Saya janji tidak akan meliwat lagi - janji yang tinggal janji?
Jumlah yang meninggalkan Anwar semakin meningkat. Yang tinggal hanya mereka yang diliwat dan yang rela ditipu berulang kali sejak kisah racun arsenik lagi?
[Nota: Rakan blogger My Massa telah menganalisis beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini terhadap Anwar, termasuk jumlah kehadiran penyokongnya yang makin berkurang di mahkamah semasa perbicaraan kes liwatnya ke atas Saiful. Terbukti, tindakannya memberi kenyataan tidak bersumpahdi kandang pesalah dan mengelak untuk disoal balas oleh pendakwa raya menyebabkan semakin ramai di dalam Pakatan Pembangkang (PR) yang hilang kepercayaan terhadap Anwar. Saiful telah membuat kenyataan bersumpah dua kali, sekali dengan bermubahalah dan kedua di mahkamah. Kenapa takut Anwar?]
SAH! Ada Konspirasi Dalam Pembangkang Untuk Jatuhkan Anwar!
10:33 PM MymassaVoice
Cakap-cakap mengenai konspirasi terbaru untuk Anwar Ibrahim semakin kuat kedengaran.
Kalau dulu, dengar sayup-sayup je.
Dikatakan semakin ramai pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP dan PAS cuba merancang siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bagi DAP dan PAS, hayat Anwar dalam dunia politik semakin singkat. Talian hayat yang biasa Anwar dapat dari luar negara semakin berkurangan.
Malah, cerita mengenai perjumpaan antara Ku Li dengan Nik Aziz telah disahkan kesahihan berita tersebut. Cerita ini macam cerita Kerajaan Perpaduan. Mula-mula dok nafi. Akhir sekali kebenaran akan terserlah.
Hari ini keluar berita mengenai peguam Anwar sendiri menghentamnya.
Klik untuk besarkan imej. |
Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS tahu mengenai kes liwat ini dengan lebih terperinci tetapi mereka masih mengikut game plan Anwar kerana Anwar masih boleh dipergunakan lagi.
Dalam hakikat yang sebenar, tiada konspirasi yang dibuat oleh BN untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kes liwat. Yang ada konspirasi untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai bakal PM secepat mungkin. Jika kes liwat adalah konspirasi BN, bagaimakah Singapura, Australia dan Amerika Syarikat sendiri mengetahui hakikat bahawa Anwar seorang peliwat? Berapa banyak BN bayar diplomat ketiga-tiga negara tersebut untuk bersekongkol dengan BN? BN tidak bersama-sama mereka tetapi telah mengetahui perkara ini lebih awal lagi. Sekitar pertengahan tahun 90an, pegawai kedutaan Singapura telah melaporkan kepada Kuan Yem mengenai perangai buruk Anwar Ibrahim. Perkara ini kemudiaanya disampaikan kepada Tun Mahathir oleh Kuan Yew sendiri semasa pertemuan 4 mata antara mereka. Namun, ketika itu Tun Mahathir menolak kenyataan Kuan Yew kerana beliau yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara tersebut.
Sebab itulah apabila Tan Sri Harussani cuba memujuk Tun untuk tidak memecat Anwar, Tun tetap dengan keputusannya. Kerana Tun telah mengetahuinya lebih awal melalui Kuan Yew. Dan ketika itu Tun yakin bahawa keputusannya akan dapat menyelamatkan lebih ramai rakyat dari menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim. Hal ini dijelaskan oleh Tun Mahathir sendiri dalam buku beliau, A Doctor In The House:
Baca seterusnya di blog My Massa -
No comments:
Post a Comment