Video ini berjaya menjelaskan serba sedikit tentang kenaikan harga barangan dalam negara. Secara logiknya, harga barangan dalam negara naik kerana persatuan pengimport, pengilang, pemborong, pembekal dan peruncit bersepakat untuk menaikkannya. Jika kerajaan meningkatkan subsidi bagi mengekalkan harga, maka ahli persatuan pengimport, pengilang, pemborong, pembekal dan peruncit juga tetap untung. Jika kerajaan tidak dapat meningkatkan jumlah subsidi kerana tidak mahu negara muflis, persatuan pengimport, pengilang, pemborong, pembekal dan peruncit akan naikkan harga dan mereka tetap untung juga.
Di hadapan rakyat kononnya pemimpin DAP berjuang untuk meringankan beban rakyat, tapi video ini mendedahkan bahawa demi merampas kuasa, DAP 'mengarahkan' agar pembekal membebankan rakyat melalui pelbagai kenaikan harga.
Mungkin jawapan video ini juga konsisten dengan usaha menggagalkan reformasi percukaian yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan melalui GST. Jelas melalui GST apa yang ingin dibendung oleh kerajaan adalah ketirisan pembayaran cukai oleh pengimport, pengilang, pemborong dan pembekal BUKAN pengguna. Bagaimanapun ia telah digambarkan secara salah oleh pembangkang sebenarnya untuk melindungi siapa?
DAP ini benar-benar sosialis atau, sosialis murtad yang bertopengkan kapitalis?
No comments:
Post a Comment