Sebuah Dinasti yang telah bertukar ganti, sepatutnya kerajaan Dinasti itu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada Dinasti - Dinasti yang lepas, jika tidak ia hanya akan mengecewakan harapan rakyat jelata.

Pakatan Rakyat sejak PRU lepas telah mendapat keputusan yang amat cemerlang dan gemilang, seterusnya mereka melaungkan slogan mahu mengambil alih kuasa kerajaan pusat di Putrajaya. Mereka mahu rampas kuasa kerajaan pusat, mahu zahirkan impian untuk tukar Dinasti pemeritahan kerajaan lama sebagai perjuangan mereka.

Jika Pakatan Rakyat mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang, sekurang-kurangnya mereka mesti tunjukkan kepada umum dan orang ramai yang prestasi mereka lebih baik daripada kerajaan BN. Cara itu lebih menambat jiwa rakyat, sebaliknya jika mereka tidak dapat menunjukkan pencapaian itu, apa bezanya seperti umpama mereka melukis gambar kueh, yang sebenar kueh itu tidak wujud. Sedangkan hari ini 4 buah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat akan dirampas kembali oleh BN, akhirnya Pakatan Rakyat kembali kepada seperti sedia kala.

Jika kita lihat persediaan BN dalam penyusunan serangan, boleh dilihat bahawa PRU sudah tidak lama lagi Apabila kita lihat keseluruhan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, apakah prestasi yang boleh ditunjulkan oleh Pakatan Rakyat, semua orang ada cerita yang tertentu, dan kebanyakan jiwa pengundi juga telah menghitung dan membuat kira-kira masing-masing, di mana pakar penyelidik politik berkata, Pakatan Rakyat tiada masalah untuk kekalkan pemerintahan di negeri Pulau Pinang dan Kelantan, yang paling merbahaya ialah di negeri Selangor. Malah untuk Pakatan Rakyat menawan kembali negeri Perak juga bukan semudah itu lagi.

BN telah pun melontarkan suara berhasrat mahu tawan kembali 10 peratus daripada tiket pengundi Cina, dan boleh tawan kembali 2/3 majoriti kerusi di Parlimen bagi perkukuhkan kuasa kerajaan pusat oleh pihak BN, langkah seterusnya bagaimana Pakatan Rakyat mampu halang desakan dan serangan BN itu, ini adalah lingkaran dan tunggak penting bagi Pakatan Rakyat, ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu padu dan bersefahaman, jangan cuba gegarkan keyakinan jiwa pengundi kaum Cina terhadap polisi dan suara Pakatan Rakyat.

Seperti Perlembagaan Telah Tetapkan

Seterusnya Pas dalam Pakatan Rakyat, seperti tidak ikut edaran semasa, sering timbulkan isu yang tidak disenangi oleh kaum Cina, yang boleh merosakan tiket undi kaum Cina. Setiausaha pusat Pas Mustafa sebelum ini pernah mencadangkan konsep "Negara berkebajikan", memberi suntikan semangat pada perhimpunan Agong Pas, beliau memberi jaminan bahawa Perdana Menteri akan disandang oleh orang-orang yang beragama Islam, dan juga beliau berharap Timbalan Perdana Menteri juga dari kalangan orang Islam.

Mereka sering secara lantang laungkan bahawa mereka mahu lahirkan pengundi kaum Cina yang boleh menyokong kewujudkan negara Islam. Kita tidak tahu apa perasaan kaum Cina yang mendengar kata-kata itu semasa perhimpunan itu diadakan, jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan pusat, kebanyakan kerusi dipunyai oleh Pas dan Pas menjadi bos dalam Pakatan Rakyat, mereka akan kotakan jaminan mereka itu. Jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan disandang oleh Pas, bukankah langkah seterusnya mereka mahu wujudkan negara Islam lebih mudah untuk dicapai? (Note - Orang Cina tidak yakin dengan Pas)

Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan BN termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri disandang oleh kaum Bumiputera, seperti telah ditetapkan dalam perlembagaan negara, walaupun dari kalangan bukan bumiputera ada orang bijak serta cerdik yang luar biasa, terpaksa tunduk di bawah mereka. (Note: Kenyataan berbau RASIS yang mendorong semangat perkauman)

Dengan itu jika tidak dapat gunakan sepenuhnya kaum cerdik pandai, dan tidak meluaskan dada untuk lebih bersikap terbuka, apa bezanya antara Pas dengan BN?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts